Orang tua-tua dahulu pernah kata, kalau kena kayap jangan sampai bercantum lilitannya. Boleh mati. Haa serius!? Ini betul atau hanya mitos?

Apa pendapat anda? cerr komen sikit…

Definisi Ringkas Tentang Kayap

Kayap (shingle) atau lebih dikenali dalam istilah perubatan sebagai herpes zoster adalah sejenis jangkitan viral pada kulit.

Ia menyebabkan radang dengan tompok-tompok merah atau gelembung air pada permukaan kulit yang kadangkala amat menyakitkan.

       Di Amerika, 1 daripada 3 orang berisiko mengalami kayap herpes zoster dalam tempoh hayat hidup mereka.

Individu yang pernah mengalami demam campak (chicken pox) turut berisiko tinggi untuk mendapat masalah kayap.

Kanak-kanak juga boleh dijangkiti kayap. namun risikonya lebih tinggi kepada orang tua.

Separuh daripada kes kayap yang direkodkan melibatkan warga tua lelaki dan wanita yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Centers for Disease Control and Prevention – CDC

Seksanya Terkena Kayap

kayap kulit

Jangkitan kayap pada kulit berupaya membuatkan orang yang mengalaminya berasa sangat tidak selesa, terasa kulit seperti terbakar, panas, pedih, gatal-gatal dan berbisa.

Secara umumnya, tiada ubat atau penawar khas untuk penyakit kayap. Doktor mungkin akan memberi preskripsi ubat antiviral yang boleh memendekkan tempoh jangkitan dan mengawal atau mengurangkan simptom kayap.

Bergantung kepada individu dan jenis-jenis kayap yang dialami, tempoh penyembuhan mungkin mengambil masa beberapa minggu atau lebih.

Namun begitu, kaedah mengurangkan komplikasi simptom kayap tidak terhad hanya melalui kaedah perubatan sahaja.

Mungkin beberapa kaedah rawatan semulajadi berikut juga sesuai dan boleh diamalkan untuk mengatasi simptom kayap pada kulit.

Baca Ini >> Kayap Kakak Ini Sembuh Dalam MAsa 4 Hari Sahaja!

5 Cara Ubati Kayap Secara Semulajadi

#1 – Terapi Mandian

Rasa ketidakselesaan seperti pkulit pedih dan kegatalan akibat jangkitan kayap boleh dikurangkan dengan cara mandian.

Mandian air sejuk: Mandi dengan gunakan air sejuk berupaya membantu menenangkan kulit dan paling penting dapat meredakan stress si empunya badan.

Mandian oatmeal: Kisarkan satu atau dua genggam oatmeal dan campurkan ke dalam air mandian (air suam lebih baik). Mandi berendam dalam air mandian tersebut selama lebih kurang 15 hingga 30 minit.

Perhatian:

  • Jangan gunakan air panas untuk mandi.
  • Elak guna tuala yang telah digunakan selepas mandian, perlu terus basuh untuk elak sebarang jangkitan kepada orang lain.

#2 – Gunakan Tuala basah

Selain mandi, tekapan tuala lembab yang sejuk boleh memberikan ketenangan kepada kulit yang terjejas akibat kayap.

Ambil tuala kecil, rendamkan ke dalam air sejuk dan perahkan airnya. Tekapkan pada kawasan kulit berkayap secara lembut. Ulang proses untuk beberapa minit sehingga rasa kelegaan kulit.

Perhatian:

  • Jangan guna ais! Rasa sejuk keterlaluan bakal memburukkan lagi keadaan kulit yang tengah sensitif.
  • Asingkan dan basuh tuala yang telah digunakan dengan segera untuk mengelakkan penyebaran kayap kepada orang lain.

#3 – Pes Baking Soda atau Tepung Jagung

Masukkan dua bahagian baking soda atau tepung jagung ke dalam cawan. Campurkan satu bahagian air dan adunkan sebati sehingga menjadi pes.

Sapukan pes campuran tersebut pada kulit berkayap dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas bersih dan lapkan dengan tuala.

Ulangi sapuan beberapa kali sehari mengikut keperluan.

Perhatian:

  • Jangan sapu terlalu kerap sangat kerana boleh menyebabkan masalah kulit kering yang memburukkan lagi keadaan.
  • Seperti biasa, asingkan dan basuh tuala yang telah digunakan.

#4 – Sapuan Losyen atau Krim Untuk Kayap

Tabiat menggaru atau menggosok keterlaluan kulit yang gatal boleh menyebabkan kayap menjadi lebih teruk.

Jika kegatalan masih belum berkurangan selepas melakukan langkah-langkah di atas; alternatif losyen dan krim pula boleh digunakan.

Penggunaan losyen dan krim tidak mempercepatkan penyembuhan kayap, tetapi ia boleh meningkatkan tahap keselesaan dan meredakan kerengsaan kulit.

Jangan gunakan losyen atau krim yang sembarangan. Losyen biasa atau losyen wangian boleh menambahkan lagi masalah iritasi kulit.

Penggunaan losyen calamine atau krim herbal yang baik untuk masalah kulit boleh digunakan. Dapatkan nasihat doktor atau pakar sebelum mencuba sesuatu losyen atau krim untuk kayap.

Anda patut cuba: Krim Herbal Blend Shaklee

Krim Herbal Blend Shaklee

Perhatian:

  • Sapu krim/losyen hanya pada kawasan kulit yang berkayap
  • Kerap basuh tangan selepas prosedur sapuan losyen atau krim pada kayap

#5 – Diet Pemakanan Sihat

Oleh kerana tempoh penyembuhan kayap memakan masa, maka langkah terbaik mengawal kayap secara dari dalaman tubuh juga perlu diambil berat. Diet makan harian adalah alternatifnya.

Sistem imun atau pertahanan dalaman tubuh yang lemah penyebab kayap menjadi semakin teruk atau berpanjangan. Diet pemakanan tertentu boleh meningkatkan kekuatan sistem imun tubuh untuk mengelakkan penyebaran kayap ke bahagian tubuh yang lain.

Amalkan diet untuk kayap yang mengandungi nutrisi vitamin A, vitamin B-12, vitamin C, vitamin E dan asid amino lysine. Perbanyakkan minum air kosong sangat membantu proses detoksifikasi.

Anda patut cuba: Nutriferon, Lecithin dan B-Complex Shaklee

 

Baca Ini >> Pemuda Ini Berjaya Atasi Kayap Seawal Tempoh 3 hari

Elakkan makanan tinggi gula dan lemak, mengandungi kafein dan alkohol serta yang mengandungi arginine (seperti coklat, gelatin dan kacang). Elakkan juga diet makanan ringan dan makanan segera disepanjang tempoh kayap sembuh.

Ini Hanya Alternatif Kaedah Rawatan Untuk Kayap

Apa yang perlu difahami, rawatan alternatif atau rawatan semulajadi yang dinyatakan di atas belum tentu berkesan kepada semua orang.

Walaupun kita dapati sesetengahnya MUNGKIN memberi kesan positif untuk kayap cepat sembuh, hakikatnya masih tiada ubat atau penawar untuk mengatasi virus herpes zoster yang disahkan oleh bidang perubatan.

Kaedah konvensional atau tradisional ini hanya bertujuan untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan kulit, iritasi atau memendekkan tempoh komplikasi simptom kayap secara umum.

Kayap boleh sembuh dalam tempoh seawal dua hingga enam minggu atau lebih. Namun, ia tidaklah tergolong dalam penyakit yang boleh mengancam nyawa. Tetapi dalam sesetengah kes ia mungkin pernah membawa kepada risio yang sangat kronik.

Tindakan awal, kesedaran kehadiran tanda-tanda kayap dan rawatan serta pemeriksaan doktor adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah kayap menjadi lebih serius.

Order

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Shaklee ID:
866451

Cash On Delivery : Kulim, Kedah dan kawasan sekitarnya

Penghantaran Melalui Courier : Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

Penghantaran Melalui e-Parcel : Ke Seluruh Dunia

 

Setiap belian melalui yourfabulousmama.net melayakkan anda untuk mendapat eksklusif konsultasi berterusan.

daftar ahli shaklee

Facebook Comments:
5 Cara Ubati Kayap Yang Anda Patut Cuba Sebelum Kayap itu Melilit dan Bercantum!

2 thoughts on “5 Cara Ubati Kayap Yang Anda Patut Cuba Sebelum Kayap itu Melilit dan Bercantum!

Leave a Reply

Your email address will not be published.