Kalsium merupakan salah satu mineral yang penting kepada tubuh kita. Ia bukan sekadar penting untuk kesihatan tulang dan gigi tetapi ia juga penting untuk membantu proses pembekuan darah, pengenduran otot (muscle relaxation) dan penting untuk fungsi saraf.
Jika makanan seharian yang anda ambil tidak mencukupi untuk keperluan kalsium anda, tubuh anda akan mengambil kalsium dari tulang. Jika ia berlarutan, tulang akan mengalami kekurangan kalsium dan risiko untuk anda terkena penyakit tulang semakin tinggi. Di antaranya osteoporosis iaitu pereputan tulang.
Untuk mengelakkan terjadinya kekurangan kalsium, ambil tahu apa yang anda makan. Berapa banyak kalsium yang anda ambil seharian. Jangan lupa juga apakah nutrisi yang boleh mengganggu penyerapan kalsium.
Apakah makanan yang boleh memberi gangguan penyerapan kalsium dalam tubuh kita? Jom baca.
Cuba lihat jadual di atas. Jadual di atas adalah keperluan harian kalsium untuk tubuh kita. Setiap hari ya. Sebab kalsium digunakan sepanjang masa dan perlu di tambah dari pemakanan seharian. Badan kita tak mampu nak hasilkan sendiri kalsium.
Pastikan keperluan kalsium harian anda mencukupi dengan mengambil makanan tinggi kalsium dan juga suplemen tambahan yang mempunyai kombinasi Vitamin D, Magnesium dan kalsium yang betul. Ini untuk memastikan penyerapan kalsium adalah maksimum di dalam tubuh. Ia untuk mengelakkan terjadinya pemendakan kristal kalsium dalam tubuh anda. Pastikan juga suplemen yang di ambil dari sumber semulajadi.
Selain mengambil berat tentang jumlah kalsium yang anda ambil setiap hari, anda juga harus mengambil berat juga makanan yang boleh menghalang penyerapan kalsium dalam tubuh. Terdapat 5 nutrisi yang boleh beri gangguan penyerapan kalsium yang anda ambil dalam diet seharian.
Oksalat adalah sebatian yang banyak terdapat dalam buah dan sayur. Kehadirannya mampu menghalang penyerapan kalsium dalam tubuh. Contoh paling dekat adalah sayur bayam. Kita tahu bahawa bayam tinggi dengan kalsium. Tapi tahukah anda ia juga tinggi oksalat. Apabila kita memakan bayam, hanya sebahagian sahaja kalsium yang dapat diserap ke dalam tubuh. Selain bayam, sayuran berwarna hijau gelap juga mengandungi asid oksalat di dalamnya.
Untuk memastikan kita mendapat kalsium secara optimum dari bayam dan sayuran hijau yang lain, kita perlu memastikan tubuh kita mengambil vitamin C secukupnya. Vitamin C akan membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik. Jadi jangan takut untuk makan bayam dan sayur hijau yang lain ya!
Baca juga : Vitamin C Terbaik Di Pasaran. Anda Wajib Tonton Video Sekali
Kafein terdapat di dalam kopi, teh dan coklat. Hasil kajian berskala kecil menunjukkan kafein boleh mengurangkan kepadatan tulang dan meningkatkan risiko patah tulang. Kesan ini terjadi kepada individu yang kurang mengambil kalsium dalam diet seharian. Kafein yg tinggi akan menyebabkan kalsium disingkirkan sebelum dapat diserap.
Dr. Robert Heaney dari Creighton University merupakan seorang pakar dalam bidang osteoporosis. Beliau menyarankan kita untuk meminimakan pengambilan kafein baik dari makanan atau dari minuman. Beliau juga menyarankan semua orang untuk mengambil susu yang kaya dengan kalsium agar kalsium yang hilang dapat diganti semula.
Kita sedia maklum bahawa makanan berserat adalah sangat baik untuk sistem pencernaan. Walaupun begitu, ia juga boleh mengganggu penyerapan kalsium di dalam tubuh.
Gandum, epal dan kekacang mempunyai serat yang tinggi. Namun ia berpotensi untuk mengganggu penyerapan kalsium dari makanan lain yang anda makan. Walaupun begitu, anda mesti memastikan diri anda untuk mengambil makanan tinggi serat dan dalam masa yang sama memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian.
Jangan risau. Anda boleh mendapatkan khasiat kedua-duanya asal tidak di ambil serentak. Contohnya anda boleh minum susu dahulu dan selang beberapa jam kemudian anda boleh mengambil roti gandum, pasta atau buah epal.
Phytates juga merupakan salah satu zat yang boleh mengganggu penyerapan kalsium dalam tubuh. Zat ini mengikat kalsium di usus sehingga ia tidak masuk ke dalam aliran darah. Contoh makanan yang mengandungi phytates adalah oat, jagung, gandum hitam, kentang, brokoli dan strawberi.
Jika makanan seperti di atas dimasak terlebih dahulu, kita dapat menurunkan kadar phytates. Jadi gangguan penyerapan kalsium dalam tubun akan menjadi lebih kecil.
Protein sangat penting untuk kerja-kerja memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak. Namun ramai yang tidak tahu protein juga menyebabkan kalsium dikeluarkan dengan lebih cepat melalui urin.
Kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa pengambilan makanan tinggi protein dan fosfur boleh mengeluarkan kalsium di dalam tubuh. Keadaan ini akan menyebabkan terjadinya masalah pada tulang seperti patah tulang dan osteoporosis.
Keperluan kalsium kita bukan bergantung pada seberapa banyak kita ambil, tapi seberapa banyak badan kita dapat serap. Dari bacaan di atas, adakah anda masih rasa badan terlebih kalsium?
Saya masih ambil susu. Saya juga masih makan makanan yang mempunyai kalsium seperti cheese, sayur berdaun hijau dan lain-lain. Namun saya tidak pasti adakah kalsium yang saya ambil cukup untuk keperluan harian.
Saya juga jalani Ujian Kepadatan Tulang. Anda boleh tengok keputusan ujian saya dan suami di bawah. Saya sertakan juga ujian kenalan yang tidak mempunyai cukup pengambilan kalsium dalam diet seharian.
Apa yang saya lakukan adalah mengambil suplemen kalsium. Pilihan saya adalah Ostematrix Shaklee.
Mengapa?
Saya tidak pasti apakah kriteria pemilihan suplemen kalsium anda. Tapi, saya memilih Ostematrix sebab ia semulajadi, berkesan dan selamat.
Jangan tersalah memilih kerana risiko anda untuk mendapat mendapan kristal kalsium dalam tubuh adalah tinggi tanpa kombinasi dan ratio nutrien yang betul di dalam suplemen kalsium anda.
Saya guna dan saya jual sejak tahun 2011. Insya Allah terbaik.
Anda rasa kalau anda buat ujian di atas, anda termasuk dalam golongan yang mana satu?
Normal?
Osteopenia?
Osteoporosis?
Nak tahu kena buat check up.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More