1 2

9 Tips Mengatasi Insomnia Untuk Elakkan Gangguan Kesihatan Tubuh

Hari-hari kita mungkin diselubungi suram jika dibelenggu masalah Insomnia. Mana tidaknya, susah tidur di waktu malam dan keletihan akibat kurang tidur di waktu siang harinya.

Malam diciptakan untuk beristirehat dan siang diciptakan untuk aktif melakukan pelbagai urusan kerja bagi manusia. Lain bagi haiwan yang sesetengahnya berlawanan antara keduanya.

Sudah tentu kita tidak mahu masalah ini mengganggu kualiti kerja dan produktiviti masa kita. Mesti ada penyebabnya ia berlaku. Dan juga mesti ada penawar kepada masalah ini.

Ketahui punca dan tips mengatasi insomnia dalam artikel yang bakal saya kongsikan ini.

tips-mengatasi-insomnia

Ciri-ciri Individu Insomnia

Insomnia atau masalah susah untuk tidur malam adalah gejala yang sering berlaku ke atas individu tertentu.

Mereka terpaksa mengambil masa yang panjang berbaring di atas katil untuk menunggu saat mata boleh terlelap. Kerana tidur adalah suatu keadaan yang sukar untuk dipaksa.

Masalah insomnia mungkin berbeza bagi setiap orang. Antara ciri-cirinya ialah:

  • Sukar untuk memulakan tidur
  • Kerap terjaga malam secara tiba-tiba dan sukar untuk tidur semula
  • Terjaga terlalu awal diwaktu pagi dan hilang punca
  • Badan rasa letih ketika bangun pagi

Biasanya kita akan mula rasa ingin tidur apabila tubuh mulai letih dan fikiran mula memasuki keadaan di bawah sedar. Lazimnya ia ditandakan dengan rasa mengantuk, berat kepala dan keinginan untuk berbaring merehatkan diri pada permulaanya.

Baca Juga >> 7 Cara Vitamin C Menguatkan Sistem Imun Tubuh

Faktor Punca Insomnia

Kesukaran tidur boleh disebabkan beberapa faktor tertentu. Antara punca insomnia ialah:

  1. Gangguan Stress – Stress boleh menganggu kestabilan emosi dan menjejaskan waktu tidur seseorang. Kebimbangan, ketakutan, marah, depresi dan kemurungan adalah antara punca kepada stress. Fikiran yang terlalu tertanggu akibat stress menghalang tubuh mendapatkan signal supaya berehat dan menyukarkan waktu untuk tidur individu.
  2. Masalah Kesihatan – Antara masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur ialah sesak nafas atau dada (angina), athritis, parkinson atau masalah kesihatan biasa yang lain. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan yang datang secara berkala atau berterusan kepada individu yang bermasalah. Kesukaran untuk tidur juga boleh disebabkan oleh faktor ketegangan otot pada kaki, sakit kaki, kaki menendang atau anggota badan yang menyentak ketika tidur tetapi tidak berlaku dalam waktu berjaga.
  3. Faktor Usia – Ramai percaya bahawa apabila usia meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebenarnya usia bukan penentu untuk seseorang itu perlu melebihkan atau mengurangkan waktu tidur. Tetapi disebabkan oleh keupayaan untuk tidur individu dalam tempoh waktu yang panjang, yang menurun seiring dengan peningkatan usia.
  4. Kesan Preskripsi Ubat – Sesetengah ubat dalam kaedah rawatan boleh menyebabkan kesukaran seseorang untuk tidur malam. Namun kesannya mungkin sementara dan tidak secara jangka panjang.
  5. Ketagihan Kafein – Sesetengah orang memerlukan kafein untuk membantu menahan tubuh daripada rasa mengantuk dan tidur. Kesan pengambilannya secara berpanjangan mungkin boleh menyebabkan ketagihan dan keinginan untuk meminumnya pada waktu yang biasa, iaitu sebelum tidur. Jika salah waktunya, boleh menyebabkan insomnia yang menganggu pola tidur. Halnya sama juga bagi penagih nikotin dan alkohol.
  6. Kurang aktif dan bersenam – Sebelum tidur malam kebiasaannya tahap metabolisme sepatutnya berada di paras yang rendah. Kurang aktif dan bersenam pada waktu siang mungkin menganggu waktu tidur malam. Mungkin kerana kesan metabolism yang tidak stabil ketika hendak tidur seperti badan letih tapi otak masih cergas.
  7. Keadaan Luar Kawalan – Jet lag, syif kerja, gangguan persekitaran seperti cuaca panas atau sejuk dan bunyi bising antara faktor luar kawalan yang boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

9 Tips Mengatasi Insomnia

#1 – Lakukan senaman secara teratur setiap hari

Senaman secara teratur mampu membantu mengatasi masalah berkaitan tidur. Ia hendaklah dilakukan pada siang hari. Dengan bersenam, tubuh akan dapat melawan perasaan stress dengan baik.

#2 – Cipta suasana bilik tidur yang selesa

Tempat tidur yang yang selesa dan tenang sangat membantu anda untuk tidur dengan mudah dan nyenyak. Padamkan lampu bilik apabila hendak tidur. Elakkan laptop dan gadjet yang lain dari berada berhampiran tempat tidur.

#3 – Amalkan pola tidur secara semulajadi

Waktu malam ada waktu yang diperuntukkan untuk anda tidur. Cuba hindari untuk tidur terlalu lama semasa di siang hari.  Jangan paksa diri untuk tidur kerana ia akan menjadikan diri anda lebih tertekan. Cuba tidur dan bangun dalam sela masa yang sama setiap hari.

#4 – Lakukan aktiviti relaks sebelum tidur

Anda boleh manjakan diri dengan membaca buku kegemaran atau mendengar muzik yang berentak perlahan sebelum melelapkan mata. Rasa relaks mampu membawa minda kepada ketenangan yang memudahkan untuk tidur. Tapi kebanyakan orang masa kini, buka buku je rasa nak tertidur. Ehh bukan ke?

#5 – Kurangkan mengambil minuman yang bersifat penggalak tenaga

Minuman yang bersifat penggalak tenaga seperti teh dan kopi mungkin membantu untuk menahan rasa mengantuk. Jika tidak diperlukan, elakkan mengambilnya sebelum tidur jika tidak mahu dihinggapi insomnia.

#6 – Memaafkan orang lain bantu tangani masalah

Masalah seharian, marah, benci, sakit hati dan sebagainya yang berpunca daripada stress perlu ditangani sebaiknya sebelum masuk ke kamar tidur. Elakkan memikirkan masalah sehingga terbawa-bawa untuk tidur. Fikirkan yang positif dan kuatkan semangat adalah langkah terbaik untuk hari esok. Maafkan semua orang sebelum tidur juga amalan yang mulia.

#7 – Dapatkan konsultasi doktor

Jika masalah insomnia berlaku secara berpanjangan, anda mungkin perlukan nasihat doktor. Kemungkinan anda sedang mengalami simptom penyakit tertentu seperti darah tinggi, diabetes atau masalah jantung. Ketahui masalah tubuh anda dan ambil langkah pencegahan adalah lebih baik.

Baca Juga >> 7 Vitamin untuk jantung Sihat

#8 – Amalkan rohani untuk ketenangan sebelum tidur 

Mengikut amalan rasul dan para sahabat dalam islam, sebelum tidur, beberapa amalan berikut mungkin boleh membantu masalah kesukaran tidur dengan memberi ketenangan seperti:

  • Mengambil wudhu’
  • Hafaz/baca surah Al-Mulk atau As-Sajadah
  • Hafaz/baca ayat Al Muawwizat (3 Qul)
  • Baca Bismillah 21 kali
  • Berzikir: tasbih, tahmid, takbir dan kalimah tauhid
  • Membaca doa sebelum tidur
  • Berbaring atas rusuk kanan atau menghadap kiblat

#9 Bantu fungsi tubuh untuk berehat secara nutrisi

Insomnia boleh diatasi dengan mengambil berat faktor kekurangan nutrisi dalam tubuh dengan tanda tertentu seperti:

  • Kekurangan magnesium boleh menyebabkan insomnia.
  • Kekurangan potassium boleh menyebabkan tidur mudah terganggu atau tidak dapat tidur dengan lena.
  • Kekurangan vitamin D dikaitkan dengan rasa mengantuk yang berlebihan pada siang hari.

Lihat Video Shorts >> 10 Buah-buahan Paling Tinggi Potassium

Risiko Kronik Komplikasi Insomnia

Walaupun insomnia terbahagi kepada Insomnia Ringan (Jangka Pendek) dan Insomnia  Kronik (Jangka Panjang), ia tetap perlu ditangani segera.

Jika berlarutan, ia boleh mendatangkan risiko kesan buruk seperti:

  • Tubuh kekurangan darah kerana peredaran darah yang tidak teratur
  • Otak tidak akan dapat bekerja secara efektif
  • Berlaku gangguan kepada sistem pencernaan, pernafasan, dan lain-lain sistem badan.
  • Mengundang penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kegemukan, sakit kepala, sakit jantung, sakit sendi, nyanyuk dan emosi yang terganggu (kemurungan)

Atasi Insomnia Dengan Nutrisi Pemakanan

Nutrisi pemakanan harian adalah penting bagi membantu kelangsungan sistem tubuh. Untuk sihat, tubuh memerlukan pemakanan yang sihat untuk membekalkan sumber keperluan kepada fungsi setiap organ dengan cekap dan baik. Termasuk memelihara fungsi otak untuk mengawal emosi dan insomnia.

Baca Juga >> 7 Manfaat Vitamin E Dalam Superfood

Nutrisi pemakanan boleh diperolehi melalui sumber semulajadi secara langsung atau dengan bantuan suplemen. Jika perlu, elakkan pengambilan ubat berasakan ‘dadah’ atau ‘steroid’ untuk membantu masalah kesukaran tidur anda.

Di Shaklee, kami cadangkan anda mengambil suplemen berikut untuk membantu masalah kesukaran tidur atau insomnia anda:

OsteMatrix : Mengandungi magnesium dan vitamin D yang membantu membuatkan otot-otot tubuh menjadi lebih relaks. Membantu memudahkan untuk bangun dari tidur serta memberikan kesegaran dan kecergasan.

B Complex : Terkenal sebagai vitamin anti-stress. Pengambilan vitamin ini akan membuatkan kita berasa lebih tenang.

Performance Drink : Merupakan sejenis minuman elektrolit. Mengandungi potassium yang penting untuk memastikan kita tidur dengan lebih nyenyak di malam hari. Diambil untuk membantu tubuh aktif di siang hari.

Semoga segala senarai punca dan tips mengatasi insomnia di atas dapat memberi info dan alternatif untuk menyelesaikan masalah anda.

Untuk konsultasi dan info lebih lanjut, hubungi saya dengan segera. Insya Allah kita usahakan sebaiknya.

Order-Now

– Atau Hubungi –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS | Call | Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
9 Tips Mengatasi Insomnia Untuk Elakkan Gangguan Kesihatan Tubuh

View Comments

  • Terima kasihlah membantu sangat -,-

    • Sama-sama Cik Fatin. Semoga bermanfaat.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago