Kita biasa mendengar tentang antioksidan. Namun, tahukah anda apakah tugas utama antioksidan ni? Apakah pula fungsi antioksidan bagi tubuh anda?
Tugas utama antioksidan adalah untuk membantu tubuh melawan radikal bebas. Radikal bebas merupakan bahan kimia jahat yang bukan sahaja terdapat di sekeliling kita tetapi juga wujud di dalam tubuh kita.
Jika dari persekitaran, radikal bebas akan terhasil daripada sinaran uv matahari, radiasi peralatan elektronik, aktiviti merokok dan pencemaran udara. Tubuh kita juga akan menghasilkan radikal bebas daripada proses metabolisme tubuh iaitu semasa proses penukaran makanan menjadi tenaga.
Mereka ni sangat jahat dan berupaya merosakkan sel-sel tubuh kita dan seterusnya merosakkan DNA manusia. Ia juga mampu merubah genetik tubuh manusia.
Tubuh kita tidak mampu untuk melawan radikal bebas ini secara terus menerus. Oleh kerana itu, tubuh kita memerlukan “rakan seperjuangan” untuk bersama-sama membanteras radikal bebas iaitu antioksidan. Antioksidan ini akan berusaha gigih untuk melawan radikal bebas dengan memberi elektron kepada radikal bebas tanpa mengambil dari tubuh kita. Kiranya, dalam bahasa paling mudah, ia akan mengorbankan dirinya sendiri demi melindungi tubuh kita daripada serangan radikal bebas.
Pengambilan makanan kaya antioksidan mampu menjaga kesihatan kita secara menyeluruh. Ia diyakini mampu mencegah pelbagai jenis kanser.
Makanan kaya antioksidan adalah kunci mencegah penyakit jantung.Ia mampu mencegah penyakit jantung dan meminimakan proses oksidasi kolesterol di dalam darah.
Antioksidan terkenal sebagai agen antipenuaan. Pengambilan makanan yang tinggi antioksidan secara konsisten mampu melambatkan proses kedutan di kulit terutama di wajah. Ia mencegah proses penuaan sel-sel tubuh sehingga menjadikan fungsi tubuh tetap terpelihara dengan baik.
Antioksidan mampu meningkatkan sistem imun tubuh bagi melawan serangan virus dan bakteria. Jika sistem imun tubuh kuat, tubuh tidak akan mudah terkena serangan penyakit.
Makanan yang mengandungi antioksidan mampu melindungi sistem saraf. Kita mampu berusaha untuk mencegah tubuh daripada terkena penyakit berkaitan saraf termasuk autisme, depresi dan skizofrenia. Ia juga sangat terkenal dalam memberi perlindungan terhadap sistem saraf pusat.
Antioksidan sangat penting untuk menjaga kesihatan mata terutama mereka yang memakai kaca mata atau kanta sentuh. Makanan yang tinggi antioksidan mampu menurunkan risiko mata menjadi buta dan juga mencegah penyakit-penyakit lain yang boleh menyerang mata seperti degenarasi makula dan glaukoma.
Antioksidan boleh di dapati daripada makanan dan suplemen tambahan. Namun, pilihlah suplemen tambahan dari sumber semulajadi, bukannya sintetik kerana suplemen sintetik tidak memberi manfaat kepada tubuh kita untuk jangkamasa panjang.
Antioksidan yang paling terkenal adalah vitamin C, vitamin E, beta-karoten dan karotenoid, selenium, koenzim Q10, flavonoid, fenol, polifenol dan phytoestrogen.
Vivix kaya dengan polifenol iaitu sebatian tumbuhan yang mempunyai khasiat antioksidan paling hebat terhadap kesan penuaan sel. Ia berupaya memberi perlindungan terhadap penyakit akibat kesan penuaan sel seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit saraf. Pengambilan vivix secara konsisten berupaya menjadikan anda berasa dan kelihatan 25 tahun lebih muda daripada usia anda yang sebenar.
Vitamin C telah digunakan sejak dahulu lagi untuk mengatasi masalah kulit rosak, kusam, kering, pigmentasi, berkedut, masalah kesihatan dan proses penuaan sel yang disebabkan oleh tindak balas radikal bebas yang ada disekeliling kita. Kelebihan vitamin C shaklee adalah ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat 100mg vitamin C di dalam tubuh untuk setiap 1 jam selama 5 jam, suatu ciri yang perlu ada untuk suplemen vitamin C yang bagus agar ia tidak terbazir dan dibuang begitu sahaja.
Sifat antioksidannya yang tinggi mampu mengelakkan sel dan tisu kulit dari terus menjadi rosak. Kelebihan vitamin E shaklee adalah kerana ia mengandungi selenium, satu sebatian yang wajib ada bagi memastikan vitamin E tersebut dapat diserap sepenuhnya kedalam tubuh.
Carotomax mengandungi 6 jenis karotenoid penting bagi perlindungan antioksidan yang kuat untuk kesihatan kita iaitu astaxanthin, alfa-karotena, beta-karotena, likopena, lutein dan zeaxanthin bagi memastikan tubuh dilindungi daripada serangan radikal bebas secara maksima.
Alfalfa complex mengandungi phytoestrogen yang juga merupakan salah satu antioksidan yang baik. Seiring dengan gelarannya “Raja Segala Tumbuhan”, manfaat alfalfa sangat banyak termasuklah mencuci darah dan usus, meneutralkan kembali badan yang berasid, melawan alahan, melegakan keletihan, membantu membuang angin, melawaskan pembuangan, meningkatkan stamina suami isteri, merendahkan paras gula dalam darah dan pelbagai lagi.
Jika anda tidak bertindak segera untuk menghalang serangan bertubi-tubi radikal bebas dari terus merosakkan sel anda, inilah yang bakal berlaku kepada anda :
Anda sanggup untuk menanggung akibatnya? Saya sendiri tidak sanggup.
Jika anda tidak sanggup, pastikan tubuh anda mendapat cukup keperluan antioksidan demi memastikan tubuh mendapat bekalan yang mencukupi bagi melawan radikal bebas. Setiap pembelian melalui yourfabulousmama.net akan mendapat exclusive konsultasi tentang pengambilan suplemen dengan cara yang betul.
Hubungi kami di 019-4771733 dan dapatkan Set Antioksidan anda sekarang.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More