Saya pasti ramai ibu yang sedang menyusukan bayi ketika ini, dalam masa yang sama memasang impian ingin kembali kurus. Seperti zaman anak dara dahulu, berbadan ramping dan langsing tetapi pada masa yang sama juga tidak mahu produktiviti susu ibu terjejas. Maksudnya ibu yang beranak satu atau dua tapi kelihatan macam belum pernah bersalin. Mesti hebat kan?

Terdapat pelbagai produk di dalam pasaran yang sama ada yang menjanjikan atau memang benar-benar mampu membantu kita untuk kurus. Kalau untuk anak dara atau orang bujang memang la terlalu banyak. Yang dah kurus, nak lagi kurus pun ada.

Tetapi, antara yang banyak-banyak tu, yang mana satukah yang sesuai untuk ibu yang lepas bersalin dan menyusui anak? Kurus itu penting untuk kesihatan si ibu, namun kesihatan dan tumbesaran anak sama penting juga malah lebih penting.

OK baik, jika anda sedang tercari-cari produk yang boleh membantu untuk kurus dan juga membantu produktiviti susu ibu anda, saya ada jawapannya. Dan saya akan kongsikan di sini khas untuk anda. Jikalau anda inginkan tips, boleh klik link Tips Kurus Selepas Bersalin ini.

 

set-kurus-dan-menyusu

Bagi yang benar-benar serius ingin menurunkan berat badan di samping menyusu bayi, saya galakkan anda untuk ambil Set Penyusuan dan Kurus Shaklee yang lengkap. Mengapa ia perlu lengkap? Sebab ia mterdiri daripada gabungan produk yang sempurna daripada segi nutrisi untuk ibu bersalin dan menyusukan bayi.

 

Set Penyusuan dan Kurus Shaklee ini mengandungi 7 jenis produk yang terdiri daripada:

#1 – Vita-Lea

#2 – Sustained Release Vita- C

#3 – B-Complex

#4 –  Alfalfa

#5 – OsteMatrix

#6 – ESP (Energizing Soy Protein)

#7 – Omegaguard

Setiap satu suplemen ini memainkan peranan tersendiri dalam membantu kita, ibu-ibu yang menyusukan anak menurunkan berat badan. Kelebihan kita, adalah dengan menyusu bayi ni, secara automatik 500 kalori dibakar setiap hari. Tak payah nak lari-lari 1 jam macam orang lain. Mudah sangat kan? Suplemen di atas membantu mempermudahkan urusan seharian kita.

Baca Juga :  Susu Kolostrum Ibu : Cecair Setara Emas

Secara ringkasnya, 9 kelebihan Set Lengkap Penyusuan Dan Kurus Shaklee adalah :

  • Menghasilkan susu yang lebih meriah dan pekat
  • Mempercepatkan penghasilan susu
  • Menjadikan tubuh ibu lebih cergas bertenaga
  • Menjadikan kulit ibu dan anak lebih cantik berseri
  • Menjadikan emosi ibu lebih stabil dan lebih ceria
  • Membantu ibu untuk membuat stok EBM jika ibu adalah seorang yang bekerja
  • Membantu mempercepatkan penurunan berat badan dan membantu ibu mendapat kembali berat ideal yang diingini
  • Memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • Membuatkan pembuangan menjadi lebih lawas

Info lanjut :  Set Penyusuan Shaklee untuk susu yang lebih meriah di link ini.

Untuk pertanyaan lanjut:

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Shaklee Certified Product Trainer

Klik Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Shaklee ID

866451

Facebook Comments:
9 Kelebihan Set Penyusuan Dan Kurus Shaklee Agar Kembali Langsing

2 thoughts on “9 Kelebihan Set Penyusuan Dan Kurus Shaklee Agar Kembali Langsing

  • July 2, 2015 at 1:17 pm
    Permalink

    salamtumpang tanya, kenapa ye kite tak boleh rndaem dlm air panas or mendidih?sblm ni, saya bekalkan flusk makanan(yg gemuk besar tu) pada nursery,saya mintak diorg isikan air panas setiap pagi dlm tu. so that for every feeding saya suh diorg rndaem je botol bublebee yg 5oz tu dlm tu.apa yg saya wat sebelum ni boleh bahayakn baby saya ke?

    Reply
    • July 3, 2015 at 8:37 am
      Permalink

      Terima Kasih kerana bertanya puan Julieth. Susu ibu kaya dengan nutrien seperti protein dan vitamin yang baik untuk perkembangan si bayi. Protein & vitamin diketahui amat sensitif kepada haba, sehingga dikatakan mampu rosak atau hilang pada suhu melebihi 40 darjah celcius. Jadi adalah baik jika susu ibu direndam/diletakkan di dalam bekas berisi air suam untuk mengekalkan komposisi nutriennya. Penggunaan warmer yang boleh disetkan suhunya juga amat digalakkan. Namun susu ibu yang diletakkan di dalam air panas tidaklah membahayakan bayi, cuma bayi mungkin tidak dapat khasiat secukupnya secara optimum dari susu ibu tersebut akibat kehilangan sebahagian nutrisi.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.