1 2
Masalah jantung

6 Punca Serangan Jantung Sebagai Pembunuh Senyap Secara Mengejut

Serangan jantung merupakan sejenis penyakit yang sangat digeruni oleh ramai orang. Kehadirannya secara tiba-tiba tidak hanya tertumpu kepada golongan berumur sahaja.

Malah golongan muda belia kini juga turut dihendap penyakit yang menyerang secara mengejut seperti ini. Kebanyakkannya membawa kesan maut serta merta.

Badan Kesihatan Sedunia mengesahkan bahawa serangan jantung merupakan penyakit yang menduduki carta teratas pembunuh senyap dalam kalangan rakyat termasuk negara-negara maju dan yang sedang membangun.

Menurut carta statistik Badan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit jantung koronari (serangan jantung dan kegagalan jantung) menduduki tempat pertama dan diikuti pula oleh strok pada tangga kedua.

Sumber: WHO – Top 10 Cause Of Death

Senarionya lebih kurang sama dengan apa ang berlaku di negara kita, Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan kerana angkanya semakin meningkat dari hari ke hari.

Semenjak tahun 1970 sehingga kini, lebih kurang 110,000 orang yang menghidap penyakit kardiovaskular telah dimasukkan ke hospital-hospital kerajaan.

Dan daripada angka itu, 6500 daripadanya telah direkodkan meninggal dunia di hospital.

Bagaimana Simptom Serangan Jantung Berlaku?

Serangan jantung biasanya berlaku apabila otot jantung tidak menerima bekalan darah secukupnya. Bekalan darah di hantar ke otot-otot jantung melalui saluran arteri koronari. Ini menyebabkan senario fungsi jantung menjadi lemah atau lemah jantung.

Lazimnya, ia disebabkan oleh pembentukan plak yang mengecilkan ruang saluran arteri koronari dan mengganggu aliran darah. Plak terbentuk akibat enapan lemak, kalsium, protein dan sel darah yang rosak. Struktur plak pula terdiri daripada lapisan luar yang keras dan medium pekat di dalamnya.

Apabila plak semakin mengeras, lapisan luar plak yang rapuh akan mulai pecah dan mengganggu aliran trafik darah. Kandungan platlet (yang membantu menggumpalkan darah) pula akan tertumpu di sekitar plak sehingga berupaya membentuk gumpalan darah beku.

Lama kelamaan kumpulan darah beku ini akan menghalang saluran arteri sepenuhnya. Secara jangkamasa panjang otot jantung akan mula mengalami kekurangan bekalan oksigen yang serius dan menyebabkan otot mati serta kekejangan.

Risikonya boleh menyebabkan jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba dan bila-bila masa. Inilah yang dikatakan sebagai punca SERANGAN JANTUNG berlaku.

Apakah Tanda-Tanda Serangan Jantung

Seseorang itu akan mengalami kesakitan kerana otot jantung tidak berfungsi secara normal. Kesakitan bukan hanya setakat tertumpu pada jantung, malahan turut dirasai di bahagian luar dada, belikat, leher, tangan, lengan dan jari.

Walaupun kebiasaanyan ia dikatakan berlaku pada sebelah kanan anggota badan, namun ia juga boleh berlaku pada sebelah kiri.

Jika gejala tersebut tidak terlalu ketara dirasakan, ia lebih dikenali sebagai “Angina” yang biasanya berlaku disertai dengan rasa mencucuk-cucuk pada jantung.

Menurut pengalaman orang yang pernah merasai serangan jantung, ia seakan terasa seperti jantung dipulas dengan teruk sekali.

Sesetengahnya merasai seolah-olah seperti tercekik dan sukar bernafas. Selain itu, salah satu atau gabungan bahagian-bahagian organ tertentu akan mengalami rasa sakit, kebas dan rasa mencucuk-cucuk.

Pada peringkat yang lebih teruk di mana kegagalan jantung berlaku, otot jantung berhenti berdenyut dan darah tidak dapat dipam ke otak dan ke seluruh bahagian tubuh.

Otak ialah organ yang mengawal pelbagai fungsi organ sistem tubuh secara keseluruhan.

Untuk kelansungan sistem, otak memerlukan bekalan darah, glukos, oksigen dan bekalan nutrien secara berterusan.

Apakah Faktor Risiko Yang Menjadi Punca Serangan Jantung

#1 – Merokok

Kesan merokok selain membawa risiko masalah respirasi / pernafasan dan kanser paru-paru, ia juga membawa masalah penyakit jantung. Lebih kurang 1 daripada 5 kematian akibat penyakit jantung berkait dengan rokok.

Sumber nikotin di dalam rokok memberi kesan; mengurangkan paras oksigen yang patut diterima oleh jantung, meningkatkan tekanan darah, mempercepatkan denyutan jantung, membentuk darah beku dan mengganggu aliran darah dalam salur darah.

Lebih buruk, ia akan membawa risiko strok. Berhentilah daripada terus hidup merokok.

Mesti Baca! >> Cara Paling Berkesan Berhenti Merokok 

#2 – Kolesterol Tinggi Dalam Darah

Semakin tinggi paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) di dalam darah semakin tinggi kemungkinan seseorang mendapat serangan jantung.

Dan sebaliknya pula bagi paras kolesterol HDL (kolesterol baik) yang berfungsi menghalang kesan buruk kolesterol LDL.

Kolesterol LDL berupaya membentuk plak yang boleh menyebabkan dinding dalam arteri menjadi tebal dan menyempitkan aliran darah untuk mencetuskan tanda-tanda serangan jantung.

Plak terbina daripada kolesterol, lemak, kalsium dan bahan lain yang terdapat dalam darah. Kewujudan plak dalam salur darah disebut sebagai “Atherosclerosis“.

Baca Juga >> Manfaat Kurma Untuk Bantu Atasi Penyakit Kronik

#3 – Tekanan Darah Tinggi (Hipertension)

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah kepada dinding arteri atau salur darah. Tekanan darah diukur melalui nisbah “sistolik dan diastolik”.

Bacaan melebihi 180/110 mm Hg menunjukkan gejala hipertensi yang boleh membawa risiko serangan jantung jika tidak terkawal.

Tekanan darah tinggi tidak akan sentiasa sama sepanjang masa bagi seseorang. Bacaaannya berbeza ketika kita tidur, jaga, gembira, cemas, aktif dan sebagainya.

Kesan penyempitan dinding salur darah menambahkan lagi kesan buruk tekanan darah ketika pada bacaan tinggi.

#4 – Berat Badan Berlebihan atau Obesiti

Berlebihan berat badan membawa kepada risiko diabetis pada awalnya. Kemudian boleh membawa punca kepada tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dalam darah atau kedua-duanya sekali.

Akhirnya mungkin membawa kesan buruk serangan jantung jika tidak dikawal.

Klik >> Minuman Berkarbonat Punca Gemuk.

Baca Juga >> Bahaya Tabiat SukaMinuman Berkarbonat

#5 – Sejarah Keluarga

Merupakan salah satu faktor yang tidak boleh dikawal. Mereka yag mempunyai salahsilah ahli keluarga penghidap sakit jantung berkecenderungan mempunyai genetik yang sama untuk memiliki penyakit itu.

#6 – Gaya Hidup Tidak Aktif dan Diet Buruk

Mereka yang tidak aktif mempunyai risiko yang tinggi mengalami serangan jantung. Tubuh perlu bergerak aktif untuk membantu proses metabolisme yang berpotensi untuk membakar lemak dan kolesterol yang tidak baik untuk tubuh badan.

Selain itu, pengambilan kalori yang berlebihan juga turut menjadi penyebab risiko serangan jantung. Diet buruk yang tidak terkawal menambahkan lagi paras kolesterol dalam badan.

Kuasakan Jantung Dengan Koenzim Q10

Menghadapi Situasi Serangan Jantung

Segara dapatkan bantuan dan rawatan sekiranya anda atau mangsa serangan jantung mengalami situasi berikut:

  1. Mengalami tanda-tanda sakit dada seperti di atas atau ragu-ragu tentangnya, terus dapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan oleh doktor.
  2. Jika masih dalam keadaan stabil, datang terus ke Jabatan Kecemasan di hospital berhampiran
  3. Jangan biarkan mangsa menunggu untuk mendapatkan rawatan. Lebih banyak masa menunggu, lebih tinggi risiko kerosakan otot jantung dan mungin sukar untuk dipulihkan.
  4. Jika mangsa tidak sedarkan diri, bantuan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) sangat membantu. Lakukannya sementara sebelum tiba ke hospital.
  5. Ambil preskripsi ubat yang telah dicadangkan atas rundingan oleh doktor. Jangan berhenti sehingga benar-benar disahkan pulih.

Hargailah Jantung Anda

Jantung adalah amanah bagi setiap individu untuk dijaga dan digunakan sebaiknya.  Bagi kita yang azalinya dilahirkan dengan jantung yang normal, kita sepatutnya tidak mengabaikan kesihatan jantung. Jangan abaikan 6 punca serangan jantung di atas.

Tidak kira usia, muda ataupun tua kita seharusnya mulai sedar akan kepentingan penjagaan jantung untuk kesihatan demi kelansungan hidup di masa hadapan. Jika anda mengalami simptom atau gejala serangan jantung di atas, segera dapatkan bantuan doktor.

Mulai sekarang, tingkatkanlah kesedaran tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan jantung. Termasuk aspek pemakanan, gaya hidup aktif dan mengenali keperluan nutrisi jantung.

Kita hidup bila jantung berjalan,
Bila kita berhenti, jantung tetap terus berjalan
Bila jantung berhenti,  kita pula yang jalan 
Itulah dia JANTUNG ENJIN KEHIDUPAN

Facebook Comments:
6 Punca Serangan Jantung Sebagai Pembunuh Senyap Secara Mengejut

View Comments

  • Sangat setuju kalau kesehatan jantung itu perlu dijaga :)

    salam kenal dari saya

    • Salam kenal Pak Hendri. Ya, jantung perlu dijaga sebaiknya. Setiap degup memberi erti hidup.

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

2 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

2 months ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

3 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

3 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

3 months ago