Kebetulan saya memang botak dan menjadikan imej itu sebagai identiti kepada diri saya. Saya selesa botak dan melihat ia sebagai satu ketrampilan buat saya sebagai lelaki kerana botak itu menonjolkan sifat kelelakian.

Paling seronoknya, saya tidak perlu menyikat rambut dan langsung tak payah membeli segala kelengkapan penjagaan rambut seperti syampu dan perapi. Jimat duit dan tidak pening kepala. Bagaimanapun saya tidak pernah ada masalah rambut seperti keguguran ataupun kelemumur.

Jadi saya memang tiada masalah kalau nak kembali mengenakan imej berambut atau pun tidak. Botak saya adalah pilihan untuk nampak lebih menarik.

Tapi tidak dinafikan, rambut gugur atau sebarang masalah serius pada rambut adalah menakutkan namun sekiranya saya punya masalah seperti itu, botak adalah penyelesaian terbaik sebagaimana imej saya sekarang.

– Ahmad Khushairi

Rambut yang gugur memang mampu membuatkan kita hilang keyakinan diri. Tidak kiralah bertudung atau tidak, lelaki atau wanita.

Memilih untuk menjadikan botak sebagai fesyen adalah berbeza dengan menjadi botak disebabkan oleh masalah kesihatan.

Menjadi botak kerana masalah keguguran sangat ditakuti oleh kebanyakan lelaki dan wanita terutamanya bagi mereka yang masih muda.

Ketahuilah apakah faktor rambut gugur teruk supaya kita boleh berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

faktor rambut gugur teruk

Faktor Rambut Gugur Teruk

Terdapat 9 faktor rambut gugur teruk yang anda perlu tahu iaitu :

+1 – Masalah hormon

Biasanya botak terjadi disebabkan masalah hormon terutama mereka yang mempunyai penyakit kelenjar tiroid.

+2 – Penyakit autoimun seperti Sistemik Lupus Erythematosus

Liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri. Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak dikepala, botak di keseluruhan kepala, dan juga botak seluruh tubuh termasuk kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan.

+3 – Kesan Ubat

Kesan sampingan ubat-ubatan seperti warfarin (ubat mencairkan darah), ubat gout, ubat darah tinggi, kemoterapi, kontraseptif secara oral (pil perancang keluarga) dan ubat anti-kemurungan

+4 – Keturunan dan genetik

  • Untuk lelaki, botak boleh terjadi seawal usia 20-an. Rambut akan botak di bahagian anak rambut di bahagian hadapan dan atas kepala.
  • Untuk wanita, rambut akan semakin nipis di seluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala
Baca Juga :  Sabun Cuci Pakaian Yang Paling Bagus Untuk Diri Dan Alam Sekitar

+5 – Jangkitan kulat 

Biasanya berlaku kepada kanak-kanak. Ia boleh dilihat dengan berlakuknya keguguran rambut yang bertompok-tompok dan tidak sekata.

+6 – Masalah psikologi 

Mereka yang mempunyai masalah psikologi akan terdorong untuk menarik-narik rambut mereka kerana masalah kemurungan yang teruk. Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki.

+7 – Menghidapi penyakit kronik

Mereka yang sedang mengalami masalah penyakit seperti psoriasis dan diabetes juga berisiko untuk memiliki masalah pada kulit kepala dan keguguran rambut yang kronik

+8 – Stress

Mudah risau hatta untuk perkara yang remeh temeh dan kecil.

+9 – Melahirkan anak

Masalah keguguran rambut juga boleh berlaku kepada sesetengah wanita selepas melahirkan anak. Kebiasaannya, rambut akan mula gugur setelah 3-4 bulan kelahiran anak.

 

Tips Mengatasi Masalah Rambut Gugur

Untuk menyelesaikan masalah rambut  gugur ini, kenalpasti anda berada di dalam golongan mana. Bagaimana nak mengatasi rambut gugur ini?

Saranan saya, jika anda menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

  •  Jika masalah keguguran rambut disebabkan oleh stress, jangan terlalu bimbang kerana ia hanya sementra dan rambut akan kembali tumbuh semula.
  • Membetulkan imbangan hormon dalam tubuh mampu mengembalikan pertumbuhan rambut yang sihat.
  • Jalani gaya hidup yang lebih sihat, banyakkan bersenam dan makan makanan yang segar.
  • Lakukan rawatan untuk menyiasat samada anda mengidap penyakit tertentu atau tidak seperti penyakit tiroid, autoimun, SLE
  • Jika disebabkan jangkitan kulat, ubat anti-kulat boleh digunakan
  • Menggunakan ubat yang dicadangkan oleh doktor untuk mengatasi msalah rambut botak
  • Menjalani terapi psikologikal untuk anda yang mengalami masalah kemurungan
  • Mengambil suplemen tambahan untuk membekalkan nutrisi lengkap kepada tubuh agar mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.
Facebook Comments:
9 Faktor Rambut Gugur Teruk Sehingga Hilang Keyakinan Diri
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.