Bentuk tubuh kita disokong oleh kekuatan struktur tulang rangka. Tulang adalah tisu hidup yang mempunyai kitaran perubahan yang berlaku secara berterusan.

Bermula dari fasa bayi sehingga dewasa; tulang mula membentuk, berkembang dan menjadi semakin kuat.

Tulang mempunyai kepadatan paling tinggi pada umur kita di awal 20-an – disebut puncak jisim tulang.

Komposisi tulang terdiri daripada 2 jenis sel:

  1. OSTEOBLAST iaitu sel tulang yang berfungsi untuk membina dan menguatkan tulang dengan memasukkan kalsium ke dalam tulang.
  2. OSTEOCLAST iaitu sel tulang yang berfungsi memakan tisu tulang serta menarik kalsium keluar daripada tulang.

Kedua-dua sel ini sangat penting untuk proses keseimbangan mineral kalsium dalam darah serta menyokong tulang yang dinamik dan sihat. Gangguan keseimbangan kedua-dua fungsi sel tisu ini akan mengakibatkan masalah tulang rapuh atau OSTEOPOROSIS.

Baca Juga :  7 Cara Mengurangkan Sakit Slip Disc Pada Tulang Belakang

Apa Itu Osteoporosis?

Osteoporosis secara ringkas merujuk kepada tulang yang poros. Poros iaitu komposisi matrik tulang yang kurang padat atau mudah rapuh atau mudah patah.

Kemerosotan jisim tulang atau bone loss boleh melalui peringkat normal – ostopenia – osteoporosis – osteoporosis teruk

Dari segi kesihatan, osteoporosis ditakrifkan sebagai tulang yang lemah akibat ketidakseimbangan antara pembinaan komposisi tulang dengan kemusnahan komposisi tulang.

Atau mudahnya, tulang osteoporosis itu dikatakan mempunyai kadar reput yang lebih cepat berbanding kadar pemulihannya.

Apabila kita meningkat usia, kebiasaannya risiko osteoporosis akan semakin bertambah akibat pengurangan jisim tulang. Ia boleh disebabkan oleh faktor genetik, aktiviti fizikal, diet pemakanan, kitaran hormon bagi wanita, serta penyakit tertentu yang berkaitan tulang.

Di Malaysia, 1 daripada 3 orang berisiko tinggi untuk mengalami osteroporosis. Hampir separuh atau 50% daripada wanita yang berumur 50 tahun ke atas lebih mudah diserang masalah osteoporosis atau patah tulang. Di mana peratusannya didahului oleh kaum Cina dan kemudian diikuti oleh Melayu dan India.

Sumber: imedik.org

Wanita lanjut usia yang mengalami putus haid atau menopouse memiliki risiko 80% kes osteoporosis akibat pengeluaran hormon estrogen yang semakin lemah.

Lelaki juga berpotensi untuk mengalami osteoporosis, cuma risikonya lebih rendah berbanding wanita kerana paras hormon testosteron tidak mudah menurun seperti hormon estrogen.

Osteroporosis menyebabkan lebih kurang 50% wanita berumur 50 tahun keatas mudah mengalami patah tulang terutamanya di bahagian pinggang, pergelangan tangan dan vertebra (tulang belakang).

Osteoporosis Punca Badan Bongkok
Osteoporosis antara punca badan menjadi bongkok
Baca Juga :  Patah Tulang Belakang Akibat Kemalangan: Bagaimana Ingin Cepat Sembuh?

Tanda-tanda Tulang Rapuh

Penyakit osteoporosis adalah masalah tulang yang berkait dengan usia yang menyebabkan jisim tulang merosost dari segi kepadatan dan kekuatan yang berlaku secara perlahan-lahan dan senyap.

Kebiasaannya osteoporosis tidak menunjukkan sebarang simptom tulang rapuh yang jelas pada peringkat awal.

Ia mungkin hanya disedari apabila individu mengalami patah tulang akibat insiden atau kemalangan ringan seperti terjatuh mahupun ketika batuk atau bersin.

kejadian patah tulang akibat tulang rapuh ini mudah berlaku pada bahagian pinggul (tulang punggung), pergelangan tangan dan tulang belakang (vertebra).

Patah pada struktur tulang belakang boleh menyebabkan perubahan postur badan, bongkok ataupun badan jadi melengkung.

Punca Tulang Rapuh

Faktor punca osteoporosis boleh dikategorikan kepada dua iaitu faktor yang tidak boleh dielakkan dan faktor yang boleh dielakkan.

Faktor Punca Tulang Rapuh Yang Tidak Boleh Dielak

Faktor risiko tulang rapuh yang tidah boleh diubah adalah termasuk:

  1. Umur – Tulang rapuh mudah berpaku selepas umur 30-an terutamanya wanita yang melalui fasa menopouse.
  2. Hormon Rendah: Penuruanan paras estrogen (hormon wanita) boleh menyebabkan kadar pemulihan tisu tulang rosak yang rendah.
  3. Etnik Kaum: Orang putih (barat) dan orang Asia lebih mudah terdedah kepada risiko osteoporosis berbanding etnik kaum lain di dunia.
  4. Saiz Tubuh: Individu yang tinggi (lebih 5kaki 7 inci atau 170cm) atau terlalu kurus (kurang daripada 56kg) lebih berisiko mengalami osteoporisis lebih awal.
  5. Faktor Genetik: Individu yang memiliki susur galur keluarga atau keturunan yang didiagnosis pernah mengalami mudah patah tulang atau tulang rapuh lebih cenderung untuk mewarisi masalah osteoporosis yang sama.
  6. Sejarah Patah Tulang: Individu yang pernah mengalami tulang yang mudah patah ketika berlaku kemalangan kecil sebelum ini, berisiko untuk mengalami masalah osteoporosis terumatanya selepas umur 50 tahun.

Faktor Punca Tulang Rapuh Yang Boleh Dielak

Faktor risiko tulang rapuh yang boleh diubah termasuklah:

  1. Gangguan Pemakanan: Mengalami masalah anorexia nervosa atau bulimia nervosa atau orthoexia (masalah mental mengenai rejim diet dan takut gemuk yang keterlaluan).
  2. Ketagihan Merokok: Keburukan nikotin dan toksin di dalam rokok boleh menyebabkan kerapuhan tulang dari pelbagai sudut.
  3. Ketagihan Alkohol: Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh mengganggu proses penghadaman untuk menyerap kalsium ke dalam tubuh.
  4. Kekurangan Nutrisi: Kurang sumber kalsium, magnesium dan vitamin D dalam tubuh sama ada akibat diet pemakanan tidak seimbang, masalah keboleh serapan nutrien atau masalah kesihatan lain.
  5. Gaya Hidup Pasif: Tidak aktif dan atau tidak banyak bergerak.

Baca Juga :  5 Tips Cara Untuk Menguatkan Tulang Secara Sihat

Bolehkah Risiko Osteoporosis Diperlahankan?

Mengelak osteoporosis di usia tua bukan suatu yang mudah. Memperlahankan risikonya mungkin boleh.

Pertamanya, jika kita mempunyai tulang yang sangat kuat dan sepadat mungkin pada 30 tahun awal usia hidup kita, risiko osteoporosis mungkin dapat dikurangkan untuk fasa seterusnya menuju hari tua.

Keduanya, mengamalkan beberapa faktor gaya hidup berikut:

  • Melakukan senaman dengan kerap terutamanya senaman mengangkat berat dan senaman untuk kekuatan otot.
  • Mendapatkan sumber vitamin D pada kuantiti yang mencukupi sama ada daripada diet pemakanan, sinaran matahari atau suplemen
  • Mengambil sumber kalsium yang mencukupi bagi mengurangkan pengambilan kalsium daripada tulang sendiri oleh tubuh.
  • Mengambil kuantiti vitamin K yang mencukupi daripada sumber sayuran berdaun hijau.
  • Mengawal pengambilan retinol (preformed vitamin A) dengan tidak secara berlebihan melalui makanan sumber haiwan. Alternatifnya boleh digantikan dengan vitamin A dari sumber tumbuhan iaitu beta-karotena (provitamin A).
Facebook Comments:
Apa Itu Osteoporosis dan Mengapa Ia lebih Mudah Menyerang Wanita?

2 thoughts on “Apa Itu Osteoporosis dan Mengapa Ia lebih Mudah Menyerang Wanita?

  • May 9, 2018 at 10:21 pm
    Permalink

    Semoga kita sehat selalu, khususnya kesehatan tulang, agar tidak cepat mengidap osteoporosis.

    Reply
    • May 10, 2018 at 9:57 pm
      Permalink

      Salam Adi Pradana. Begitulah hendaknya. Semoga kita sedar dan faham akan kepentingan menjaga kesihatan tulang. Amalkan gaya hidup dan diet pemakanan yang sihat. Terima kasih, semoga segala yang dikongsikan akan memberi bermanfaat.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.