Untuk memahami bagaimanakah caranya untuk meningkatkan (atau menurunkan) penghasilan susu ibu, kita perlu melihat kepada bagaimana susu ibu dihasilkan.

Perkara paling penting yang ibu-ibu patut tahu adalah,  penghasilan susu ibu adalah satu proses “guna atau hilang”. Semakin kerap dan semakin efektif anda menyusukan bayi anda, semakin banyak susu yang akan terhasil.

Jika anda kurang menyusu bayi, atau kurang mengepam, proses “hilang” akan berlaku dimana penghasilan susu ibu semakin lama semakin perlahan. Jika tiada usaha dilakukan, lama-kelamaan, susu ibu akan menjadi kering.


Namun begitu, sebenarnya, penghasilan susu tidak bermula dengan “penawaran” dan “permintaan”. Semasa mengandung(fasa endokrin, LI) dan dalam beberapa hari selepas bersalin(fasa peralihan, LII), susu yang terhasil adalah dari tindakbalas hormon yang dipanggil sistem kawalan endokrin.

Jangan risau. Selagi hormon anda terkawal, tubuh anda akan mula menghasilkan kolostrum dan bilangannya akan bertambah sekitar 30-40 jam selepas bersalin. Anda mungkin berminat dengan Susu Kolostrum Ibu : Cecair Setara Emas

Namun begitu, ketika hamil, walau pun payudara anda mula menghasilkan kolostrum, tahap progesteron yang tinggi akan menghalang pengeluaran kolostrum keparas yang paling minima.

ketika kelahiran bayi, pengeluaran plasenta akan menyebabkan penurunan mendadak kepada level progesteron.  kehilangan progesteron yang mendadak ditambah dengan kehadiran hormon prolaktin yang tinggi akan memulakan proses penghasilan susu ibu (kolostrum).

Walaupun begitu, walaupun susu sudah mula terhasil, ibu-ibu tidak akan berasa payudara menjadi “penuh” sehinggalah 2-3 hari selepas bersalin. Dalam fasa ini, penghasilan susu ibu masih lagi di dalam fasa tindakbalas hormon. Ia tetap akan berlaku samada ibu menyusukan bayi atau ibu tidak menyusukan bayinya.

Untuk ibu-ibu baru, info ini mungkin berguna untuk anda : Saiz perut bayi baru lahir sehingga umur 1 bulan

Semoga dapat membantu ibu-ibu diluar sana ya.

Sambungan – Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan – Part 2 : Semasa Berpantang dan Selepas Berpantang

Facebook Comments:
Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan – Part 1 : Semasa Mengandung Dan Sejurus Selepas Bersalin
Baca Juga :  Ibu Menyusu Berpuasa Kekal Cergas Tanpa Masalah Susu Merudum Dengan Minuman Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.