Isi Kandungan
Berhenti merokok bukan suatu kerja yang mudah. Kesan perubahan apabila berhenti merokok juga tidak datang tiba-tiba. Ia mengambil masa.
Maka dengan itu, tidak hairanlah jika dikatakan hanya 7% perokok yang betul-betul berjaya berhenti merokok pada cubaan kali pertama.
Baca Juga >> Cara Berhenti Merokok Paling Berkesan Untuk Selama-lamanya
Menanam azam pula tidak semudah ikthiar untuk melaksanakannya. Begitu juga dengan azam untuk berhenti merokok.
Ramai perokok yang terpaksa memperbaharui azam mereka setiap tahun kerana gagal menjumpai kesan positif akibat berhenti merokok.
Tidak mengapa, niat untuk berhenti sudah memberi makna yang cukup besar bagi diri seorang perokok.
Berhenti sebelum segalanya sudah terlambat (akibat penyakit disebabkan merokok) adalah langkah yang sangat terbaik.
Sebagai menyokong usaha ini, mari kita lihat kesan berhenti merokok dari sudut positif berdasarkan sudut garis masa.
Ia dikatakan masih terlalu awal untuk menentukan bahawa anda telah berjaya berhenti merokok.
Namun selepas 20 minit, tubuh mula melakukan pembaikpulihan normal.
Denyut nadi dan tekanan darah mula menurun dan kembali ke paras normal. Ia dapat dirasakan apabila tangan dan kaki kembali kepada suhu hangat normal.
Rata-rata Perokok aktif atau tegar di Malaysia secara puratanya merokok sebanyak 14 batang rokok sehari. Lebih kurang sebatang rokok bagi setiap 1 jam.
Sumber: utusan.com.my
Namun, selepas 8 jam berusaha berhenti daripada merokok, anda mula berjaya mengurangkan separuh daripada paras nikotin dan karbon monoksida di dalam darah berbanding hari-hari merokok biasa sebelumnya.
Karbon monoksida adalah bahan kimia yang terkandung di dalam rokok. Ia mengganggu kecekapan pengangkutan kandungan oksigen di dalam darah. Kesannya menyebabkan otot dan tisu otak tidak mendapat sumber oksigen yang segar dan mencukupi.
Apabila kandungan kimia ini menurun, kualiti oksigen yang disedut dan dibawa di dalam darah akan menjadi lebih baik.
Sebagai kesan yang berlawanan, anda mungkin rasa bingung dan memiliki keinginan yang tinggi untuk merokok semula.
Walaupun teruk, ia adalah fasa yang normal. Kebiasaannya keadaan ini akan normal selepas 5 – 10 minit.
Cuba atasinya dengan membuat sesuatu perkara yang lebih berfaedah untuk mengalih perhatian dan perasaan anda terhadap rokok.
Alternatifnya, mengunyah gula-gula getah atau minum lebih air boleh memperbaiki rasa dalam mulut anda.
Wahh! Ia hari yang bermakna anda sudah separuh hari bebas daripada merokok. Ia suatu yang positif dan sangat baik.
Berita baiknya, paras karbon monoksida di dalam darah anda sudah kembali kepada normal. Jantung tentu sangat berterima kasih kepada anda akan hal ini.
Tiada gangguan dan kerja lebih mudah untuk mengepam oksigen ke seluruh tubuh anda.
Jika kebiasaannya anda merokok sebanyak 1 pek sehari, risikonya adalah dua kali ganda untuk anda mendapat serangan mengejut kegagalan jantung.
Setelah satu hari anda menahan diri daripada merokok, anda berjaya mengurangkan risiko serangan jantung ini secara perlahan-lahan (Jika kondisi jantung anda masih baik sebelum proses berhenti merokok ini berjalan). Hebat bukan!?.
Apa yang terjadi selepas 2 hari tanpa rokok? Cuba uji deria rasa anda terhadap makananan. Mungkin boleh cuba sesuatu yang menarik dan sedap sebagai “reward”.
Pada tahap ini sepatutnya deria rasa dan deria bau anda semakin tajam dan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.
Tubuh juga aktif melakukan proses pembersihan. Paru-paru menyingkirkan bendalir mukus dan kesan nikotin daripada tubuh.
Pada saat ini, anda mungkin terpaksa menghadapi situasi stress, cepat marah, pening, mudah lapar dan keletihan. Rasa sakit kepala, “boring” dan tertekan adalah normal.
Cuba bertenang dan kembali ke plan asal. Alihkan perhatian dan perasaan terhadap kesan penolakan ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain yang lebih tenang dan berfaedah.
Berada di tempat-tempat larangan merokok dapat juga membantu anda menghindari kumpulan perokok.
Banyak bergaul dengan orang yang tidak merokok dan lakukan aktiviti sihat juga amat membantu menyokong usaha pemulihan ketagihan nikotin ini.
Jika anda ada masalah asma atau kesukaran bernafas, ia mungkin menjadi agak berat pada ketika ini. Sesetengah individu mungkin dapat mengatasi krisis ini dalam masa yang agak cepat atau dalam tempoh 3 hari.
Jika simptom ini berlanjutan, segera dapatkan pemeriksaan awal dan rawatan doktor.
Baca Juga >> Saya Sudah Berhenti Merokok Secara Mendadak, Tonik Ajaib Ini Buat Rokok Saya Rasa Hambar
Baca Juga >> Awas! 5 Kesan Bahaya Merokok Boleh Merosakkan Tulang Belakang
Selepas hampir 2 minggu berhenti daripada merokok, tubuh anda sudah mula menunjukkan kesan yang semakin baik.
Bernafas menjadi lebih mudah dan lebih tenaga dihasilkan. Organ paru-paru dapat berfungsi dengan lebih baik dan kembali ke paras optimum.
Ia satu langkah pemulihan yang sangat besar bagi diri anda. Hari-hari anda terasa lebih mudah tanpa rokok.
Organ dan sistem pernafasan yang semakin kuat dan bersih mengembalikan kadar aliran darah dalam tubuh ke tahap yang lebih baik.
Tubuh semakin ringan semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti latihan dan senaman atau aktiviti riadah yang aktif tanpa kesan sesak nafas atau semput awal.
Faktor risiko serangan jantung juga semakin menurun dan jantung menjadi lebih baik.
Sebaliknya, tubuh anda juga mungkin masih sukar untuk membuang ketagihan kepada rokok. Dan setiap individu mempunyai reaksi yang berbeza-beza terhadap situasi ini.
Prosedurnya masih sama, kembali kepada matlamat asal anda. Fikirkan berapa RM yang anda telah jimatkan setakat hari ini. Ini mungkin motivasi yang terbaik buat anda yang amat jelas kesannya.
Tarik nafas secara perlahan-lahan, sedalam mungkin dan hembuskan dengan tenang. Amalkan sebanyak 10 kali untuk satu sesi. Sanga baik untuk memperbaiki mood dan mengawal stress yang sedang dihadapi.
Pada tahap ini, anda sudah biasa mengelak daripada tabiat merokok. Anda dapat bernafas dengan lebih dalam dan rasa lebih segar.
Komplikasi batuk mungkin perkara biasa, tetapi ia dapat membantu mengeluarkan bendasing akibat kesan nikotin dari dalam paru-paru supaya lebih bersih.
Mampu bernafas panjang buat anda rasa lebih bertenaga.
Baca Juga >> 6 Punca Serangan Jantung Sebagai Pembunuh Senyap Secara Mengejut
menjangkau 1 tahun anda bebas daripada rokok satu milestone atau pencapaian yang sangat mengagumkan. Terlepas dari belenggu rokok memberi lebih sinar baru di masa hadapan.
Lebih baik lagi, risiko penyakit jantung anda berkurangan separuh berbanding setahun yang lepas.
Kini risiko anda untuk mengalami serangan strok dan kanser servik (bagi wanita) sama dengan orang yang tidak pernah merokok.
Berbanding langkah pertama anda mula berhenti merokok dulu, risiko untuk mendapat masalah kanser mulut, tekak, esofagus dan buah pinggang juga mengurang sebanyak 50%.
Berbanding rakan atau orang yang masih lagi merokok sekarang ini, risiko maut akibat kanser paru-paru berkurangan separuh kali ganda.
Begitu juga dengan penurunan risiko kanser larinks (peti suara) dan kanser pankreas.
Pada fasa ini, tubuh anda sudah banyak kali melakukan proses penyembuhan dan pembaikpulihan. Risiko penyakit jantung anda kini sama dengan orang yang tidak pernah merokok sama sekali.
Kini anda kembali kepada jalan yang lurus, menempuhi proses fasa penuaan secara semulajadi.
Amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dapat membantu memanjangkan jangka hayat kesihatan anda.
Tahniah.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Sy dah 18 hari berhenti merokok...sy sblum ini perokok tegar....perubahan paling positif dapat sy rasa sekarang adalah sy tidak mudah letih atau semput bila bermain bolasepak...sebelum ni berlari mengejar bola sejauh 10 meter akan menyebabkan saya amat letih dan semput..Sekarang semua jd lebih baik....
Salam En Anonymus. Tahniah kerana tuan telah membuat satu keputusan terbaik dalam hidup tuan sendiri. Jangan risaukan kurangnya seorang ahli dalam kelab perokok sedunia, tetapi fikirkan kesannya terhadap diri dan orang lain. Tuan berfikiran sangat genius kerana memilih untuk berhenti merokok. Alhamdulillah.
Walaupun baru 18 hari, tuan sudah merasakan kesan positifnya. Itu sangat baik. Teruskan kekal aktif, jaga pemakanan yang sihat dan banyakkan minum air kosong. Baik untuk mengelakkan kesan pertambahan berat badan secara mendadak selepas berhenti merokok.
Tuan boleh cuba nutrisi suplemen seperti CoQ-Trol (koenzim Q10), minyak ikan dan vitamin C untuk kesan yang lebih baik untuk jantung dan tubuh badan secara keseluruhannya. Jika berminat, tuan boleh hubungi saya untuk info lanjut di http://yourfabulousmama.wasap.my/
Terima kasih atas perkongsian berharga tuan. Semoga menjadi pembakar semangat dan sumber inspirasi kepada perokok tegar yang lain. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.
Saya telah lebih setahun berhenti merokok. Rasa amat nyaman dan sihat tanpa ketagihan merokok. Begitu juga rasa penyesalan kerana mula merokok dulu. Sekarang untuk kembali normal saya harus mengambil masa lagi 14tahun tanpa rokok..
Salam & tahniah Tuan Reincarnated. Seperti mati hidup semula kan. Rokok membuatkan diri menjadi gundah gulana dan tidak ketahuan bila sekejap tidak dapat menghisapnya. Seolah-olah diri dirantai dan ditagih supaya sentiasa mendapatkannya dalam keadaan terdesak.
Gamenya bermula apabila harga rokok semakin naik dan perokok terpaksa ambil jalan mudah hisap rokok murahan (fake) yang tidak memberi kepuasan sebenar pun. Apapun tahniah sekali lagi. B ukan senang nak senang-senang berhenti merokok. Semoga hidayah & kekuatan terus datang, hidup rasa lebih tenang & diri bertambah sihat. Hidup bebas tanpa rokok.
sya sudah 2 tahun berhenti merokok..tpi selepas itu sya mula merokok kembali..apakah cadangan tuan untuk mengatasi hal ini?
Salam Encik Kingsley. Terkenang cinta lama? Sepertinya tuan telah bebas dari belenggu ketagihan merokok suatu masa dulu. 2 tahun dikira masa yang cukup untuk melupakan segalanya tentang memori merokok.
Namun kini tuan kembali semula ke dunia merokok. Ia seperti kembali kepada cinta lama yang sudah tiada maknanya. Fikirkan yang terbaik untuk diri tuan; merokok lebih baik atau tidak merokok itu lebih baik dari segi masa, kesihatan dan kewangan.
Cara mudah untuk berhenti semula, ulangi langkah pertama tuan mula ingin berhenti merokok buat kali pertama dahulu (dna berjaya). Ia tentang pemikiran. Andai hati (mengekang nafsu) sudah pandai memilih, sudah tentu tiada masalah bagi tuan.
Kita hidup supaya buat yang terbaik untuk diri kita. Selamat maju jaya.
da 2 minggu xmerokok tetapi rasa jantung xnormal..selalu berdebar2..bila merokok xde pulak rasa berdebar camtu..
ada itu salah satu proses pemulihan..
Salam Tuan Azlan. Ada kajian dijalankan oleh NCBI berkenaan Heart Rate Variability (HRV) yang merujuk kepada Perubahan Kadar Denyutan Jantung dalam masa sebulan selepas perokok berhenti merokok.
Dalam ujian tersebut seramai 20 orang sukarelawan telah menyertai ujian dengan merokok satu pek atau lebih rokok selama sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih. Hasil ujian mendapati lebih kurang begini (klik link yang disertakan di atas):
1 - Kadar denyutan jantung menurun dengan ketara selepas sehari mula berhenti merokok
2 - Selepas 2 hingga 7 hari, kadar denyutan jantung akan meningkat dan menurun perlahan-lahan
3 - HRV mula akan menjadi stabil sebulan selepas mula berhenti merokok secara serta merta
Jadi, kemungkinan tuan sedang mengalami fasa perubanan turun naik kadar denyutan jantung yang sama. Namun, ujian di atas adalah dibawah pemantauan dan penyeliaan pakar bertauliah.
Jika selepas sebulan tuan masih mengalami kadar denyut jantung yang tidak stabil atau tuan rasa tidak selesa (seperti sesak nafas, sakit dada atau sakit kepala yang teruk dan sebagainya yang berkaitan) , sila merujuk kepada doktor untuk pemerhatian lanjut.
Terima kasih.
sudah 6 bulan saya berhenti merokok setelah 18 tahun jadi perokok tegar.. macam2 simpton saya alami selepas saya berhenti seperti gastrik makin teruk, gusi berdarah bila gosok gigi, sakit urat saraf, kembung perut, pening kepala, kebas tangan dan kaki dan badan rasa tak selesa.. adakah simptom2 itu normal selepas 6 bulan?..
Salam Tuan Zul. Tahniah kerana tuan berjaya dalam usaha untuk berhenti merokok yang kini masuk 6 bulan pertama. Kesan berhenti merokok adalah unik bagi setiap perokok. Mungkin juga ada yang lebih kurang sama atau hampir sama kesannya.
18 tahun sebagai perokok juga tentu memberi impak kepada kesihatan organ dalaman tubuh seorang perokok. Seperti yang kita faham, rokok mengandungi pelbagai racun dan bahan toksik. Walaupun sedikit kuantitinya dalam sebatang rokok, namun jika merokok setiap hari selama beberapa tahun tentu akan menyebabkan kesan buruk kepada sel tubuh.
Simptom-simptom atau kesan yang tuan nyatakan merujuk kepada dua timeline. Pertama, ya ia kesan berhenti merokok. Kebanyakan bekas perokok mengalami kesan yang hampir sama. Kedua, ia kesan penuaan. Tentu sahaja 18 tahun yang lepas tuan kurang merasainya sebab masih muda dan kuat. Proses penuaan juga boleh menyebabkan hal yang sedemikian kesannya. Cuma, merokok mungkin lebih mempercepatkan kesan penuaan itu selain faktor gaya hidup dan diet pemakanan.
Saya sarankan tuan berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi memantau perubahan yang tun alami selepas berhenti merokok. Data seperti tekanan darah, bacaan gula, kadar degup jantung,dan lain-lain boleh membantu memberi indikasi peningkatan/penurunan kesihatan tuan dari semasa kesemasa.
Amalkan pemakanan yang kaya dengan nutrisi seperi vitamin C, vitamin E, Omega-3, sterol tumbuhan dan sebagainya yang boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan badan dan mengurangkan kesan krisis pemulihan (simptom-simptom).
Jika tuan berminat untuk mencuba suplemen untuk mempercepatkan proses pemulihan dalaman tubuh, sila whatsapp kami di link berikut: http://yourfabulousmama.wasap.my/
Kami akan berikan info lanjut beserta konsultasi berkenaan nutrisi yang sesuai dengan masalah tuan. Terima kasih.
Sudah sembilan bulan saya berhenti merokok. tapi sejak akhir-akhir ni saya kerap bauk-batuk & dada terasa sesuatu yg pedih. Kadang-kadang mudah kene semput setelah batuk.
Ada tak vitamin yang boleh kurangkan gejala ini?
Salam & tahniah Tuan Hapis. Paling bagus untuk mereka yg hendak atau sedang atau sudah berhenti merokok, kami cadangkan cuba Vivix.
Banyak kebaikan Vivix untuk membantu mempercepatkan pemulihan semula sel-sel badan.
Selain itu, vitamin C, vitamin B dan minyak ikan juga baik untuk perokok dan mereka yang ingin berhenti merokok.
Untuk maklumat lanjut dan konsultasi, boleh hubungi kami di http://yourfabulousmama.wasap.my/