Berpantang selepas bersalin secara pembedahan atau ceasarian ini tidaklah banyak bezanya dengan berpantang selepas melahirkan bayi secara normal.
Walaupun begitu, bersalin secara pembedahan sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutama sekali di bahagian yang menjalani pembedahan kerana lukanya mungkin lebih besar.
Walaupun lukanya tidak terletak di bahagian yang aktif bergerak berbanding luka bersalin biasa, namun awas risiko luka jahitan bersalin boleh terbuka semula perlu diambil perhatian.
Pernah tengok video ibu yang bersalin secara pembedahan atau ceaseran ini? Jom kita saksikan dahulu supaya anda lebih mudah memahami prosedur dan keadaannya.
Dalam tempoh kehamilan 40 minggu dan proses kelahiran, tubuh kita telah bekerja dengan sangat kuat.
Apabila melepasi fasa itu dan memasuki fasa berpantang, tubuh kita sangat-sangat memerlukan rehat dan masa untuk pulih dari sebarang luka dan tekanan.
Ia juga memerlukan ruang masa untuk menstabilkan semula paras hormon di dalam badan.
Tidak seperti bersalin secara normal, bersalin secara pembedahan berkemungkinan besar memerlukan masa yang jauh lebih lama untuk pulih sepenuhnya.
Jika anda bersalin secara pembedahan, saya kongsikan sedikit tips untuk anda amalkan semasa dalam proses berpantang.
Menyusu bayi mampu membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat. Ia juga mampu membantu manjadikan tubuh kembali langsing.
Rahsianya untuk menjayakan penyusuan susu ibu adalah dengan banyakkan berzikir, amalkan makan sayur terutama sayur berdaun hijau, minum banyak air putih dan konsisten menyusu/mengepam.
Stoking perlu di pakai sepanjang masa. Hanya dibuka ketika mahu masuk ke tandas dan semasa mandi.
Selepas itu, sapu minyak panas dan pakai kembali stoking anda. Ini untuk mengelakkan badan dari dimasuki angin.
Pilis dan param dikatakan untuk mengelakkan rabun.Walaupun ianya tidak selesa, tapi ia perlu dipakai.
Banyakkan berehat dan kurangkan membaca di bawah cahaya suram atau gelap.
Pastikan anda makan nasi yang baru dimasak dan masih panas. Elakkan makan nasi yang sudah sejuk. Hangatkan semula jika perlu.
Semasa berpantang, tubuh memerlukan nutrisi yang seimbang. Untuk kesihatan tubuh dan juga untuk bekalan kepada si bayi.
Dari mana kita boleh dapat nutrisi lengkap tu? Tentulah dari pemakanan semasa berpantang. Walau berpantang, pastikan kita mendapat cukup karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ia menjadikan kita lebih bertenaga, tidak pucat, pengeluaran susu lebih meriah dan juga bantu melawaskan pembuangan air besar setiap hari.
Walau dalam pantang, perlu minum air putih dalam kuantiti yang banyak, sekurang-kurangnya 2-3L sehari.
Minumlah dalam kuantiti yang kecil tetapi dengan kerap. Air sangat penting jika anda menyusu bayi. Jika tidak cukup air, dari manakah susu hendak ada dengan meriahnya? Dalam pantang, di galakkan untuk minum air suam.
Orang dahulu kata, Jangan pegang penyapu. Jangan jalan laju-laju dan jalan kena kepit.
Sebenarnya, bukan tidak boleh, tetapi dalam pantang ni kita kena berhati-hati dengan pergerakan kita. Takut ibu jari kaki terlanggar apa-apa.
Nanti boleh kena bentan. Selain itu, elakkan dari mengangkat benda berat. Rahim kita baru lepas melakukan kerja berat dan peranakan baru sahaja lepas di angkat.
Dikuatiri takut rahim jatuh kembali atau jahitan bersalin terbuka semula.
Ada orang kata, bersalin secara pembedahan ni tidak boleh berurut dahulu.
Sebenarnya, boleh je. Cuma jangan sentuh bahagian luka pembedahan aje. Tempat-tempat lain seperti kaki, tangan, belakang badan, kepala tu boleh diurut seperti biasa.
Selain makan makanan biasa untuk orang berpantang, saya juga amalkan pemakanan tambahan.
Sememangnya semasa berpantang kita terhad untuk mendapatkan makanan terutamanya yang kita suka pada hari-hari biasa.
Diet pemakanan perlu di kawal untuk mengelakkan berlaku bentan, masuk angin dan luka pembedahan lambat sembuh.
Pengambilan suplemen tambahan bukan boleh diambil sembarangan, perlu juga merujuk kepada nasihat doktor kesihatan.
Lazimnya suplemen yang saya ambil atau kebanyakan pengamal suplemen untuk berpantang ambil ialah multi vitamin yang mengandungi zat besi, vitamin B, vitamin C, kalsium dan protein.
Masing-masing mempunyai peranan tersendiri untuk membantu pemuliharaan semula tubuh kita.
Saya tidak pernah merasai bersalin secara pembedahan ceasarean, tetapi konsep penjagaannya lebih kurang sama sahaja. Antara produk Shaklee yang saya ambil sepanjang tempoh berpantang ialah:
Alhamdulillah semua orang termasuk tukang urut tegur muka nampak berseri tak pucat, jalan laju tak macam orang baru lepas bersalin.
Rasa badan ringan, tiada sakit-sakit badan walau tidak cukup tidur, dan pagi-pagi pembuangan lancar, tiada masalah sembelit. Luka pun cepat sembuh & susu pun meriah.
Jom cuba Set Berpantang Shaklee ini. Anda pasti akan merasakan perbezaannya. Lalui fasa berpantang dengan lebih mudah tanpa banyak masalah.
Ibu gembira; suami dan ibu mertua pun senang hati!
Macamana nak dapatkannya? Biar saya bantu anda. Untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi eksklusif, hubungi saya di:
– Eksklusif hanya di Yourfabulousmama.Net –
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More