Ramai yang beranggapan apabila bayi mengamuk semasa menyusu, menandakan air susu ibu tidak keluar. Mereka biasanya akan terus membuat andaian bahawa susu ibu tiada. Tahukah anda bahawa tanggapan tersebut salah. Yakinlah bahawa susu ibu ada dan cukup untuk bayi anda.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dan menyebabkan susu ibu tidak keluar. Antaranya

(1) Tidak memahami konsep demand  vs supply

Kita perlu faham bahawa semakin kerap kita mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan terhasil. Ramai ibu-ibu yang tidak mengepam secara konsisten atau jarak masa antara satu sesi dengan sesi penyusuan yang lain terlalu lama.

Pastikan anda pam payudara dalam masa 2-3 jam. Jangan lebih dari 3 jam. Jika kita tidak kosongkan breast secara kerap, otak akan menghantar signal susu ibu cukup. Jadi tubuh yang menerima signal tersebut tidak akan cuba untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Dalam erti kta lain, kurang demand equals to kurang supply.

Kebanyakan ibu yang saya jumpa menyatakan mereka akan pam bila mereka rasa payudara bengkak. Pemahaman ini salah. Jangan amalkan. Sebab bila payudara rasa bengkak itu adalah petanda kita dah terover masa (selang masa lama sangat). Bila keadaan ini berlaku. Lama-lama susu akan kurang. Mengapa? Sebab kurang demand. Jadi jangan tunggu payudara rasa bengkak baru nak pam. Payudara bengkak bukan petanda banyak susu.

Pam lah ikut jadual walaupun rasa payudara masih lembik. Jika anda bekerja, pastikan anda mengepam mengikut masa dan konsisten. Walau sepadat mana masa anda, cubalah untuk mencari masa untuk mengepam. Ini adalah penting untuk memastikan susu terus dihasilkan bagi mengelakkan berlakunya susu merudum. Sediakan jadual pam anda setiap hari mengikut kesesuaian anda.

Baca juga : Berapa kerap perlu pam susu ibu @ menyusu bayi

 

(2) Keadaan ibu

Penat, stress, tidak mengambil air kosong yang cukup, diet, datang haid atau pregnant. Semua faktor ini adalah antara penyebab susu ibu tidak keluar. Kenapa?

Baca Juga :  Perbezaan Susu Ibu Dan Susu Formula Yang Ibu Wajib Tahu

Jika anda tidak tahu, penyusuan juga berkait rapat dengan hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (gembira) Bila kita penat atau stress, hormon jadi tak tentu arah dan tak dirembeskan dengan banyak.

Kalau kita penat atau stress, adakah kita berasa gembira? Tentu tidak kan? Jadi bila mengepam dalam keadaan tidak gembira, bagaimana production susu nak banyak. Lepas tu bila tengok susu sikit kita lagi stress, bila kita stress susu lagi la sikit.

Baca juga : Amalan Dan Petua Untuk Tambah Susu Badan Dengan Cepat

Kadang-kadang susu merudum atau tidak keluar juga bagi kita signal yang kita ni sebenarnya penat dan perlu rehat. Kita tak sedar sebab dah terbiasa dengan rutin hidup kan. Jadi bagaimana nak atasi? Simple. Kalau penat kita rehat. Kalau stress kita cari jalan untuk atasi stress. Makan coklat pun boleh buat kita happy. Tengok gambar anak ke, tengok movie ke. Ikut kesesuaian dan minat masing-masing.

Selain itu, ambillah makanan dan air kosong yang mencukupi untuk buat badan kita bertenaga. Supplement pun bagus juga. saya sendiri mengamalkan Set Penyusuan Shaklee untuk bantu tubuh kekal bertenaga, tidak stress dan sihat.

Bagi ibu datang haid dan ibu yang mengandung dalam masa yang sama masih menyusu bayi, anda memang akan merasai susu anda akan merudum. Masa ini, suplemen tambahan seperti kalsium dan protein sangat-sangat membantu bagi mengatasi masalah susu tidak keluar atau merudum ketika period. Bagaimana saya tahu? Saya juga ibu yang pernah melalui fasa datang haid dan menyusu anak. Saya juga pernah melalui fasa mengandung dan dalam masa yang sama masih menyusu si kecil.

(3) Pam tak sesuai

Kadang kala apabila suction pam menyakitkan, pumping menjadi tidak optimum.

Kesesuaian pam pun main peranan walau tak besar. Personally saya rasa double pumping adalah lebih baik dari segi stimulation dari single pump. Sebabnya? Masa LDR kan rasa dua-dua belah tapi kalau kita guna single cuma sebelah yang dapat banyak kan..padahal masa LDR tu la susu memancut2 keluar.

Baca Juga :  Cara Menambah Susu Badan Secara Sihat Dan Betul

Pilih pam yang sesuai dengan penggunaan kita. Tak semestinya pakai yang ribu-riban boleh dapat hasil banyak. Kalau jadual mengepam ke laut pakai la pam apa pun tak jadi jugak. Asalkan kita selesa ngan suction pam tu ok dah.

Baca juga : Cara Menyimpan Susu Perahan Ibu Supaya Selamat Diminum Oleh Bayi

Saya Nak Susu Ibu

Ok. itu adalah antara punca punca susu badan tidak banyak. Kenalpasti apakah masalah anda terlebih dahulu barulah masalah dapat diselesaikan. 🙂

Baca juga : Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu, Hamil, Berpantang & Aktiviti SGL

Facebook Comments:
3 Punca Susu Badan Tidak Banyak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.