1 2
Ibu Menyusu

Amalan Dan Petua Untuk Tambah Susu Badan Dengan Cepat

Kali ini saya akan berkongsi serba sedikit petua dan amalan-amalan untuk tambah susu badan anda dengan cepat. perkongsian ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri, pembacaan dari buku-buku penyusuan dan perkongsian daripada ibu-ibu yang juga menyusu bayi dengan susu ibu di kumpulan tertutup di Facebook.

Semoga ia dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah kemeruduman susu dan ibu-ibu yang mengalami kesukaran untuk menyusukan bayi anda dengan susu badan. Jom baca

Petua & Amalan #1

Pastikan anda minum air kosong secukupnya. wajib minum lebih dari 3 liter sehari. sedikit-sedikit tetapi kerap lebih baik. jika kurang minum air, dari mana susu nak ada. Air kosong ya. air manis-manis ke..air jus ke..susu ke..tak kira.

Petua & amalan #2

Pastikan anda menyusu bayi sekerap mungkin jika bayi ada bersama-sama anda. jika bayi ingin melekat dengan lebih lama dan lebih kerap, biarkan. ia baik untuk stimulasi penghasilan susu badan anda sebenarnya. Jika bayi tiada bersama-sama anda, pastikan anda mengepam sekerap mungkin. 2-3 jam sekali, wajib pam untuk mengosongkan payudara anda agar susu yang baru dapat dihasilkan.

Petua & amalan #3

Makan dan minum makanan@minuman yang boleh membantu anda tambah susu badan dengan cepat seperti di bawah

  • susu segar
  • longan kering (anda perlu rebus terlebih dahulu. boleh dibuat jus atau dimakan begitu sahaja)
  • Halba (rendam dan minum airnya)
  • oat
  • milo
  • nestum
  • horlicks
  • air rebusan buah pala
  • pegaga (ulam atau jus pegaga)
  • soya
  • kurma
  • air rebusan daun betik (diminum 2-3 kali sehari)
  • lobak putih

Petua & amalan #4

Amalkan power pumping. lakukan diantara waktu malam ke subuh kerana pada waktu itu, hormon prolaktin terhasil dengan banyaknya.

Petua &amalan #5

Amalkan berurut badan sebulan sekali. Ia boleh membantu untuk memperbetulkan semula urat-urat saluran susu payudara agar susu mengalir dengan lebih lancar.

Petua & amalan #6

Ketika mengepam susu, lihat wajah bayi anda atau gambar bayi anda. Bayangkan wajah si kecil. Ia akan membantu anda menjadi lebih releks. Keadaan anda yang tergesa-gesa akan membantutkan pengeluaran susu badan. anda perlulah bertenang dan berada dalam suasana tenang. barulah susu tak segan nak keluar. :))

Petua & amalan #7

Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberi walau sedikit. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. kan??

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (Surah Ibrahim:7 

Petua & amalan #8

 Sentiasa berdoa kepada Allah. Elok diamalkan selepas solat, sebelum memulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas  habis mengepam.

Petua & amalan #9

Dapatkan rehat yang secukupnya. dan jauhi stress. badan yang penat dan sentiasa stress akan merencatkan penghasilan hormon oksitoksin. apabila hormon oksitoksin terencat, penghasilan susu badan juga akan terbantut.

Petua & amalan #10

seboleh-bolehnya susui bayi anda dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi anda sendiri melepaskan puting susu dan setelah dia tertidur kerana kekenyangan. percayalah. rangsangan yang lebih lama akan membantu menghasilkan susu yang lebih banyak. tetapi jika selepas bayi anda menyusu, anda masih berasa susu masih ada, atau bayi anda hanya menyusu di sebelah payudara sahaja, pam susu anda dan disimpan sebagai EBM.

*****

Yakinlah bahawa rezeki itu semuanya datang daripada Allah swt termasuklah susu untuk bayi anda. Banyakkan bertenang dan lakukan petua dan amalan yang saya nyatakan diatas. Banyakkan Doa & zikir untuk tambah susu ibu. InsyaAllah anda akan nampak bezanya. Saya doakan urusan menyusukan bayi anda dipermudahkan oleh Allah swt. Jangan mudah berputus asa. cari ilmu sebanyak mungkin.

Mungkin ada yang berkata, nak dapat 1oz susu pun payah. cemana? Jika ada kemahuan, disitu ada jalan. Jom baca kisah seorang ibu, yang katanya dulu pam dapat 1 oz pun susah, sekarang sangat meriah

Jom tambah Motivasi dan semangat diri dengan membaca pengalaman seorang ibu berjaya menghasilkan 1316oz susu dalam masa 55 hari

Jika anda seorang ibu yang bekerja dan berasa sukarnya untuk mengepam susu di tempat kerja, apa kata anda baca kisah seorang pramugari yang cekal ini, berusaha memberi susu ibu kepada permata hati walaupun berjauhan kerana tuntutan kerja.

Facebook Comments:
Amalan Dan Petua Untuk Tambah Susu Badan Dengan Cepat

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago