Cinta yang terkandas di tengah jalan akibat dikhianati memang membuatkan kita menjadi sesak nafas, berasa nasib dirundung malang, sakit hati dan rasa serba tak kena.
Apabila putus cinta, selalunya kita akan mula meletakkan emosi di depan berbanding prinsip logikal.
Kalau sudah stress dan sedih, nak buat apa pun rasa tak ada semangat kan. Ini biasanya terjadi kepada para gadis. Jom kita semak cara mengatasi stress akibat putus cinta.
1) Putus hubungan untuk sementara waktu
Anda harus memutuskan komunikasi untuk suatu tempoh masa. Ia mungkin berat bagi anda. Namun, jika anda terus berhubung dan bertemu, kamu tidak akan dapat melupakan dirinya. Jadi, untuk sementara waktu jangan hubungi dia untuk membuatkan hati anda berasa lebih tenang dan dapat bangun dari kesedihan.
2) Menangislah
Jika menangis dapat membuatkan perasaan menjadi lega, menangislah semahunya. Selalunya, selepas kita menangis bersungguh-sungguh, kita akan berasa lebih lega. Kemudian kita akan belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada agar tidak berulang pada perhubungan seterusnya. Jadi, jangan malu untuk menangis. Menangislah.
3) Sibukkan diri
Jangan terus memikirkan dia yang sudah menghianati cinta anda. Cubalah sibukkan diri melakukan benda yang anda suka. Anda boleh memasak, menonton filem, berkebun, main game, mengait atau apa-apa sahaja aktiviti yang boleh membuatkan kami mengubah fokus dari terus memikirkan hal yang mengguris hati. InsyaAllah sedikit demi sedikit anda akan mula belajar untuk melupa kisah sedih itu
4) Mengadu kepada sahabat karib
Mengadulah dan luahkan kepada sahabat karib. Luahkan segala yang terbuku di dalam hati. Sahabat kita tentu akan memahami apa yang anda rasa. Bukan itu sahaja, mereka tentukan akan cuba mencari jalan untuk menghiburkan hati anda yang sedang lara. Tentu anda aknda rasa lebih lega dan tenang
5) Menyanyilah sesuka hati anda
Menurut psikologi, menyanyi mampu menghilangkan stress. Menyanyilah lagu yang boleh membuatkan anda rasa bersemangat. Jangan pula pilih lagu sedih yang jenis patah hati. lain pula jadinya nanti.
6) Curahkan isi hati dengan menulis
Tulislah apa yang anda rasa di atas sekeping kertas. Kalau anda kreatif, boleh juga tulis dalam bentuk puisi. Lepas luahkan apa yang ada rasa, tentu anda akan rasa lebih tenang dan bersemangat
7) Bercuti ke tempat yang memberi ketenangan
Pergilah bercuti bersama rakan-rakan atau keluarga. Jangan pergi ke tempat yang ada kenangan bersama si dia kerana ia akan membuatkan anda terkenang kenangan bersamanya.
8) Berterima kasih kepada bekas kekasih
Walaupun dia sudah sakiti hati anda, anda tetap boleh mengingati kebaikan yang dia pernah lakukan. Ucapan terima kasih akan menjadikan hati anda lebih tenang. Beri kemaafkan kepadanya. kerana dengan memberi kemaafan sahaja anda akan dapat melupakan kisah sedih dan tiada lagi rasa sakit hati yang berpanjangan.
9) Merapatkan diri dengan Allah, bagi yang beragama Islam
Antara ikhtiar yang boleh dilakukan adalah dengan berdoa. Letakkan tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca ayat di bawah. Setelah selesai membaca ayat ini, genggam tapak tangan dan kemudian buat isyarat seperti membuang.
Selain itu, banyak-banyakkan beristighfar dan berzikir. Juga perbanyakkan solat sunat dan membaca al-quran. Sesungguhnya dengan merapatkan diri kepada Allah, jika akan berasa lebih tenang. In Shaa Allah.
10) Ambil vitamin untuk saraf dan bertindak sebagai anti-stress
Demi kesihatan diri dan minda, anda perlu juga dapatkan nutrisi yang cukup terutama nutrisi yang berkaitan dengan saraf.
Vitamin Untuk Mengatasi Stress dan Kemurungan
#1 – Vitamin B-Complex (Keluarga Vitamin B-Complex)
- Vitamin B12 : Ia penting untuk fungsi saraf dan kognitif di dalam menghadapi kemurungan dan mencegah kekeliruan dan demensia.
- Vitamin B6 : ia adalah perlu untuk memetabolisme amino asid yang diperlukan untuk sintesis neurotransmitter dorapamine dan serotonin. Kedua-dua neurotransmitter ini sangat penting untuk fungsi sistem saraf dan untuk mengekalkan rasa tenang dan bersemangat. Kekurang vitamin B6 akan menyebabkan kita cepat stress, tertekan dan rasa konfius.
- Vitamin B5 : Ia bersama-sama kehadiran folik asid dan vitamin C bagus untuk menangani stress kerana ia mengawal fungsi kelanjar adrenal untuk menghasilkan hormon korstisol untuk stress dan hormon adrenalin.
- Vitamin B3 : Ia penting untuk menghasilkan serotonin yang berfungsi untuk memberi rasa tenang. Kekurangan vitamin B3 akan membuatkan kita berada dalam kebimbangan seterusnya berlaku pergolakan di dalam diri.
- Vitamin B1 : Ia bantu menukarkan gula darah kepada tenaga. Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan kita berasa bimbang tidak menentu sehingga boleh mempunyai rasa untuk membunuh diri.
#2 – Vitamin C dan Vitamin E
- Ia adalah vitamin tinggi antioksidan yang berfungsi untuk meneutralkan kembali radikal bebas di dalam tubuh yang boleh merosakkan sel.
- Oleh kerana stress dan kebimbangan akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas di dalam tubuh, vitamin-vitamin ini adalah sangat penting untuk menguruskan kebimbangan dan stress.
- Usah gelisah dan huru-harakan diri dengan masalah cinta yang tidak kesampaian.
Dapatkan suplemen B-Complex, vitamin C dan vitamin E sekarang! Sebagai cara mengatasi stress akibat putus cinta. Tenangkan diri anda, urus masalah dengan cekap dan buat keputusan terbaik demi masa depan yang masih panjang.
Untuk keterangan & bantuan lanjut, sila hubungi saya. In Shaa Allah saya akan bantu atasi masalah anda melalui konsultasi suplemen terbaik.
Norhanita Mohd Yusof
– Shaklee Certified Product Trainer –
SMS / Whatsapp / Call
019 – 475 1733
Email
norhanita@yourfabulousmama.net