Entry ini adalah sambungan daripada entry sebelum ini : Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan – Part 1 : Semasa Mengandung Dan Sejurus Selepas Bersalin.

Jika semasa mengandung dan beberapa hari selepas bersalin, pengeluaran susu ibu dikawal oleh sistem kawalan entrokrin iaitu akibat tindakbalas hormon. selepas fasa LII (30-40 jam selepas bersalin, fasa untuk mengekalkan penghasilan susu ibu atau LIII akan bermula iaitu Sistem Kawalan Autokrin (local).

Dalam fasa ini, penghasilan susu ibu dikawal di payudara. mekanisme utama yang mengawal penghasilan susu ibu adalah dari pengeluaran keluar susu dari payudara si ibu. dan pengeluaran keluar susu ibu dari payudara di kawal oleh permintaan si bayi. Walaupun kadang-kala masalah hormon masih mengganggu pengeluaran susu ibu, namun masalah ini adalah sangat kecil di dalam fasa penyusuan bayi.

Di dalam keadaan normal, payudara akan tetap menghasilkan susu selagi ibu-ibu mematuhi prinsip asas penyusuan iaitu terus mengosongkan payudara mereka bagi memberi laluan kepada penghasilan susu ibu yang baru. Dengan memahami bagaimana sistem kawalan autokrin (local) berfungsi, kita mampu memahami dengan jelas bagaimana kita boleh dengan secara efektifnya meningkatkan (atau mengurangkan) penghasilan susu ibu.

Daripada penyelidikan, Terdapat 2 faktor yang mengawal penghasilan susu ibu

Faktor #1 : kehadiran Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)

Di dalam susu ibu terdapat protein (whey protein) yang dipanggil Feedback inhibitor of lactation(FIL). Peranan FIL ini adalah untuk mengawal penghasilan susu ibu. Apabila payudara sudah penuh, FIL akan memainkan peranan untuk memperlahankan penghasilan susu ibu.

Maka, penghasilan susu akan menjadi perlahan apabila susu semakin banyak terkumpul di payudara (kerana semakin banyak FIL hadir) dan akan menjadi semakin laju apabila payudara semakin kosong (FIL semakin berkurangan wujud).

Faktor #2 : Kehadiran Hormon Prolaktin

Untuk berlakunya penghasilan susu, hormon prolaktin mesti ada. Pada dinding Lactocyte (sel yang menghasilkan susu pada alveoli), terdapat tapak penerima prolaktin yang membenarkan prolaktin dari saluran darah untuk memasuki lactocytes dan merangsang komponen penghasilan susu ibu.

Baca Juga :  Cara Simpan Susu Ibu (EBM) Yang Terbaik Untuk Stok Keperluan Bayi

Apabila alveolus telah dipenuhi dengan susu, dinding penerima prolaktin akan mengembang dan berubah bentuk. Maka, prolaktin tidak lagi dapat memasuki tapak penerima. Dengan itu, kadar penghasilan susu akan menurun menjadi semakin perlahan.

Apabila susu dikosongkan daripada alveolus, tapak penerima prolaktin akan kembali kepada bentuk asal dan membenarkan prolaktin untuk melalui tapak tersebut. Dengan ini, kadar penghasilan susu akan meningkat semula.

Teori penerima prolaktin mencadangkan bahawa mengosongkan susu ibu keluar daripada payudara secara konsisten pada minggu-minggu terawal selepas bersalin mampu meningkatkan tapak penerima prolaktin. lebih banyak tapak menerima bermakna lebih banyak prolaktin boleh melalui lactocyte dan ini bermakna keupayaan untuk menghasilkan susu ibu akan meningkat. Anda juga boleh mencuba Amalan dan Petua Untuk Tambah Susu Badan Dengan Cepat.

Kedua-dua faktor di atas menyokong keputusan penyelidikan. Dalam ertikata yang mudah :

payudara PENUH = Penghasilan Susu Ibu LEBIH PERLAHAN

payudara KOSONG = Penghasilan Susu Ibu LEBIH CEPAT

Penyelidikan juga menunjukkan kandungan lemak di dalam susu juga ditentukan oleh berapa kadar kekosongan payudara daripada mengandungi susu ibu. lebih kosong payudara, lebih tinggi kandungan lemak.

Susu Ibu Kering atau Tiada?

Jika anda faham konsep yang saya terangkan diatas dan pada entry sebelum ini, tiada istilah susu menjadi kering atau tiada.

Jadi, para ibu, anda perlu memahami dahulu konsep asal penyusuan. Dan yakin bahawa susu ibu cukup untuk keperluan si manja anda. Jangan culas untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin ya.

Selain itu, anda juga boleh mengepam susu bagi memastikan payudara anda benar-benar kosong selepas memberi bayi anda susu secara terus. Bagi yang bekerja, ketahui Berapa Kerap Anda Perlu Mengepam Susu. Ini bagi memastikan susu anda tidak merudum di kemudian hari.

Selamat meneruskan penyusuan secara eksklusif kepada bayi anda selama yang mungkin. kalau boleh sehingga 2 tahun tau. :)))

Tunggu entri seterusnya ya, tentang Bagaimanakah Penghasilan Susu Ibu Akan Sentiasa Berubah-ubah Di Sepanjang Hari

Facebook Comments:
Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan – Part 2 : Semasa Berpantang dan Selepas Berpantang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.