Saya sedang mengandung anak pertama dan disahkan oleh doktor mengalami masalah anemia. Saya sering berasa penat dan doktor memberitahu bahawa anak saya kemungkinan besar akan bersaiz kecil dan juga mungkin akan lahir awal, sebelum tiba masanya. Puan boleh beri saya tips atasi anemia saat hamil dan apa suplemen yang boleh saya ambil ya?

Penyebab utama masalah anemia di kalangan ibu hamil adalah kerana kekurangan zat besi dan vitamin  B12 dan folat. Semasa mengandung, tubuh kita perlu menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Jika zat besi, vitamin B12 dan asid folik tidak cukup, penghasilan sel darah merah mungkin tidak cukup untuk memenuhi keperluan bayi dan ibu. Apabila usia kandungan meningkat, isipadu darah akan semakin bertambah.

Cek bacaan hemoglobin anda. Anda dikatakan menghidapi anemia apabila tahap hemoglobin anda kurang dari 11g/dl semasa trimester pertama, 10.5g/dl semasa trimester kedua dan 10g/dl semasa trimester ketiga.

tips atasi anemia saat hamil

Penyebab anemia semasa mengandung

1. Kekurangan zat besi

Sebanyak 75-95% wanita yang mengandung dikenalpasti mengidap anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi kerana keperluan untuk menampung keperluan zat besi kepada bayi semasa mengandung. Jadi, wanita dinasihatkan untuk meningkatkan pengambilan zat besi semasa mengandung.

2. Kekurangan asid folik dan vitamin B12

Kekurangan vitamin B12 dan folat lebih jarang ditemui berbanding dengan anemia kerana kekurangan zat besi. Walau bagaimana pun, ibu digalakkan untuk mengambil asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) pada bayi.

3. Anemia kerana infeksi

Antara jangkitan infeksi yang boleh menyebabkan terjadinya anemia adalah HIV, malaria, cacing, hepatitis dan TB. Jika ibu mempunyai sejarah terdapatnya pendedahan terhadap jangkitan di atas, siasatan berpatutan perlu dijalankan.

4. Anemia kerana Talasemia

Perkara yang paling teruk yang boleh dialami oleh pesakit talasemia adalah janin akan meninggal di dalam rahim atau meninggal semasa dilahirkan. Mereka yang menghidap talasemia minor biasanya tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius dan boleh hidup secara normal tetapi boleh menjadi teruk sekiranya mereka mengalami kekurangan zat besi atau gabungan bersama kekurangan asid folik dan vitamin B12 yang sangat diperlukan untuk pembentukan sel darah merah semasa mengandung.

Jika anda menghidapi anemia, anda pasti akan mengalami rasa cepat letih, tidak bermaya, gelisah, hujung jari, lidah, muka dan kelopak mata pucat, berasa mual terutama pagi selepas bangun dari tidur, sakit kepala berterusan kerana kekurangan oksigen ke otak, sering mengah dan sesak nafas , denyutan jantung tidak teratur kerana apabila kekurangan oksigen, berdebar-debar, denyutan jantung akan meningkat, keguguran rambut dan ketahanan tubuh melawan serangan penyakit menurun.

Saya ingin berkongsi dengan anda kisah Aya Chalo yang mengalami masalah anemia setiap kali hamil. walaupun nak kena masuk ward, beliau masih lagi berdegil tidak mahu mengambil suplemen tambahan. Keras hati betul. Nak tahu kisah beliau? jom..

 Di atas tadi saya ada terangkan tentang jenis-jenis anemia kan. Sebenarnya dalam banyak-banyak jenis anemia di atas, anemia yang boleh diatasi adalah anemia akibat kekurangan zat besi dan anemia akibat  kekurangan vitamin. ia boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang tinggi :

  • Zat Besi : Terdapat di dalam daging, kacang, sayuran hijau, buah yang dikeringkan
  • Asid Folik : Terdapat di dalam pisang, sayuran hijau gelap, kekacang, cereal dan pasta
  • Vitamin B12 : Terdapat di dalam daging dan susu
  • Vitamin C : Terdapat di dalam melon dan buah beri. Ia membantu penyerapan zat besi.

Mungkin ada yang memandang ringan tentang anemia semasa hamil dam masih mencari alasan untuk tidak maha mengambil suplemen tambahan walaupun mengalami anemia yang agak teruk. Tahukah anda bahawa anemia adalah berbahaya untuk ibu hamil?

Anemia boleh menyebabkan komplikasi seperti  :

  • Keguguran
  • Kematian bayi dalam kandungan
  • Kelahiran pramatang
  • tempoh bersalin yang panjang akibat keletihan kontraksi otot rahim
  • Pendarahan akibat tiadanya kontraksi otot rahim
  • Mudah terkena infeksi semasa dan selepas bersalin
  • Kemurungan selepas kelahiran
  • Anemia yang berat <4gram boleh menyebabkan kejutan dan kematian ibu semasa bersalin.

Kesan kepada bayi pula boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut, perkembangan akal terencat dan perkembangan psikomotor yang lambat.

Tips Atasi Anemia Saat Hamil

1. Elakkan mengambil minuman dan makanan ber caffein seperti teh dan kopi. Ia boleh mengurangkan kadar penyerapan vitamin terutama folik asid, zat besi dan vitamin B12 yang penting untuk membentukan hemoglobin sel darah merah.

2. Elakkan mengambil makanan@minuman berasaskan kalsium semasa mengambil makanan berasaskan zat besi kerana kalsium akan menghalang penyerapan zat besi ke dalam tubuh

2. Bagi memenuhi keperluan nutrisi di atas bagi anda yang sedang hamil, vitamin tiga beradik ini sangat membantu untuk mengatasi masalah anemia ketika mengandung iaitu

Atasi anemia agar komplikasi akibat anemia dapat di atasi dengan menghubungi saya di 019-4771733 atau jemput isi form dibawah untuk pertanyaan lanjut :

Nama Anda*

Alamat Email Anda*

No. Telefon (Optional)

Perkara*

Ringkasan Order/Pertanyaan

Facebook Comments:
Tips Atasi Anemia Saat Hamil Tanpa Ubat
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published.