Perasan tak, suplemen yang paling ramai orang consume ialah vitamin C. Macam pisang goreng lakunya. Tujuannya? Sangat banyak.

Vitamin C  boleh di dapati dalam bentuk tablet, kapsul, cecair dan juga ekstrak serbuk. Ia juga boleh di makan begitu sahaja, dilarutkan, dikemam, disuntik dan macam-macam lagi.

Keseluruhannya ia boleh dikategorikan kepada 3 sumber. Antara 3 jenis vitamin C berikut, Manakah yang lebih baik? Vitamin C semulajadi, vitamin C organik atau vitamin C sintetik?

Ok, kita bincangkannnya di dalam artikel ini. Tentunya anda akan dapat tips untuk memilih Vitamin C terbaik.

Vitamin C atau asid askorbik adalah sejenis vitamin larut air. Ia juga antioksidan yang sangat bagus. Nak bercerita kenapa antioksidan ni sangat bagus kepada tubuh kita untuk elak serangan penyakit, panjang la pulak. saya akan cerita dekat artikel yang lain ya.vitamin c yang bagus

Tahukah Anda!?…

Kebanyakan haiwan boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri di dalam tubuh. Tetapi tidak bagi manusia. Manusia amat bergantung kepada sumber pemakanan luar untuk memperolehi sumber vitamin C.

Malahan vitamin C tidak boleh disimpan lama di dalam tubuh. Ia perlu diganti secara berterusan untuk manfaat kawalan penting sistem tubuh.

 

Senarai Manfaat  Vitamin C:

  • Sangat penting dalam pembentukan kolagen
  • Sangat penting untuk pembinaan dan pemulihan tisu sel tubuh, salur darah, tulang dan gigi
  • Mempercepatkan pemulihan luka akibat cedera, kemalangan atau terbakar
  • Meningkatkan keberkesanan ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan saluran kencing
  • mempercepatkan pemulihan luka akibat pembedahan
  • Membantu menurunkan paras kolesterol
  • Membantu untuk mencegah pelbagai jenis jangkitan virus dan bakteria
  • Membantu meningkatkan fungsi sistem imun tubuh
  • Membantu melindungi daripada pelbagai serangan kanser dengan cara menghalang pembentukan nitrosamines (sebatian yang menyebabkan kanser terjadi)
  • Bertindak sebagai julap semulajadi, baik untuk atasi masalah sembelit
  • Mengurangkan risiko darah beku dalam salur darah
  • Membantu dalam pemulihan dan pencegahan demam biasa
  • Meningkatkan kadar penyerapan zat besi
  • Membantu mengurangkan komplikasi alahan atau alergi
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengatasi masalah skurvi
  • Menghasilkan kulit yang halus dan cantik berseri – ini ramai orang suka!

Apakah Sumber Vitamin C Yang Bagus Untuk Kita?

Vitamin C terbaik adalah apabila ia mengandungi C complex yang lengkap dengan bioflavonoids, hesperidin dan rutin (garam sitrus).

Ia berfungsi dengan lebih baik jika diambil sekali dengan kalsium dan magnesium. Dan pastikan vitamin C anda adalah dari jenis semulajadi, bukan sintetik dan bukan juga organik. cuba perhatikan gambar di bawah.

Vitamin C adalah vitamin mudah musnah. Ia tidak mampu bertahan dalam tempoh masa yang lama di dalam tubuh kita. Badan kita menggunakan lebih vitamin C apabila kita sedang stress.

Begitu juga kalau kita seorang perokok dan individu yang sudah berumur. Kalau anda seorang perokok, setiap 1 batang rokok yang anda hisap, sebanyak 25-100mg akan dimusnahkan dari tubuh anda.

Jadi, antara semua jenis vitamin C yang ada, vitamin C yang mana perlu anda pilih agar ia mampu bertahan lebih lama di dalam tubuh kita?

A) Vitamin C yang dilepaskan sekaligus, atau

B) Vitamin C yang dilepaskan secara berperingkat di dalam tubuh.

Pilihan yang terbaik adalah vitamin c yang dapat dilepaskan secara berperingkat ke dalam tubuh. Mengapa?

synthetic-vs-natural-vitamins

Gambar di atas menerangkan perbezaan antara vitamin C organik dan semulajadi.

     Dari penyelidikan, di dapati kadar penyerapan vitamin C semulajadi adalah lebih baik berbanding sintetik.

Ok, cuba periksa stok vitamin C di dalam rumah anda. Adakah ia dari sumber sintetik atau semulajadi. Sudah tahu mana yang terbaik kan?

Had Keperluan Maksimum atau “Upper Limit” vitamin C

Berikut adalah jadual toleransi keperluan maksimum harian vitamin C mengikut peringkat umur. (Rujukan: WebMD)

KATEGORI UMURHAD KEPERLUAN MAKSIMUM
Bayi 0 – 12 BulanTiada Data
Kanak-kanak 1 – 3 tahun400 mg/hari
Kanak-kanak 4 – 8 tahun650 mg/hari
Kanak-kanak 9 – 13 tahun1,200 mg/hari
Remaja 14 – 18 tahun1,800 mg/hari
Dewasa2,000 mg/hari

Setiap sesuatu yang kita ambil perlu ada hadnya. walaupun ia sesuatu yang sangat baik, tetapi jika diambil berlebihan, boleh mendatangkan kesan sampingan. Walaupun air kosong Sekalipun.

Begitu juga dengan vitamin C. walaupun ia sangat bagus untuk tubuh kita, tetapi jika kita ambil secara berlebihan, ia boleh mendatangkan mudarat.

Pengambilan vitamin C yang berlebihan (melebihi “upper limit”) mungkin boleh menyebabkan berlakunya pembentukan batu karang (boleh di atasi dengan pengambilan magnesium, vitamin B6 dan air kosong yang mencukupi).

Jika diambil terlalu banyak, melebihi 10g setiap hari, anda mungkin berisiko untuk terkena cirit birit,  pembuangan air kecil berlebihan dan ruam pada kulit.

Saranan saya, elakkan mengambil vitamin C dalam dose terlalu tinggi kecuali dengan nasihat dan pemantauan dari doktor anda.

So, suplemen apakah yang mengandungi vitamin C semulajadi, lengkap dengan bioflavonoid, hisperidin dan rutin serta mempunyai sistem pelepasan vitamin C berperingkat di dalam tubuh?

Jawapannya adalah Sustained Release Vitamin C Plus. Bukan itu sahaja, shaklee juga ada satu lagi tambahan iaitu Rose Hips. Rose Hips vitamin C mengandungi bioflavonoids dan enzim yang membantu penyerapan vitamin C kedalam tubuh.

Ia adalah sumber paling kaya dengan vitamin C. Dan lagi satu, vitamin C shaklee adalah ekstrak dari jagung. Orang yang ada gastrik un boleh ambil, tiada masalah.

Carilah suplemen di pasaran setara Sustained Release Vita-C Plus Shaklee. saya jamin anda tidak akan jumpa kualiti setara vitamin C shaklee ini.

Apa kata mereka yang mengambil Sustained Release Vita-C Plus Shaklee?

     MY SHAKLEE EFFECT #2

Shaklee Effect kali ini saya ingin kongsikan kesan dan manfaat yang saya dapat setelah menggunakan ESP Shaklee dan Vitamin C Sustained Release. Sebenarnya saya sendiri tidak perasan sehinggalah satu hari saya menggali-gali gambar lama bersama anak pertama. Konon-konon ingin membuat ‪#‎throwback‬.

Tahun 2011 (Sebelum)

Umur saya waktu ini 29 tahun. Mempunyai seorang anak. Muka saya nampak masih keanak-anakkan tetapi kulit wajah yang gelap dan kusam menjadikan ia kurang menarik. Nampak biasa-biasa sahaja kan! Saya gemar aktiviti outdoor. Jadi, muka saya mudah terbakar.

Tahun 2014 (Selepas)

Umur saya kini 32 tahun. Mempunyai 3 orang anak. Kalau dilihat pada gambar tersebut, nampak perbezaan yang ketara. Muka saya nampak dah semakin matang tetapi kulit wajah nampak berbeza. Cerah, bersih dan tidak perlu memakai make up yang tebal. Jerawat tak usah cerita. Dah segan nak singgah! SunBurn pun tiada. Hihi

Alhamdulillah. Inilah hasilnya setelah saya konsisten dengan ESP SHAKLEE dan VITAMIN C sejak tahun 2012. Selain untuk mendapatkan kesihatan yang baik, saya mendapat BONUS KULIT CANTIK!

vitamin c yang bagus

     Assalamualaikum, ada org tanya saya tentang apa rahsia kulit boleh cantik?? Wah! Cantik kah? Hahaha… actually tiada apa pun yang saya rahsiakan… saya consume apa yang saya selalu share dengan anda semua..

Apa rahsia yang saya amalkan untuk memastikan kulit sentiasa lembab n glowing! wing! Wing! Hihi.. Sejak saya menyusukan anak, saya dah mula ambil ESP, vit C & B-complex.

Sehingga hari ini (usia my baby 10 bln), saya memang tidak pernah miss ambil ESP dan vitamin penting. Memang boleh nampak kesannya pd kulit.

Lepas bersalin sememangnya kulit nmpak pucat dan kusam. Sejak 2 bulan lepas saya tambah pula consume vitamin E.

Kesannya memang Superb!!! Jeragat kat muka semkin kurang dan kulit sentiasa moist n glowing. Hebat kan!

vitamin c yang bagus

vita-C

P/s : Sustained Release Vitamin C, mengandungi 180 tablet  pada harga hanya RM92.50. Vitamin Semulajadi paling murah di pasaran. Jangan bandingkan dengan vitamin sintetik ya!

Anda inginkan  Vitamin C dengan harga yang berbaloi hari ini? Beli dengan bijak!

Hubungi saya untuk dapatkan info lanjut dan konsultasi eksklusif sekarang!.

– Hubungi –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Tips Memilih Vitamin C Yang Bagus Untuk Kesihatan Diri

Leave a Reply

Your email address will not be published.