Vitamin B atau juga disebut dalam kalangan pakar kesihatan sebagai vitamin B Complex, adalah merupakan sebuah keluarga vitamin terbesar yang terdiri daripada 8 jenis vitamin B asas – B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12. Keluarga vitamin B Complex ini sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan lancar seperti sebuah mesin yang diselenggara dengan penuh sempurna dan baik, “run like a well-oiled machine” pepatah orang putih kata.

Setiap satu komposisi dalam vitamin B complex ini mempunyai peranan, fungsi manfaat dan sumber yang tertentu masing-masing. Adalah agak mustahil untuk kita memperolehi kesemua 8 jenis vitamin B complex dalam satu hidangan walaupun pepatah kita ada menyatakan “ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu jua”, namun jawapannya tidak bagi vitamin B ini.

Mengapa vitamin B complex ini sangat penting? secara umumnya vitamin B complex dikonsumsi untuk mengambil manfaat dalam julat menjaga kesihatan kulit sehingga mencegah kehilangan memori atau migrain. Mari kita rungkai seberapa ringkas jenis-jenis vitamin B ini.

Vitamin B Complex Cloud

Keluarga Terbesar Dalam Vitamin B Complex

1. B1 – Thiamin

B1 berperanan membantu tubuh manusia menghasilkan sel-sel baru yang sihat. Fungsi utamanya juga sebagai vitamin anti-stress kerana kemampuannya untuk melindungi sistem imunisasi tubuh. Manfaat lain Thiamin ini adalah untuk menjalankan aktiviti metabolisma glukos (karbohidrat ringkas-monosakarida), semakin banyak pengambilan glukos dalam makanan yang kita makan, semakin tinggi keperluan B1 ini.

Sumber Semulajadi: bijirin, kacang macadamia, roti gandum, biji bunga matahari, ikan trout dan lain-lain lagi.

2. B2 – Riboflavin

Vitamin B2 berperanan sebagai antioksidan yang memusnahkan radikal-bebas, mencegah penuaan awal sel serta mengelakkan langkah awal penyakit jantung. Riboflavin juga menjalankan fungsi penting menghasilkan sel darah merah yang penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan. Namun satu kelemahan B2 ialah ia dapat dimusnahkan oleh sinar UV, oleh itu jangan biarkan susu yang anda beli terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.

Sumber Semulajadi: Kacang almond, yogurt, susu, bayam dan kacang soya.

3. B3 – Niacin

Salah satu peranan utama B3 adalah untuk merawat kolesterol: ia mempertingkatkan kandungan kolesterol baik HDL dan menurunkan kadar trigliserid lebih baik berbanding preskripsi dadah. Niacin juga berupaya mengurangkan masalah atherosclerosis iaitu menguatkan dinding arteri (salur darah). Antara lain yang masih diperingkat kajian dan pembuktian adalah vitamin B3 dikenalpasti dapat mengatasi masalah Alzheimer, katarak, osteoathritis dan diabetes tahap 1.

Sumber Semulajadi: Yis, daging merah, susu, telur, kekacang dan sayuran hijau.

4. B5 – Asid Pantothenic

Berasal dari perkataan Greek iaitu “Pantothen” bermaksud “dari mana sahaja”.Bersesuaian dengan vitamin B5 yang boleh dijumpai dalam amaun yang kecil di hampir kesemua kelas makanan. Manfaat utama asid panthonenic adalah merangsang pengeluaran hormon berkaitan stress dan seks, termasuk testoteron. B5 juga menyokong kecantikan kulit yang berfungsi untuk melawan tanda penuaan kulit seperti keradangan dan ruam kulit.

Sumber Semulajadi: Avokado, yogurt, telur, daging dan sayuran legume atau kobis

5. B6 – Pyridoxine

Vitamin B6 berperanan untuk mengawal paras asid amino dalam darah. Pyridoxine bertanggungjawab terhadap mood dan emosi manusia kerana ia membantu tubuh mengawal penghasilan hormon stress – serotonin, melatonin dan norepinephrine. Sesetengah kajian mencadangkan bahawa B6 boleh menurunkan kadar keradangan sendi seperti rheumatoid athritis di mana 1-3% daripada penduduk dunia menghidapi penyakit ini.

Sumber Semulajadi: Daging ayam, ayam turki, ikan tuna, salmon, kacang lentil, biji bunga matahari, keju dan lobak.

6. B7 – Biotin atau vitamin H

B7 juga popular disebut sebagai “vitamin kecantikan’ kerana ia berkaitan dengan kesihatan rambut, kulit dan kuku. Selain itu ia juga berfungsi untuk membantu tubuh dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat; dan juga memproses glukos dalam darah.

Sumber Semulajadi: Sayuran berdaun hijau, asparagus, ubi bit, rasberi, bunga kobis, hati mamalia kekacang dan yis.

7. B9 – Folate atau Asid Folic

Lebih dikenali sebagai asid folic dalam keluarga vitamin larut air. Kebiasaanya folate didapati secara semulajadi dalam makanan, manakala asid folic pula adalah folate dalam bentuk sintetik. Fungsinya amat penting dalam pertumbuhan tubuh badan manusia, merangsang saraf normal, membantu perkembangan otak yang baik dan juga membantu mengawal paras asid amino dan gula dalam darah. Juga berperanan melindungi manusia daripada kanser paru-paru, kanser kolon, kanser servik serta melambatkan proses kehilangan memori akibat penuaan. Kesan kekurangan boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi dalam kandungan terencat, kemurungan, nyanyuk atau mudah lupa dan kanser.

Sumber Semulajadi: Sayuran berdaun hijau, bayam, asparagus, oren, tembikai, pisang, asparagus dan juga jus oren.

8. B12 – Cobalamin

Bekerja dalam pasukan, B12 saling berkomunikasi dan bekerjasama dengan B9 untuk menghasilkan sel darah merah dan membantu zat besi membawa protein hemoglobin dalam darah. Asid dalam perut mengeluarkan B12 daripada protein ketika proses penghadaman berlaku dan bergabung dengan Intrinsic Factor (IF) sebelum ia diserap ke dalam aliran darah. Cobalamin memainkan peranan penting dalam sintesis DNA, sokongan terhadap sistem kardiovaskular serta baik untuk sistem otak dan saraf. Kesan kekuranganya boleh menyebabkan anda menghidapi Anemia melalui simptom demam dan terlalu banyak berpeluh

Sumber Semulajadi: Ikan sardin, salmon & tuna, yogurt, susu lembu, keju, cendawan dan telur.

Haa..dah kenal tentang keluarga vitamin B Complex? Dah 27 tahun (bukan nama sebenar) hidup di muka bumi yang permai ini baru saya tahu siapakah keluarga vitamin B Complex ini, itupun  dari kajian manusia. Ehh..rasanya pernah belajar masa tingkatan 5 dulu dalam subjek biologi @ kimia. Zaman tu zaman hip hop, budak baru nak naik mana nak kisah semua ni. Dah tua-tua ni mula sakit sana sakit sini, baru nak ambil tahu apakah yang dikatakan sebagai vitamin B-Complex.

Banyak manfaat dan kemudaratan akibat dari vitamin B Complex ini. Dan di zaman teknologi canggih menghampiri tahun 2020 ini mungkin antara yang dapat direalisasikan dengan jayanya adalah pemakanan melalui suplemen. Sakit atau sihat kena telan pil. Hampir kebanyakan sumber makanan sihat sukar untuk didapati secara semulajadi ataupun jika ada ia sudah terjejas atau terlalu mahal untuk diperolehi terutamanya untuk vitamin dan mineral utama. Seiring dengan itu, kepentingan ilmu dan kesedaran adalah amat penting bagi menjamin apa yang kita makan itu adalah datang dari sumber yang baik dan terjamin keberkesanan serta ketulenannya.

Hubungi kami untuk mendapatkan konsultansi terbaik tentang keperluan vitamin B Complex anda. Atau dapatkan penerangan ringkas mengenai suplemen vitamin B Complex Shaklee di sini.

SMS/Whatsapp : 019 – 477 1733 (Norhanita)

Facebook Comments:
Kenali Vitamin B Complex – Jenis, Fungsi dan Manfaatnya

Leave a Reply

Your email address will not be published.