Anak saya sejak sebulan ini selalu sembelit teruk. Dia akan berak dalam 3 atau 4 hari sekali sahaja. Rasa kesian yang amat sangat melihat dia meneran. Sampai menangis sekuat-kuat hati, merah-merah muka.

Saya dah cuba 2 hingga 3 kali guna ubat masuk ikut punggung. Ada orang kata tak boleh dan tak elok kalau amalkan selalu. Ada kesan yang tidak baik katanya. Saya bagi pisang pun masih sama. Sayur-sayuran pun saya dah cuba. Tapi hasilnya tetap sama.

Saya dah bawa anak saya pergi ke klinik berjumpa Doktor, tapi doktor tak bagi ubat. Tolong lah sesiapa yang pernah mengalami masalah anak sembelit teruk kongsikan penyelesaiannya jikalau ada…

Saya pasti ramai ibu pernah mengalami masalah anak berak keras seperti di atas. Mesti naik risau kan. Tak senang duduk dibuatnya dan pening fikir macamana nak atasi masalah macam ni.

Saya juga tidak ketinggalan mengalami masalah seperti. Alhamdulillah berdasarkan pengalaman dan perkongsian ibu-ibu lain yang pernah mengalaminya, saya jumpa jalan penyelesaiannya. Nak tahu!?

Sembelit di kalangan bayi yang masih kecil adalah sangat jarang berlaku terutama kepada mereka yang masih menyusu susu ibu. Bagi bayi yang menyusu susu formula, peluang untuk mereka terkena sembelit adalah lebih tinggi.

Namun begitu, ia bukanlah perkara yang tidak normal kecuali najisnya keras dan berketul-ketul. Bayi juga mungkin akan mengalami masalah sembelit ini apabila mereka sudak mula makan makanan pejal.

Tanda Anak Sembelit Teruk

Untuk mengenalpasti samada anak anda mengalami sembelit atau tidak, anda boleh melihat kepada simptom-simptom di bawah :

  • Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan
  • Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar
  • Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari
  • Meragam
  • Sakit pada abdomen
  • Gastrik
  • Abdomen yang keras
  • Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul

Baca Juga >> 12 Tanda-tanda Anak Kekurangan Nutrisi

Tips Atasi Anak Sembelit Teruk

Untuk mengatasi masalah anak sembelit teruk ini, anda bolehlah mencuba tips di bawah :

  1. Beri minum air kosong sebanyak yang mungkin
  2. Tambah beberapa sudu prun yang dipurikan ke dalam makanannya
  3. Menambah sesudu teh bijian bran kedalam bijirin bayi untuk menambah serat
  4. Beri sayur dan buah untuk bekalan serat
  5. Cuba gerakkan kaki bayi ketika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya
  6. Kurangkan makanan penyebab sembelit sperti nasi, pisang atau bijirin
  7. Jika bayi minum susu formula, cuba bertukar kepada jenama lain

Walaupun sembelit pada bayi adalah perkara biasa, namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan serta khidmat nasihat.

Ini bertujuan untuk mendapatkan penelitian awal tahap sembelit anak dan kaitan terhadap penyakit tertentu. Seterusnya, jika sembelit adalah biasa atau normal bagi bayi atau kanak-kanak, barulah boleh mencuba kaedah perubatan atau kaedah alternatif.

Baca Juga >> Tips Atasi Anak Susah Makan dan Kerap Sakit di Taska 

Pengalaman Ibu Tentang Anak Sembelit Teruk

Saya kongsikan di sini kisah seorang ibu yang mana anaknya baru berusia setahun mengalami masalah sembelit teruk.

Masalah sembelit yang agak serius sehingga suami beliau terpaksa mengorek punggung si anak untuk bantu keluarkan najis keras yang tersekat ketika buang air besar. Hasilnya anak jadi trauma dan takut nak makan sampai jadi kurus kering.

Tetapi syukur akhirnya beliau mendapat rahsia untuk hilangkan masalah sembelit anak dalam masa 2 hari sahaja! Apakah rahsia itu sehingga sembelit teruk anak beliau berjaya di atasi? Tonton video ini.

 

Sudah tonton video tu sampai habis? Dah dapat rahsianya?

OK, itu pengalaman beliau mencuba produk Shaklee Mealshakes yang sesuai untuk anak-anak. Bagaimana pengalaman ibu-ibu lain yang mencuba produk yang sama? Sila rujuk testimoni di bawah.

Testimoni-anak-sembelit-teruk

testimoni sembelit anak testimoni sembelit anak

Mengapa Perlu Pilih Mealshakes?

Kenapa Pilih mealshakes

8 Manfaat Kebaikan Mealshakes

Jika anda dah mencuba pelbagai cara tapi tidak memberi sebarang kesan, cuba ambil mealshake shaklee untuk anak anda. Mealshake membantu melembutkan najis penyebab sembelit, melancarkan pembuangan dan meningkatkan sistem penghadaman anak anda.

Baca Juga >> 8 Sebab Kenapa Perlu Percaya Shaklee Adalah Selamat

Adakah Mealshake Selamat Untuk Anak Anda

Persoalan yang sering berlegar-legar di fikiran semua ibu bapa, adakah suplemen yang saya mahu berikan kepada anak selamat? ini kerana terdapat lambakan produk di luar sana yang menawarkan pelbagai manfaat kepada anak kita. Walau ia dikatakan berkesan, namun, adakah ia benar-benar selamat?

Shaklee merupakan jenama terunggul di dunia, melebihi 100 tahun di pasaran. Produk yang tidak berkualiti tidak mampu untuk  bertahan selama itu. Jaminan Shaklee, Semua produk Shaklee “Safe, Proven, Effective”

Shaklee satu-satunya syarikat di dunia yang mempunyai Kajian Landmark Study (KLIK). Kajian ini dijalankan oleh pihak ketiga. Segala hasil kajian samada yang baik atau yan buruk akan dipaparkan kepada umum. Maka, tiada syarikat yang berani untuk membenarkan kajian ini dilakukan, selain dari Shaklee.

 

Beli Dari Yang Pakar Bukan Dari Sesiapa Sahaja

Pengambilan suplemen perlukan bimbingan. Harga yang anda bayar termasuk konsultasi berterusan. Pengalaman saya melebihi 5 tahun di dalam bidang nutrisi dan pemakanan tambahan ini, insya Allah mencukupi untuk saya berikan servis terbaik buat pelanggan saya.

Saya juga merupakan salah seorang Shaklee Certified Product Consultant. Niat saya di dalam Shaklee ini adalah untuk membantu anda dan keluarga anda mendapat kesihatan yang lebih baik dan membantu anda dan keluarga anda menyelesaikan masalah kesihatan anda.

Saya menyediakan konsultasi berterusan termasuk panduan pengambilan suplemen khas untuk pembeli yang membeli dengan saya sahaja. Selama lebih 5 tahun dengan Shaklee ini, saya sudah membantu beratus-ratus orang diluar sana berkaitan masalah anak sembelit teruk.

Alhamdulillah. Saya biasa menguruskan penghantaran melalui courier di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malahan saya juga biasa membuat penghantaran ke luar negara.

Jadilah pengguna yang bijak.

 

Mealshake Untuk Sembelit Anak

Harga pasaran mealshake adalah RM120 untuk satu tong atau satu kanister. Kandungannya adalah seberat 544g untuk kegunaan dalam tempoh 1 hingga ke 2 bulan.

atasi masalah sembelit kanak-kanak

Nota : Mealshake adalah untuk anak berusia melebihi 1 tahun ke atas

Hubungi Untuk Order

Hubungi saya segera untuk mendapatkan mealshake untuk anak anda. Inshaa Allah saya akan bantu anda sebaik mungkin.

Cash On Delivery untuk Kulim/Kulim Hi-Tech Park, Kedah. Kami juga membuat penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia dan ke Luar Negara.

Yang terbaik jua itu datang dari Allah. Yang silap itu datang dari kekhilafan diri kita sendiri.

– ORDER TERUS MELALUI E-SELL –

Order-Now

– ATAU HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS | Call | Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Atasi Anak Sembelit Teruk Supaya Tak Perlu Masuk Ubat Sembelit

24 thoughts on “Atasi Anak Sembelit Teruk Supaya Tak Perlu Masuk Ubat Sembelit

  • June 23, 2015 at 2:08 am
    Permalink

    memang tak bet bila kena sembelit ni..rasa geram aje bila kena. haha..

    Reply
  • June 24, 2015 at 12:11 pm
    Permalink

    ada satu kes anak akka masuk sepital gara2 tak buang air besar.. tapi sebelum tu ok takdeer masalah sembelit ker apa..

    Reply
    • June 27, 2015 at 11:07 pm
      Permalink

      Yupp betul. Kesian baby kecil nak kena sumbat ubat bontot. At least jadi pengalaman buat kita bila masalah sembelit terjadi lagi, dah tau option yang terbaik..

      Reply
    • July 2, 2015 at 5:39 pm
      Permalink

      Terima kasih Mas Wildan kerana bertanya. Pisang boleh memburukkan lagi masalah sembelit jika;
      1. Kekerapan memakan pisang tanpa meminum air yang mencukupi
      2. Mengambil jenis pisang yang tidak sesuai untuk dimakan secara terus
      3. Memakan pisang yang belum cukup masak ranum (masih kehijauan)

      In Shaa Allah akan diterangkan lebih jelas dalam artikel akan datang. Jika ada point boleh sertakan juga ya

      Reply
  • October 2, 2015 at 6:07 am
    Permalink

    Thanks very interesting blog!

    Reply
  • June 4, 2016 at 7:17 am
    Permalink

    wah, bagus tips2 ni..terimakasih share yea..

    Reply
  • January 3, 2017 at 1:17 pm
    Permalink

    Assalammualaikum puan,

    Anak saya berumur 4 tahun. dari umur 2 tahun telah mengalami sembelit. Saya telah bertukar banyak jenama susu untuk memudahkan anak saya boleh membuang. Tapi sehingga sekarang, masalah saya masih belum selesai. Saya memohon jasa baik daripada pihak puan untuk membantu saya. Untuk makluman puan, setiap minggu anak saya akan diberikan ubat cucuk punggung untuk membolehkan dia membuang. Saya sudah buntu nak buat apa lagi… mohon bantulah saya.

    Terima kasih.

    Reply
    • January 3, 2017 at 7:16 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Maz,

      Inshaa Allah saya akan bantu puan sebaiknya. Kasihan anak yang dah lama alami sembelit.

      Sila hubungi saya segera di 019 477 1733.

      Saya akan berikan sesi konsultasi dan cadangan produk yang sesuai khusus untuk masalah anak puan. Kita cuba ikhtiarkan jalan penyelesaian sebaik mungkin.

      Reply
  • January 19, 2017 at 7:11 pm
    Permalink

    assalam puan..ank sy umo setahun 5bln..mmg dri die baby da start sembelit..sy baru nk start bg mealshake ni…boleh puan advise sy cara pengambilan utk ank sy?

    Reply
    • January 19, 2017 at 11:35 pm
      Permalink

      Salam Puan Kikin, untuk cadangan pengambilan bagi anak puan boleh hubungi saya di 019 477 1733. Terima Kasih

      Reply
  • January 31, 2017 at 10:46 am
    Permalink

    Anak saya dah 5 hari tidak buang air besar.bila cuba teran tak bole keluar.siap menangis lagi.saya dah cuba tukar susu tapi keadaannya sama.anak saya berusia 2 tahun.jumpa doctor pun sama.nasihat cuba bagi makan sayuran.tapi anak saya tak mahu makan.apa yang perlu saya buat lagi

    Reply
    • January 31, 2017 at 11:20 am
      Permalink

      Salam Tuan Zulkifli,

      5 hari tidak membuang air besar dikira sangat kritikal bagi kanak-kanak seawal usia 2 tahun. Dikhuatiri akan mengalami jangkitan dalam kolon dan mungkin tubuh dipenuhi toksin yang tidak terbuang secara harfiah.

      Bawa anak untuk pemeriksaan segera dan tindakan lanjut perubatan doktor amat penting dalam situasi sebegini.

      Suplemen hanya untuk membantu mengurangkan masalah mengikut fungsi dan manfaat nutrisinya sahaja. Jika tuan berminat, saya sarankan Mealshake untuk anak tuan. In shaa Allah anak tuan tiada masalah untuk menerimanya kerana sudah biasa dengan susu formula.

      Hubungi saya dengan kadar segera untuk konsultasi lanjut & pembelian. Saya Norhanita 019 477 1733.

      Terima kasih.

      Reply
  • July 24, 2017 at 12:28 pm
    Permalink

    Assalam Puan. Anak saya berumur 1 tahun 9 bulan. Akhir2 ni dia mengalami sembelit. Minggu lepas Doktor bagi ubat masuk bontot. Anak saya terus berak tapi najisnya keras dan berdarah. Dan doktor suruh tukar susu yg dibeli di klinik dia. Susu Novalac IT. Esoknya ank saya berak cair. Selepas hari tu sampai sekarang anak saya tak berak. Saya risau. Saya dh pantau mknan dia. Pastikan dia mkn sayur dan buah. Minum air secukupnya seperti saranan doktor tempoh hari. Bagi mkn bubur ikan bilis dan sayur shj dgn harapan dia akan berak dan tak sembelit. Tapi keadaan masih sama. Huhu. Bantu saya puan. Terima kasih.

    Reply
    • July 24, 2017 at 3:33 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Alisha. Kesian baby, diharap puan tabah dan bersabar. Susu tu memang dah baik untuk sembelit bayi.

      Kanak-kanak atau bayi sepatutnya berak tidak kurang daripada 3 kali seminggu. Jika bayi tidak menunjukkan tanda-tanda kegelisahan, meragam, perut kembung, muntah, kerap menangis & sakit di bahagian abdomen; mungkin ia masalah yang tidak serius. Namun jika sebaliknya, dinasihatkan puan rujuk semula kepada doktor berkenaan untuk dapatkan pemeriksan dan pemantauan lanjut.

      Jika puan inginkan bantuan Mealshake untuk bekalan nutrisi lengkap pertumbuhan kanak-kanak, anak hilang selera makan serta mencegah sembelit boleh hubungi saya di 019 477 1733. Terima kasih.

      Reply
  • October 26, 2017 at 11:05 am
    Permalink

    salam puan, masalah saya pon sama iaitu anak saya yg berumur 2 tahun 10 bulan juga kerap sembelit sejak dari kecil lagi. susu dah bermacam- macam jenis tukar. Dah sampai tahap buntu dah nk tukar susu ape lagi dah. kalo tgk pada anak saya nie bila sampai masa nk meneran dia akan kepit punggung dia xbagi keluar. semacam trauma walaupun najis tu xkeras. Mohon bantuan dari puan yang pakar dalam hal yg sedemikian.

    Reply
    • October 26, 2017 at 1:57 pm
      Permalink

      Waalaikumusalam Tuan Qamar. Masalah sembelit jika terlalu lama juga akan membawa tabiat seperti trauma kepada anak. Bawa anak kepada pemeriksaan doktor boleh mengenalpasti puncanya secara praktikal.

      Mungkin takut rasa sakit, tidak tahan peritnya sakit atau luka pada bahagian rektum akibat berak keras antara sebab mengapa anak sukar buang air besar walaupun najisnya sudah tidak keras.

      Jika melibatkan luka dalaman dan masih aktif, mungkin kesan pendarahan boleh dilihat pada najis. Ia memerlukan masa untuk pulih. Bantuan pengubatan hospital dan pemakanan tertentu mampu membantu mempercepatkan proses pemulihan ini.

      Mealshakes telah banyak membantu ramai pelanggan saya untuk mengatasi masalah sembelit anak mereka, termasuk masalah kerap mudah sakit atau anak kurus dan tidak cergas. Jika tuan ingin mencuba, boleh hubungi saya di 019 – 477 1733. Terima kasih.

      Reply
  • November 1, 2017 at 1:59 pm
    Permalink

    salam puan, masalah saya pun sama iaitu anak saya yg berumur 1 tahun 2 bulan juga kerap sembelit sejak dari beberapa bulan kebelakangan ini. Susu dah bermacam- macam jenis tukar. Dah sampai tahap buntu dah nk tukar susu ape lagi dah. Kalau sudah diberi makan buah buahan, hanya berak ketul kecil tetapi ada keras. Mohon bantuan dari puan yang pakar dalam hal yg sedemikian. Adakah mealshake ini betul dapat membantu dan cara pemakanan

    Reply
    • November 1, 2017 at 3:19 pm
      Permalink

      Salam Tuan Garry, jika masalah sembelit semakin teruk & berlaku berlarutan dalam jangkamasa panjang, ada baiknya tuan rujuk masalah kepada doktor terlebih dahulu.

      Masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak adalah normal dan perlu dihadapi oleh semua ibu bapa kerana ia sebahagian daripada respon anak terhadap perubahan diet pemakanan harian. Antara punca lazimnya ialah banyak minum susu (susu formula), kurang makanan berfiber, dehidrasi (kurang air dalam badan), anak kurang aktif, masalah penghadaman atau ada masalah penyakit lain (ini serius & perlukan pemeriksaan doktor).

      Mealshakes sesuai untuk anak berumur setahun ke atas. Kenapa perlu Mealshakes? Anak-anak berumur lebih dari satu tahun kebanyakkan sudah mula boleh menerima pelbagai jenis makanan. Dalam fasa ini, kanak-kanak itu masih sangat memerlukan keperluan zat-zat pemakanan yang baik dari pemakanan untuk menyokong tumbesaran dan menguatkan imun mereka terhadap pelbagai jangkitan & serangan penyakit.

      Mealshakes dirumus khas memang untuk kanak-kanak. Ramai pengguna mealshakes sangat berpuashati dengan fungsinya membantu masalah sembelit anak mereka. Malah ia membantu atasi anak-anak yang bermasalah tiada selera makan, lemah & tidak aktif, sangat kurus dan mudah sakit (demam & jangkitan biasa).

      Hubungi saya di 019 477 1733 untuk dapatkan Mealshakes. Penerangan lanjut tentang produk dan konsultasi eksklusif (termasuk cara pengambilan) akan saya berikan. Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.