Ketika datang bulan, pelbagai rasa yang wanita akan rasa. Dimulai dengan rasa nyeri pada perut, mual, sakit pinggang sehinggalah sakit kepala.

Tidak kurang juga ramai yang merasakan pening-pening lalat dan terasa mahu pitam.

Jika anda ada masalah pening ketika datang bulan ini, dapatkan tips di bawah bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

pening ketika datang bulan

Sel darah merah berperanan untuk membawa oksigen ke dalam tubuh dan membuang CO2 dari tubuh.

Ia kaya dengan zat besi. Sel darah merah yang mati atau keluar dari tubuh perlu di ganti dengan kadar segera.

Ketika kita datang bulan, kita kehilangan darah yang banyak. Darah yang hilang itu perlu di ganti dengan kadar segera.

Apabila kadar sel darah merah yang terhasil terlalu sedikit atau lambat, kita akan mula pening dan terasa ingin pitam.

Walaupun sakit dan pening kepala tidak sehingga tahap mengancam nyawa, namun ia adalah sesuatu masalah yang membuatkan kita berasa tidak selesa dan tidak keruan sepanjang hari.

5 Tips Atasi Pening Ketika Datang Bulan

#1 – Makan makanan kaya zat besi

Wanita yang sedang datang bulan memerlukan pengambilan zat besi yang lebih banyak, iaitu sekitar 18mg zat besi sehari.

Anda juga digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C bagi membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi kedalam tubuh.

Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin secukupnya, iaitu komponen dalam sel darah merah.

Sumber zat besi adalah daging merah,  kekacang, sayuran berdaun hijau, plum kering, kismis dan kuning telur.

#2 – Makan makanan kaya vitamin B12

Vitamin B12 penting untuk penghasilan DNA dan penghasilan sel darah merah yang sihat di tulang sumsum.

Sumber vitamin B12 adalah ikan, daging merah, telur, susu, produk susu dan bijirin.

#3 – Makan makanan kaya asid folik (vitamin B9)

Vitamin B9 membantu tubuh menghasilkan sel darah merah baru yang sihat.

Sumber vitamin B9 adalah roti, cereal yang diperkaya, sayuran berdaun hijau dan kekacang.

Baca Juga :  Diet Selulit : Cara Menghilangkan Selulit Di Paha Paling Mudah Agar Kulit Cantik Sekata

#4 – Makan makanan yang mengandungi vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk membantu penyerapan zat besi dari makanan ke dalam tubuh.

Antara sumber vitamin C adalah melon, berry, laici dan jambu batu.

#5 – Minum air kosong yang cukup

Dehidrasi akan membuatkan masalah sakit kepala menjadi lebih buruk. Kelebihan minum air kosong yang mencukupi dapat membantu mengatasi masalah ini.

Minum sekurang-kurangnya minimum 3 liter sehari untuk membantu proses tubuh anda dengan baik.

Kurangkan pengambilan teh atau kopi membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan.

Nutrisi Suplemen

Jika anda mahukan cara yang mudah dan selamat tetapi berkesan, saya galakkan anda supaya mengambil suplemen tambahan yang mengandungi zat besi, vitamin B12, vitamin B9 (asid folik) dan vitamin C.

Pastikan ia dari sumber semulajadi tau.

Di Shaklee, suplemen tambahan yang membantu anda untuk menambah kembali darah yang telah hilang adalah Vitalea Iron Formula, B Complex dan Vitamin C.

Ketiga-tiga suplemen ini mencukupi untuk memberikan anda bekalan zat besi, Vitamin B12 dan Vitamin B9 (asid folik) dan memastikan ianya diserap dengan lebih baik kedalam tubuh anda.

pening ketika datang bulan

Testimoni Pengguna:

Ida Khairani Ahmad‎: Hari ni saya datang bulan. Kali kedua setelah sekian lama. Maklumlah ibu menyusu eksklusif memang lambat datang balik periodnya.

Natural perancang gitu. Bila perempuan datang bulan ni, darah banyak keluarkan. Jadi bagi siapa yang jenis heavy flow sampai kadang2 jadi pening-pening lalat akibat kehilangan darah, boleh tambah multivitamin dengan iron formula 2 biji.

Lebih baik ambil sekali dengan vitamin C sebab bantu penyerapan zat besi yang ada dalam multivitamin tu. Jadi sekaligus bantu bina hemoglobin, sel darah merah yang bawa oksigen tu.

Alhamdulillah. Tadi saya sedikit pening-pening lalat. Sekarang dah lebih stabil. Hehe.

Actually kalau nak lebih baik tambah B Complex, tapi saya ambil lepas makan heavy nanti.

Jika anda juga ada masalah rasa pitam, pening-pening lalat ketika datang bulan, anda perlukan tambahan nutrisi melebihi kadar biasa.

Dapatkan set tambah darah untuk mengatasi masalah pening ketika datang bulan. Mengapa mahu menyiksa diri jika kita boleh selesaikan masalah tersebut. InsyaAllah setiap masa, setiap hari adalah hari terbaik anda.

Baca Juga :  Punca Penyebab Haid Tidak Teratur Yang Buat Isteri Kuat Emo dan Suami Jadi Bingung

Untuk maklumat lanjut dan konsultasi eksklusif berkenaan set Tambah Darah Shaklee ini, hubungi:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Klik Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
5 Tips Atasi Pening Ketika Datang Bulan
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.