1 2

9 Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil Tanpa Rasa Stress

Definisi Kaki Bengkak Semasa Hamil atau Edema

Gejala kaki bengkak atau ‘Edema’ yang berlaku kepada ibu mengandung adalah perkara normal disebabkan perubahan hormon dan fisiologi tubuh.

Di sepanjang tempoh kehamilan, Ibu mengandung akan mengalami fasa tubuh menyimpan 50% lebih banyak cecair tubuh dan darah untuk keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Ini dapat ditunjukkan melalui fizikal rahim yang semakin berkembang atau membesar dan pertambahan cecair amniotik serta tumbesaran bayi di dalam kandungan. Secara tidak langsung menyebabkan pertambahan berat badan normal.

Pertambahan berat badan memberi tekanan secara perlahan kepada anggota kaki yang berfungsi menampung jisim tubuh. Keadaan ini turut menyebabkan tekanan dipindahkan kepada sistem peredaran darah yang membawa darah dari bahagian kaki kembali ke jantung.

Tekanan menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan memaksa ia tertumpu dan terkumpul di bahagian kaki dan pergelangan kaki.

kaki bengkak semasa hamil

Bengkak kaki menjadi semakin ketara apabila fasa kehamilan mulai masuk ke trimester ke-3 (usia kandungan masuk 7 bulan) dan tekananya menjadi berganda bagi ibu yang mengandung bayi kembar atau ketika berada di musim panas.

Namun, bengkak kaki ini beransur pulih selepas kelahiran bayi disebabkan pengurangan berat badan secara drastik. Simptom ini ditunjukkan melalui aktiviti kerap kencing dan banyak berpeluh di hari pertama kelahiran.

9 Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil

#1 – Elakkan berdiri statik terlalu lama

Semasa melakukan aktiviti harian seperti memasak, menjemur pakaian ataupun bekerja di ofis, jika boleh elakkan berdiri statik dengan kadar yang lama. Aktifkan pergerakan bagi mengelak pengumpulan darah pada kaki untuk melancarkan peredaran darah.

#2 – Angkat kaki setinggi mungkin dari lantai ketika duduk

Tujuannya juga untuk membantu kelancaran peredaran darah dan mengelakkan kebas kaki. Apabila duduk di kerusi semasa bekerja, letakkan kaki di atas bangku rendah, kotak kecil atau susunan buku di bawah meja. Elakkan tabiat menyilangkan kaki ketika duduk, boleh menyebabkan kekejangan.

#3 – Lakukan aktiviti regangan ringan ketika duduk lama

Jika melakukan kerja yang memerlukan posisi duduk yang agak lama, rajinkan diri melakukan aktivi regangan pada kaki. Caranya mudah:

  1. Julurkan kaki ke arah luar dan angkatkan sedikit sebelah tumit kaki dari lantai
  2. Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah atas dalam kiraan 8
  3. Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah bawah dalam kiraan 8
  4. Pusingkan pergelangan kaki ikut arah jam dalam kiraan 8 pusingan
  5. Pusingkan pergelangan kaki lawan arah jam dalam kiraan 8 pusingan
  6. Ulangi cara yang sama untuk sebelah kaki yang lain

Senaman regangan kaki mampu meningkatkan suhu otot betis dan meningkatkan fleksibiliti sendi serta memperbaiki aliran darah. oleh itu, lakukan dengan penuh keselesaan bukan untuk kesakitan.

#4 – Posisi baring mengiring

Ibu mengandung perlu mengamalkan posisi tidur terbaik bagi wanita hamil iaitu berbaring secara mengiring.

Selaras dengan ajaran baginda Rasulullah S.A.W, kita dianjurkan supaya berbaring di atas lambung kanan (mengiring ke kanan) secara umumnya ketika berbaring untuk tidur kerana ia mengandungi hikmah yang tersendiri.

Bagi ibu mengandung, elakkan berbaring secara terlentang dan off-course tidak meniarap (kalau la boleh) lebih-lebih lagi apabila fasa kehamilan masuk ke trimester ke-3.

#5 Pakai kasut yang sesuai

Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian. Elakan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.

#6 – Pilih Sarung kaki yang lembut

Elakkan memakai stokin yang mempunyai gelang getah yang ketat. Selain boleh menambah kesan bengkak kaki akibat gangguan aliran darah sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan. Pilih stokin yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil. Selain baik untuk bengkak kaki, ia juga baik untuk mengurangkan kesejukan ketika waktu malam, lantai simen atau waktu musim hujan.

#7 – Banyakkan meminum air kosong

Air kosong banyak membantu proses dehidrasi tubuh. Menjadikan tubuh segar disamping membantu proses perkumuhan dalam badan. Jangan khuatir, ia tidak menyebabkan pertambahan berat tubuh badan ibu mengandung.

#8 – Aktif dengan senaman

Ibu mengandung tidak boleh bergerak aktif adalah mitos!. Di awal proses kehamilan ibu mengandung digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik. Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.

#9 – Amalkan pemakanan sihat

Tidak dinafikan seiring dengan keperluan tubuh ibu dan bayi dalam kandungan, ibu mengandung memerlukan pemakanan yang sihat. Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin atau yang tersedia proses lain.

Kebanyakkannya mengandungi lebih kalori dan lemak berbanding nutrisi vitamin yang baik untuk ibu dan bayi. Malah boleh menyebabkan pertambahan berat badan (obesiti) dan kehilangan air dalam badan.

Gantikan makanan segera dengan pengambilan snek sihat untuk ibu mangandung seperti bijirin, yogurt, minuman berjus,salad dan buah-buahan. Pengambilan makanan tambahan berasaskan suplemen juga amat baik bagi menyokong keperluan nutrisi sepanjang kehamilan.

Pengambilan suplemen vitamin C, vitamin B Complex, kalsium dan zat besi sangat baik untuk membantu kesihatan ibu dan tumbesaran bayi yang sihat. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan. Pastikan yang semulajadi dan bukan datang dari kejuruteraan sintetik.

#Bonus! – Kongsi kasih melalui urutan suami

Alangkah bahagianya si abang sado kita boleh bantu mengurut. Selain mengurut badan, kaki bengkak pun boleh juga. Gunakan minyak urut yang sesuai bagi melegakan ketegangan urat akibat kaki bengkak. Bawa berbincang dengan baik, In Shaa Allah abang kita boleh belanja urut satu kali.

Suami Mithali Belanja Urut Kaki Bengkak Isteri Semasa Hamil
Suami Mithali Belanja Urut Kaki Bengkak Isteri Semasa Hamil

Pengalaman Saya Tentang Bengkak Kaki

Kehamilan anak pertama memberi banyak pengalaman dan pembelajaran kepada saya. Sebagai ibu muda (pada masa itu saya berumur 27 tahun), pengalaman pertama hamil agak menakutkan. Banyak perkara yang tidak disangka berlaku.

Saya disahkan mengalami anemia atau paras Hb darah yang rendah. Kesannya saya mengalami keletihan yang agak teruk, hampir pitam dan kerap berasa kebas tangan.

Pertambahan berat badan seiring dengan pertambahan usia bayi memberi pengalaman yang lain pula kepada saya. Bengkak kaki!? ya, apabila usia baby mula mencecah 7 bulan, kaki saya nampak ketara bengkak. Mula-mula agak risau juga, ditambah lagi kesan keletihan dan kerap sakit belakang akibat sembelit ketika hamil.

Kehamilan anak kedua, saya berusaha untuk memperbaiki pengalaman lalu. Penjagaan diet pemakanan mula saya ambil berat disamping mengamalkan set kehamilan Shaklee. Alhamdulillah, sehingga usia kandungan masuk ke 8 bulan, saya tidak mengalami kebas-kebas tangan, tiada masalah sembelit dan bengkak kaki yang serius.

Malah apa yang lebih memeranjatkan, saya bebas anemia! Rekod Hb tip-top sepanjang tempoh kehamilan sehingga mendorong jururawat ingin tahu apa rahsianya. Rasa keletihan akibat bekerja dan tidak menpunyai rehat yang cukup juga dapat di atasi, bahkan rasa sentiasa bertenaga.

Cuma menjelang kelahiran baby kedua, si abang menunjukkan reaksi pelik, iaitu suka meragam dan agak terlebih manja. Mungkin sebab tidak sanggup berbahagi kasih dengan ahli baru dalam keluarga. Saya faham itu, mujurlah dalam Set Kehamilan Shaklee mengandungi suplemen untuk membantu kesihatan mental. Kurang sikit stress saya.

Apapun saya tetap bersyukur dan bertambah-tambah syukur kerana dikurniakan kekuatan untuk menghadapi saat kelahiran anak ketiga. Selain pengalaman yang mematangkan saya tentang kehamilan, saya turut berasa bertuah diperkenalkan kepada rangkaian produk Shaklee yang sesuai dengan ibu mengandung.

Saya rasa ibu mengandung di luar sana patut mencuba Set Kehamilan Shaklee. Kita boleh rasa perbezaannya.

– Norhanita Mohd Yusof

Sekiranya anda ingin mencuba Set Kehamilan Shaklee dan dapatkan konsultasi produk dan cara serta tips pengambilan, sila hubungi saya. Saya akan bantu anda sebaik mungkin untuk mendapatkan penjagaan kesihatan optimun sepanjang tempoh kehamilan.

Sekian, salam sayang dari saya.

Norhanita Mohd Yusof

Shaklee Certified Product Trainer

Sid No.: 866451

SMS/Call/ WhatsApp: 019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

 

Facebook Comments:
9 Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil Tanpa Rasa Stress

View Comments

  • kaki bengkak semasa hamil memang menyeksakan

    • Assalamualaikum & Hi Nad,

      Normal, kebanyakkan ibu hamil akan mengalami edema pada fasa kehamilan tertentu. Ada yang ringan, ada yang berat bergantung kepada individu. In Shaa Allah tips yang dikongsikan boleh membantu ibu hamil menghadapi masalah ini.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago