Apabila baby mula senyap ketika tidur siang, apakah yang mungkin bermain di fikiran si ibu sebenarnya? Hmm..sementara tunggu baby terlelap tentu bermacam-macam perkara yang berlegar-legar di dalam kepala. Nak buat itu, nak buat ini..macam-macam lagi lah..bayi tidur siang

Atau mungkin, apa yang si ibu fikirkan dan apa yang kita fikirkan adalah sama? Kalau ikut baby, dia memang tak fikir apa, dia masih lagi di alam syurga. Comel je senyum dalam tidur.

Mari kita tinjau perkara-perkara yang mungkin menjadi buah fikiran ibu semasa bayi tidur siang:

  1. Yess! Mama berjaya tidurkan dia dalam kot baby. Mama menang 1-0. Terrorist win!
  2. Berapa lama agaknya baby tidur harini ye?
  3. Biasanya dia tidur 2 jam masa siang, harini sama kot?
  4. OK set 2 jam! Apa yang mama boleh buat dalam masa 2 jam ni ye? Emm..(tik tok tik tok..)
  5. Mama mandi dululah, lepas tu nak sikat rambut yang dah kusut masai ni..
  6. Sebenarnya, mama rasa mama patut basuh baju dulu..
  7. Ohh..sempat basuh pinggan mangkuk dulu kot.
  8. Dia ke tu yang berbunyi? Oh.. jangan la dia bangun dulu..
  9. Erm.. mama patut kemaskan meja makan, tak sempat kemas la masa sarapan tadi
  10. Kalau baby boleh up sikit tidur 3 jam, memang ‘best’ ni. Boleh kemas satu rumah. Gerenti beres…
  11. Mama cek Facebook kejap lah
  12. Dia dah tidur 1/2 jam. Ok agaknya letak status update di Facebook tentang dia sedang tidur? owh.. tak maulah. Lebih baik jangan..
  13. Boleh pergi mandi dah ni rasanya…
  14. Bilik air ni berlumut pulak. Ambik masa sekejap cuci sebelum mandi. Baru syok nak nyanyi…
  15. Vacuum lantai! Mama boleh vacuum lantai! tapi…tapi nanti dia terbangun pulak!…
  16. Mama patut sediakan makanan tengahari dia. Mana tahu kot-kot tak sempat bila dia dah  terbangun nanti…
  17. Eh.. Dia dah bangun ke? Macam ada bunyi. Dia ke tu?
  18. Ishh… Posmen ni… bising lah. nanti anak mama terjaga
  19. Alamak… telefon berbunyi! Sape lah yang reka telefon tu berbunyi sampai macam tu?
  20. Dia mesti akan bangun sekarang
  21. Pheww… nasib baik… Okey. Mama boleh pergi sidai baju. Sebelum tu, curi masa check Facebook dulu.
  22. Oh.. dah alang-alang ni, mama masuk Instagram dan Twitter kejap lah
  23. Alamak.. Macamana mama boleh rugi 10 minit masa emas mama ni layan FB, Insta, Tweet bagai? Aduhh rugi betul!
  24. Apa nak makan minum petang ni ye? Mama patut buat air teh tu sekarang dan bersedia
    oh.. sebelum tu, mama buat kerja rumah dulu lah
  25. Dia mungkin bangun dalam 1 minit. Takde gunanya keluarkan laptop
  26. Mama kena confirmkan dulu berapa lama baby normal tidur siang. Try cari kat Google. Tap tap tap.. “ tempoh bayi umur 6 bulan tidur siang hari”…
  27. Apakah? Internet takkan langsung tak tahu apa-apa tentang bayi tidur? Google ni tak pandailah. Hilang lagi 5 minit masa mama..
  28. Eh.. Mama belum makan lagi ni? Laparlah. Tangan tengah bebas ni. Mama ada 2 tangan untuk buat hidangan yang lebih menarik dari roti bakar!
  29. … dan  secawan teh panas. Hari ini memang hari terbaik dalam hidup Mama. Iskk…
  30. Ehh.. Laa belum sempat mandi lagi. Sabun di bilik mandi…sabun di bilik mandi..lalala..
  31. Dia dah tidur untuk 1 jam ni. Mungkin dah sampai masanya untuk post di Facebook dan bagitahu satu dunia. mama tahu ramai orang akan tertarik dengan pattern tidur anak mama
  32. Hah! dia dah bangun. Kali ni memang betul-betul punya. Emm alamak kita sambung lain kali la ye..Tinggal 1 point lagi nak cukup 33. Maaf ye semua. Syyy…
Facebook Comments:
33 Perkara Yang Ibu Fikir Apabila Bayi Tidur Siang
Baca Juga :  Makanan Untuk Kucing Yang Sakit Agar Kembali Ceria

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.