1 2

8 Cara Atasi Darah Tinggi Semasa Hamil Elak Kelahiran Pramatang

Sekarang saya sedang hamil anak kedua. Ketika hamil anak yang pertama dulu, saya memang mempunyai masalah darah tinggi. Masalah ini menyebabkan bayi saya lahir pramatang pada usia kandungan lebih kurang 30 minggu.

Berat bayi pada masa tu hanya 1.2kg sahaja. Selepas bersalin, masalah tekanan darah tinggi saya hilang serta merta. Namun, semenjak disahkan hamil anak ke dua, tekanan darah saya naik semula.

Bacaan tekanan darah saya semakin meningkat dan tidak menentu. Sehinggakan saya akan memeriksa tekanan darah saya 3 kali sehari di rumah.

Saya inginkan bantuan dan saranan, adakah cara atasi darah tinggi semasa hamil? dan apakah suplemen yang sesuai untuk mengatasi masalah saya?

Untuk pengetahuan, saya memang jenis badan besar. Berat saya kini adalah 102kg. Walau saya kawal pemakanan saya dengan tidak mengambil makanan yang masin dan berlemak, kurangkan nasi, saya masih sukar mengawal tekanan darah saya. Saya rasa sangat tertekan…

Tekanan darah tinggi ketika hamil juga dikenali sebagai hypertension ketika hamil atau pregnancy induced hypertension (PIH). Tekanan darah tinggi boleh membawa kepada keadaan yang serius dipanggil preeclampsia (pre.e.clamp.si.a).

Tekanan darah normal untuk individu biasa adalah sekitar bacaan 140 ke 90. Manakala tekanan darah normal bagi ibu hamil adalah antara 110 ke 70 atau 120 ke 80.

Sekiranya tekanan melebihi 140, ibu biasanya akan dikategorikan sebagai mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Biasanya tekanan darah tinggi ketika hamil ini terjadi kerana pengenduran dinding salur darah akibat hormon progesteron dan hormon semasa kehamilan.

8 Cara Atasi Darah Tinggi Semasa Hamil

Berikut adalah cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi semasa hamil:

#1 – Mengurangkan Makanan Tinggi Sodium & Makanan Segera

Makanan tinggi sodium natrium adalah punca utama terjadinya masalah tekanan darah tinggi ketika mengandung. Kebiasaannya pula, makanan segera mempunyai kandungan sodium natrium yang tinggi.

Oleh itu, elakkan mengambil makanan segera secara kerap.

#2 – Banyakkan Meminum Jus Buah-buahan

Amalkan minuman yang penuh khasiat ini setiap pagi dan malam. Pilihlah buah yang segar dan kurangkan pengambilan gula di dalam minuman. InsyaAllah ia mampu membantu mengawal tekanan darah tinggi semasa hamil ini.

Antara kelebihan jus buah-buahan juga adalah ia kaya dengan vitamin. Maka, bayi anda juga akan mendapat khasiat daripada just buah-buahan tersebut.

#3 – Mengambil Makanan Kalium, Magnesium dan Kalsium

Makanan dengan kehadiran ketiga-tiga mineral ini mampu membantu mengurangkan tekanan darah tinggi

#4 – Mengamalkan Air Asam Jawa

Anda boleh mengambil air asam jawa sebanyak 2 kali seminggu. Caranya adalah dengan memasukkan sedikit pes asam jawa kedalam 1/2 cawan air masak.

#5 – Bersenam Setiap Hari

Bersenam setiap hari walau hanya senaman ringan mampu mengurangkan tekanan semasa tempoh kehamilan dan tekanan semasa menunggu proses bersalin

#6 – Membuat Kerja Dengan Teratur

Membuat kerja dengan tergesa-gesa dan kelam kabut akan menyebabkan anda berasa lebih tertekan. Pasti tekanan darah anda akan naik dengan mendadak. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan membuat jadual harian.

Perancangan yang teliti akan menyebabkan anda dapat melakukan rutin harian dengan lebih tenang. Jika anda rasa anda tidak mampu menyelesaikan tugasan tersebut seorang diri, mintalah bantuan orang yang terdekat dengan anda.

#7 – Amalkan Memakan Sayur dan Ulam

Antara sayur dan ulam yang bagus untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi adalah tomato, daun sup dan daun saderi

#8 – Mengambil suplemen tambahan

Tidak semua orang mampu mendapatkan nutrisi lengkap dalam pemakanan seharian dan tidak semua nutrien yang kita ambil dari makanan akan dapat diserap kedalam tubuh kita.

Suplemen tambahan sangat diperlukan terutama semasa hamil untuk memenuhi keperluan diri dan bayi di dalam kandungan anda.

Ia bertujuan untuk memenuhi lompong-lompong nutrisi yang tubuh perlu tetapi anda tidak dapat dari pemakanan seharian.

Facebook Comments:
8 Cara Atasi Darah Tinggi Semasa Hamil Elak Kelahiran Pramatang

View Comments

  • sarat dengan maklumat, saya suka.

    • Salam Cik Puan Eray Majid,

      Terima kasih singgah ke weblog ini. Semoga bermanfaat perkongsiannya.

  • Sememangnya pemakanan amat penting ketika hamil

    • Betul Tuan Dietdietsihat. Pemakanan semasa tempoh kehamilan sangat penting bagi ibu dan bayi. Dapat elakkan pelbagai masalah pertumbuhan bayi, kesihatan ibu hamil dan membantu proses kelahiran.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago