1 2

7 Cara Mengatasi Bahaya Jerebu Kepada Kesihatan

Masalah jerebu adalah satu fenomena di mana persekitaran kita dipenuhi oleh habuk, debu halus, asap dan zarah-zarah kering yang terapung di dalam ruang udara. Keadaan ini menyebabkan keterbatasan penglihatan dari segi kualiti dan jarak penglihatan.

Bahaya-Jerebu

Bergantung kepada tahap pencemaran udara di satu-satu tempat, jerebu boleh menyebabkan gangguan terhadap pelbagai aktiviti fizikal dan juga mendatangkan ancaman terhadap kesihatan individu.

Apakah masalah kesihatan yang boleh terjejas akibat jerebu ini dan siapakah yang berpotensi mendapat risiko kesan yang lebih buruk? Juga ketahui apakah cara untuk mengatasi bahaya jerebu kepada kesihatan.

Fenomena Jerebu Di Malaysia

Fenomena jerebu kini datang lagi menyelubungi Malaysia. Situasi jerebu biasanya berlaku di antara bulan Mei sehingga Oktober. Kebakaran hutan dalam skala yang besar di negara jiran merupakan antara punca yang dikenalpasti penyebab kejadian jerebu ini berlaku.

Ditambah pula dengan faktor angin monsun barat daya yang membawa asap jerebu dengan begitu cepat melintasi sempadan laut Selat Melaka untuk membelenggu kawasan sekitar yang berhampiran dengan pesisir laut.

Rekod Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang pernah dicatatkan tertinggi di Malaysia adalah pada tahun 1997, iaitu bacaan 839 di Kuching, Sarawak dan 746 di Muar, Johor. Hanya 6% sahaja kawasan mencatatkan kualiti udara yang baik di seluruh Malaysia pada ketika itu.

Namun situasinya berbeza bagi musim 2015 ini. Berikut adalah Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi beberapa negeri semenanjung setakat 12/9/2015:

Indeks-Jerebu
Sumber Rujukan : Portal Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar

Walaupun keadaan jerebu masih terkawal sehingga hari ini, ditambah pula dengan musim hujan; namun kesannya tidaklah boleh diambil ringan. Jika langkah mengatasi tidak diambil tindakan sewajarnya, kesan negatif terhadap kesihatan pastinya boleh mengganggu.

Apakah Tanda-tanda Atau Gejala akibat Jerebu ?

Apabila terdedah kepada jerebu dalam jangka masa panjang, kita boleh mengalami beberapa tanda atau gejala gangguan kesihatan seperti:

  • Mengalami iritasi kulit sepeti kerengsaan atau kegatalan pada badan
  • Gangguan pada hidung seperti berair, kerap bersin dan selesema
  • Sakit tekak dan kerongkong serta batuk-batuk
  • Mata pedih dan berair
  • Sukar untuk bernafas atau sesak nafas
  • Sakit pada bahagian dada atau mengalami kelesuan

Gejala ini mungkin lebih membawa kesan buruk bagi mereka yang:

  • Menghidap penyakit masalah kulit seperti kulit sensitif, ekzema, alergi dan lain-lain
  • Menghidap masalah penyakit kronik yang berkaitan sistem pernafasan seperti asma, bronkitis, radang paru-paru dan paru-paru berair
  • Menghidap masalah sakit jantung dan sistem kardiovaskular
  • Ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang mungkin terjejas akibat agen pencemaran udara yang terserap di dalam tubuh

Justeru, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan segera jika mengalami tanda-tanda atau gejala yang tersebut di atas.

7 Cara Mengatasi Bahaya Jerebu Kepada Kesihatan

Sebagai langkah pencegahan dan persediaan untuk menghadapi musim jerebu, kita digalakkn untuk:

  1. Sentiasa berada di kawasan tertutup atau dalam bangunan seperti dalam rumah atau pejabat
  2. Jika terdapat keperluan untuk keluar atau berada di tempat terbuka seperti bekerja atau aktiviti di luar bangunan dan juga menunggang motorsikal, pastikan memakai penutup hidung dan mulut (haze mask)
  3. Sentiasa tutup semua pintu dan tingkap bagi mengelak kemasukan asap jerebu ke dalam rumah kediaman atau ruang pejabat. Jangan ditambah pula dengan kehadiran asap rokok atau vape!
  4. Pasangkan penghawa dingin untuk membantu kitaran pengudaraan dalam kenderaan.
  5. Jika terdedah kepada jerebu, kerap basuh muka dan anggota badan yang terkena dengan air bersih
  6. Perbanyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi mengatasi dehidrasi, memudahkan proses perkumuhan dan detoksifikasi dalaman tubuh
  7. Bantu kekuatan antibodi dengan mengamalkan pemakanan kesihatan termasuk suplemen vitamin dan mineral yang diperlukan

Bahaya Jerebu Kepada Kesihatan

Nutrisi Suplemen Untuk Kekuatan Imun

Bantu tubuh untuk meningkatkan imunisasi bagi melawan agen pencemaran yang mengancam kesihatan tubuh badan. Antara kerperluan vitamin dan mineral yang sesuai untuk membantu menguatkan sistem imun adalah:

  • Vivix – Mengandungi gabungan unik Polifenol dari sumber tumbuhan yang berfungsi sebagai antioksidan aktif dan membantu proses detoksifikasi

  • Nutriferon – Diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semulajadi untuk membantu fungsi keaktifan sistem imun dengan lebih pantas melawan gejala akibat jerebu

  • Chewable Vita-C Plus – Kajian menunjukkan vitamin C membantu mencegah simptom yang berkaitan sistem respirasi seperti asma

  • CoQ-Trol Plus – Koenzim Q10 membantu mencegah radikal bebas yang terkandung didalam udara tercemar daripada menyerang paru-paru serta melindunginya

  • Garlic Complex – Enzim Alicin yang terkandung di dalam bawang putih sangat istimewa sejak kaedah perubatan lama untuk membantu kelegaan batuk, demam selesema atau flu serta jangkitan dalam sistem respirasi

  • OmegaGuard – Asid lemak Omega-3 membantu fungsi paru-paru yang bekerja keras untuk sistem respirasi serta mengurangkan inflamasi saluran pernafasan akibat asma.

  • Performance Drink – Toksin daripada jerebu yang terserap ke dalam paru-paru dan kulit memaksa buah pinggang untuk bekerja lebih keras menyingkirkannya. Kita boleh membantunya meningkatkan keupayaan dengan mengekalkan hidrasi dalaman tubuh dan tetap kekal cergas.

Dapatkan konsultasi eksklulif bagi kesemua suplemen di atas. Atau jika inginkan info lanjut, sila hubungi saya dengan segera. Bebaskan diri anda dari kabut jerebu.

Order-Now

– Atau hubungi –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Hubungi-Kami-Sekarang

Facebook Comments:
7 Cara Mengatasi Bahaya Jerebu Kepada Kesihatan

View Comments

  • Ada juga yang saya tidak faham tolong berhati hati ye....sekian,terima kasih.

    • Salam Vince Amirul. Tak faham tentang apa ya. Sama-sama.

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

1 month ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

1 month ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

1 month ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

2 months ago