Pemerhatian saya apabila saya ke klinik ibu anak untuk rutin pemeriksaan kehamilan saya, antara masalah paling kerap dihadapi oleh ibu mengandung adalah masalah hemoglobin rendah (HB rendah).

Paras hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah.

Saya pernah melihat sendiri seorang ibu yang baru mengandung 3 bln mengalami masalah HB yang sangat rendah iaitu 7g/dL. Malah ada yang mengambil tablet iron yang dibekalkan oleh klinik tetapi bacaan masih tidak berubah.

cara mengatasi hb rendah semasa mengandung

Paras Normal Hemoglobin

Paras normal hemoglobin bagi wanita yang tidak mengandung adalah di antara 12 hingga 16 g/dL manakala wanita hamil adalah 10 hingga 14 g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia.

Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

Jika anda mengalami simpton-simpton berikut, anda mungkin berisiko untuk mendapat anemia

  • sentiasa berasa letih,
  • berasa pening kepala
  • berasa ingin pitam
  • mudah mendapat sesak nafas (apabila melakukan aktiviti fizikal)
  • muka pucat
  • berat turun
  • denyutan jantung cepat
  • lemah daya ingatan

Punca Hb Rendah

Antara punca masalah hemoglobin rendah atau hb rendah ini adalah kerana tubuh kekurangan zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’, paras hormon tiroid yang rendah dan anda penghidap talasemia.

Bagi ibu yang sedang mengandung, anemia tidak boleh dipandang rendah. ini kerana anda akan mempunyai risiko yang tinggi untuk melahirkan anak pramatang. selain itu, risiko yang lain adalah pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan.

Jenis-jenis Anemia dan Cara Pemakanan

Anemia ringan (Hb 9-11gm%)

  • Anda boleh makan seperti biasa
  • Ambil pil zat besi, folik asid dan vitamin B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

Anemia teruk (8gm%)

  • Ibu hamil mungkin akan diberi:
    • Suntikan Zat Besi (Imferon)
    • Pemindahan darah
  • Makan makanan seperti biasa
  • Ambil pil zat besi, folik asid dan vitamin B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin
Baca Juga :  Bahaya Makan Mee Segera Kepada Wanita Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan

Kesan Kepada Ibu Dan Bayi

Kesan kepada ibu :

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi:

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai prem atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Kisah Saya Sendiri

Semasa melakukan rutin check up ketika kandungan memasuki 8 bulan, Nurse tengok saya punya Hb cantik aje. Dia perasan bahawa saya ambil shaklee.

Nurse siap tanya dekat mana nak beli Shaklee ni. Ada jual dekat farmasi ke? Untuk pengetahuan semua, produk Shaklee tidak dijual di farmasi. Pengasas Shaklee tak mahu ia dijual di farmasi kerana ingin mendidik pengguna dengan ilmu dan kepentingan suplemen dan juga supaya pengguna tahu kebaikan dan kelebihan Shaklee. Bukan semata-mata nak cari untung.

Kembali ke topik asal tentang pertanyaan dari nurse. saya cakap la ia hanya diperolehi dari pengedar yang berdaftar sahaja. Di Kulim ni saya Pengedar Sah Shaklee.

Saya juga terang apa kelebihan suplemen shaklee tu untuk wanita hamil. Pastu Nurse tu tanya kalau suplemen untuk wanita hamil trimester satu yang mana dan berapa..saya ckp la rmxxx. Kemudian dia kata. ooo ye ke…ok jugak harganya ye (see… bukan mahal pun tau sebab harga setanding kualiti).

Nurse kata dia nk cuba la. Nanti next check up bawakan untuk dia. Dia kata nanti dia cuba dulu. Kalau ok, dia tolong promote. Aihh. Biar betul nurse nak tolong saya promote? Sebab dia kata ramai yang walaupun makan vitamin klinik punya tapi Hb masih rendah.

Kebetulan agaknya. Petang tadi memang ramai la ibu mengandung yang ada masalah Hb rendah. Kena ambil darah dan kena cucuk. Ada org tu ke cucuk setiap hari selama 14 hari. Biar betul.

So, kalau anda sedang mengandung dan mengalami masalah Hb rendah bole cuba ambik suplemen shaklee pulak

Baca Juga :  Bagaimana Ibu ini Atasi Kencing Manis Semasa Mengandung (GDM)

Set Hb Rendah/Anemia Untuk Ibu Hamil

Seperti yang saya nyatakan di atas, salah satu sebab Hb rendah adalah kerana ibu kurang folik asid, zat besi dan juga vitamin B12.

Bagi anda yang mengalami masalah hb rendah ini saya sangat-sangat mencadangkan anda mengambil ketiga-tiga : Vitalea Iron Formula, Vitamin C dan B complex.

Vitalea iron formula:

Vitalea adalah multivitamin dan mineral. Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel. Ia juga mengandungi folik asid yang penting untuk ibu dan bayi.

Vitamin C

Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex

Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.Mengandungi folik asid.

Nota :

  • Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas bersama-sama vitamin kerana ia mengurangkan kadar serapan vitamin dan mineral kedalam tubuh
  • Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium seperti susu, cheese kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi.
  • Pesakit talasemia tidak digalakkan mengambil Vitalea kerana mengandungi iron. dapatkan nasihat Doktor dahulu.

Apa Kata Pengguna Shaklee

(1) Testimoni 1

(2) Testimoni 2

 

(3) Testimoni 3

(4) Testimoni 4

Rata-rata mengguna memberikan feedback kesan seawal 2 minggu.

Bagi anda yang dah ambil vitamin dr klinik / hospital tapi hb masih rendah, cubalah Set Hb Rendah Shaklee ni.

Saya dan ada ibu hamil yang dulunya ambil vitamin dari klinik kerajaan tapi masih lagi mengalami Hb rendah telah mencuba set ini.

Alhamdulillah..bacaan Hb kami cantik aje. Kerana apa? Kerana vitamin Shaklee memang terbaik.. Ia semulajadi (bukan sintetik/organik). Kadar penyerapan semua vitamin ini dijamin 100%(Shaklee bukan simply2 claim benda ni tapi dah buat research yaa)

Order

Dapatkan Set Hb Rendah/Anemia segera.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Klik Direct Link Whatsapp:Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung Elak Anemia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.