tips-rawatan-demam-denggi-alternaif

Denggi berpotensi membawa maut jika kita tidak mempunyai pengetahuan tentang punca, tanda-tanda demam denggi dan langkah pencegahan yang patut diambil. Siapa sahaja boleh dijangkiti virus denggi jika tidak bernasib baik. Justeru, kesedaran awal adalah amat perlu bagi mengelakkan faktor kita hilang punca saat kita positif dijangkiti virus denggi.

Langkah pencegahan awal boleh dilakukan melalui penjagaan kawasan persekitaran dan diri sendiri. Kesedaran terhadap tanggungjawab kebersihan kawasan sekitar tempat kediaman dan fasiliti awam perlu diambil kira bagi mencegah kemudahan pembiakan nyamuk aedes.

Tidak kurang juga mengambil berat tentang kesihatan diri dan keupayaan imunisasi tubuh untuk melawan jangkitan pelbagai penyakit termasuk demam denggi.

Saat kita mulai mengalami simptom-simptom awal demam yang berat, pastikan kita terus mendapatkan pemeriksaan oleh doktor kesihatan untuk mengelakkan risiko komplikasi buruk jika ia berkaitan dengan jangkitan virus denggi.

Tahukah Anda, Bagaimana Denggi Boleh Merebak?

  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 – 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah)
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari)
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti
  • Mangsa yang dijangkiti denggi dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain memudahkan lagi penyebaran penyakit demam denggi dengan lebih meluas
  • Tetapi, secara khususnya denggi tidak boleh tersebar melalui individu yang dijangkiti kepada individu sihat lain secara langsung
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.


Jom Klik!: Cara Atasi Denggi Tanpa Ubat

Kesedaran, Pencegahan dan Keperluan Tindakan Segera

Walaupun perebakan denggi sukar dibendung, namun pelbagai tindakan boleh diambil di peringkat individu bagi meningkatkan tanggungjawab dan kesedaran untuk membenteras denggi. Aspek yang boleh diambil serius bagi menghalang denggi daripada terus merebak ialah:

  1. Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk
    • Nyamuk mudah membiak di kawasan yang mudah menakung air seperti tayar terpakai, bekas makanan atau minuman terbuang, bekas penyimpanan air dan yang seumpama dengannya.

    • Rutin pembersihan persekitan rumah setiap hari perlulah dititikberatkan. Urus pembuangan sampah dan barangan terpakai dengan baik bagi mengelakkan ia menjadi sarang pembiakan haiwan atau serangga termasuk nyamuk.

    • Ketika musim hujan, pastikan tempat penyimpanan air sentiasa tertutup dan tiada kehadiran larva nyamuk. Gunakan ubat pembunuh jentik-jentik yang diluluskan jika perlu.

    • Jika menggunakan bekas lapik pasu bunga, pastikan ia tidak menakung air pada kadar masa yang lama. Lebih baik disalin airnya setiap hari.

  2. Melindungi diri daripada gigitan nyamuk
    • Hindari berada dikawasan terbuka atau di luar rumah ketika nyamuk mula agresif mencari mangsa terutamanya di waktu awal pagi dan lewat petang.

    • Pakai pakaian yang dapat melindungi diri dari gigitan nyamuk seperti baju lengan panjang, seluar panjang atau yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh terutama di waktu puncak.

    • Penggunaan aerosol atau ubat nyamuk juga dapat membantu menghalau nyamuk yang terdapat di dalam rumah bagi menghindari gigitan nyamuk

    • Memasang jaring atau skrin nyamuk pada tingkap rumah dapat menghalang kemasukan nyamuk ke dalam rumah

    • Gunakan kelambu ketika tidur  terutama bagi tempat tidur kanak-kanak dan bayi untuk mencegah gigitan dan gangguan nyamuk

  3. Kurangkan melawat kawasan yang berisiko tinggi
    • Elakkan mengunjungi kawasan yang mempunyai banyak nyamuk denggi seperti kebun, hutan dan taman rekreasi pada waktu ia sedang aktif mencari mangsa.

    • Tidak berkeliaran di kawasan terbiar atau tapak pembinaan  yang mempunyai potensi pembiakan nyamuk denggi yang tinggi

  4. Mendapatkan rawatan segera apabila mengalami simptom-simptom awal denggi
    • Jika mengalami suhu badan tinggi serta demam berlanjutan, dapatkan pemeriksaan kesihatan oleh doktor dengan kadar segera.

    • Banyakkan meminum air kosong untuk mengimbangi kadar penyahidratan tubuh akibat demam dan krisis pemulihan semulajadi badan

    • Mengambil nutrisi vitamin yang bersesuaian untuk membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan melawan penyakit

Jom Klik!: Cara Atasi Denggi Tanpa Ubat

Tips Rawatan Demam Denggi Alternatif

Sehingga ke hari ini masih tiada vaksin atau antivirus yang berkesan untuk menangani masalah penyakit demam denggi. Namun, terdapat beberapa kaedah rawatan alternatif yang boleh diamalkan untuk merawat denggi disamping melalui rawatan intensif daripada doktor. Antara kaedah alternatif dengan fungsi tertentu yang terbukti turut membantu mengatasi demam denggi ialah:

  1. Khasiat Jus Daun Betik Penawar Denggi
    • Walaupun pahit, daun betik dikatakan mempunyai khasiat yang mampu untuk merawat permasalahan denggi. Kandungan enzim didalamnya berfungsi membantu meningkatkan platlet darah yang hilang akibat komplikasi demam denggi. Kaedah penyediaan jus betik serta sumbernya yang boleh diperolehi dengan mudah telah membantu ramai pesakit denggi untuk sembuh.
  2. Rahsia Sup Ketam Nipah Melawan Denggi
    • Ketam nipah mempunyai kandungan sejenis protein yang tinggi yang turut mampu membantu meningkatkan jumlah platlet dalam darah pesakit denggi.  Keberkesanan sup ketam nipah sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) juga telah terbukti berkesan menyembuhkan ramai pesakit demam denggi.
  3. Suplemen Tambahan Pemangkin Imun Tubuh Terhadap Denggi
    • Protein, vitamin dan mineral amat penting untuk kesihatan tubuh manusia. Bagi mengelakkan risiko penyakit, tubuh perlu mempunyai kekuatan imun untuk melawan serangan bakteria dan virus yang mengancam kesihatan manusia sehari-hari. Ini dapat membantu seseorang individu untuk mencegah komplikasi negatif akibat serangan penyakit di peringkat awal sebelum ia menjadi lebih kritikal.

Masih ada lagi rawatan secara alternatif lain yang boleh membantu mengawal demam denggi. Walaubagaimanapun, sekiranya dijangkiti demam denggi, perkara pertama yang perlu dilakukan haruslah bertemu dengan doktor sama ada di klinik kesihatan atau hospital awam.

Dapatkan pemeriksaan awal dan rawatan susulan bagi mencegah risiko demam denggi yang lebih kritikal.

Denggi boleh mengancam nyawa.

Facebook Comments:
Langkah Pencegahan dan Tips Rawatan Demam Denggi Alternatif

3 thoughts on “Langkah Pencegahan dan Tips Rawatan Demam Denggi Alternatif

    • August 13, 2015 at 10:08 pm
      Permalink

      Hehe..Ketam nipah memang favorite saya buat masak sambal pedas. Lagi sedap dari ketam lain, isi pure manis.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.