Mee segera memang cepat dimasak, sedap dimakan. Betul? Dan ramai juga yang terjebak dengan ketagihan mee segera ni. Terutamanya remaja.

Banyak faktor mengapa remaja atau kanak-kanak meningkat usia suka kepada alternatif mee segera berbanding makanan lain.

Saya juga suka makan mee segera, cuma tidak sampai tahap ketagih. Makan sekali sekala atau buang terus tabiat suka makan mee segera lagi baik sebenarnya.

Jika, kita faham bahan kandungan dan kesan jangkamasa panjangnya terhadap tahap kesihatan kita, mungkin itu boleh memandu kita mengekang rasa ketagihan.

Namun, dalam ramai golongan tegar peminat mee segera tu, saya cukup risau kepada kumpulan wanita hamil yang suka makan mee segera.

Mengapa? mungkin beberapa point yang saya akan terangkan ini akan memberi sedikit jawapan tentang kesan bahaya makan mee segera kepada wanita hamil.

Kesan dan Bahaya Makan Mee Segera Kepada Ibu Mengandung

Baca juga >> Bahaya Minuman Berkarbonat & hentikan tabiatnya segera

Bahaya Mee Segera Kepada Kesihatan

Kesan buruk makan mee segera cukup berisiko bukan sahaja kepada orang biasa, bahkan juga kepada ibu mengandung. Risiko negatif kesihatan ini antaranya termasuklah:

#1 – Risiko menghadapi kanser

Penggunaan bahan pewarna makanan (dye) dan sejenis wax yang ditemui di dalam ramuan pembuatan mee segera dikatakan mampu mengalakkan pembentukan kanser.

Cawan/mangkuk yang digunakan dalam pembungkusan mee segera juga didakwa boleh menyumbang kepada masalah kanser.

Ia diperbuat daripada Dioksin dan plastizer (bahan aditif untuk fleksbiliti bekas plastik) dikatakan boleh meresap masuk ke dalam mee segera apabila dicampurkan air panas semasa proses penyediaannya.

#2 – Risiko penyakit kronik

Mee segera adalah makanan yang tinggi kandungan sodium. Penggunaan sodium yang berlebihan di dalam tubuh boleh meningkatkan risiko individu untuk terkena penyakit kronik.

Badan FSA (Food Standard Agency) di Amerika telah memberi peringatan kepada orang awam supaya mengelakkan pengambilan mee segera kerana ia boleh membahayakan kesihatan. Kajian terhadap pengambilan sodium yang tinggi berkait rapat dengan pelbagai penyakit seperti hipertension, penyakit jantung, strok, kanser dan kerosakan buah pinggang.

Baca Juga >> Benarkah Soya Penyebab Kanser Payudara?

Baca Juga :  Bagaimana Menghadapi 7 Masalah Ibu Hamil Yang Biasa Berlaku Ini Tanpa Rasa Stress

#3 – Risiko sakit kepala

Kebanyakkan ramuan mee segera juga mengandungi kandungan Monosodium Glutamat (MSG).

MSG tidaklah terdapat dalam mee itu sendiri tetapi ia terdapat perencah yang dimasak di dalam sup!  Bagi sesetengah individu yang alah kepada MSG, kesan pengambilannya boleh menyebabkan simptom sakit kepala.

Kesan garam sodium yang terlalu tinggi di dalam ramuan mee segera juga boleh mengundang masalah sakit kepala selepas memakannya. Sodium boleh menyebabkan berlaku tekanan darah tinggi kepada individu yang ada masalah kolesterol dalam badan.

Apabila tekanan dara meningkat, simptom sakit kepala boleh timbul sebagai kesan sampingannya.

#4 – Berat badan berlebihan

Ketagihan mee segera berpotensi menggalakkan obesiti. Percaya tak?

Tidak adil untuk mengatakan makan mee segera terus jadi gemuk. Tapi perlu melihat kepada diet pemakanan dan gaya hidup individu secara keseluruhannya.

Tetapi mengapa ada kaitan antara makan mee segera dan gemuk? Ya, sebab mee segera tergolong dalam makanan segera yang diproses. Kandungan MSG adalah antara punca utamanya selain kandungan lemak lainnya.

Untuk kajian saintifik tertentu di makmal, MSG sering digunakan untuk menggemukkan tikus sebagai bahan ujikaji. Ya, kerana MSG adalah dadah obesiti yang paling berkesan untuk menggemukkan.

Dan kebanyakkan makanan diproses ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita supa makan berlebihan. Betul kan!? Biasa makan satu bungkus atau dua?

Jadi, jika anda inginkan indeks badan ideal, sila elakkan MSG dalam apa jua diet makanan termasuklah mee segera seperti yang kita bincangkan di sini.

#5 – Masalah penghadaman

Kebanyakkan mee dalam pek mee segera diperbuat daripada tepung serbaguna bertapis atau dikenali sebagai maida di negara India.

Menurut Dr Simran Saini, seorang pakar nutrisi di Hospital Fortis, New Delhi;

Mee yang diperbuat dari tepung maida ini mengandungi bahan pengawet  yang tidak memberi apa-apa khasiat dan kebaikan nutrisi. Pengambilan secara berlebihan boleh menggalakkan obesiti.

Tambahnya lagi;

Dalam kebanyakkan kes, mee berasaskan tepung maida ini didapati mengganggu proses penghadaman. Sisa-sisanya boleh memasuki kawasan appendik dan akan mencetuskan masalah jangkitan.

Mee segera juga boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman lain seperti risiko kembung perut, proses penghadaman yang tidak lancar dan masalah sembelit.

Baca Juga :  11 Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Mengandung Elakkan Stress!

#6 – Melemahkan sistem imun

Mee segera juga mengandungi Propylene Glycol (PG), sejenis bahan anti-beku yang digunakan untuk mengekalkan kelembapan mee segera supaya tahan lama.

Bahayanya, PG amat mudah diserap ke dalam badan dan terkumpul di buah pinggang, jantung dan hati.

Ia mampu melemahkan imun sistem kita dan seterusnya menyebabkan ketidaknormalan dan kerosakan pada sistem dan organ di dalam tubuh.

#7 – Menjejaskan metabolisme badan

Dalam jangka masa panjang, diet buruk makan mee segera ini boleh menjejaskan proses metabolisma tubuh kita.

Gangguan metabolisma boleh berlaku kesan pengumpulan bahan-bahan toksik yang terkandung dalam ramuan mee segera seperti bahan penambah perisa, bahan pewarna dan bahan pengawet.

Ia juga boleh disebut sebagai mengalami sindrom metabolik – iaitu berkaitan masalah obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan paras gula dalam darah meningkat.

Kenapa Mee Segera Bahaya Kepada Ibu Mengandung?

Mee segera lah yang paling senang dan pantas nak disediakan. Ibu mengandung sentiasa cepat lapar kan. Tapi, sebenarnya… Boleh ke tak boleh nak makan mee segera ni?

Waktu hamil adalah saat kritikal bagi menjaga kesihatan ibu hamil dan bayi yang dikandung. Kedua-duanya perlukan nutrisi yang penting sepanjang kehamilan, untuk tenaga, sihat dan tumbesaran supaya proses kelahiran dan tumbesaran lanjut si bayi menjadi mudah.

Berdasarkan 7 risiko di atas, ibu mengandung juga boleh menghadapi risiko keguguran. Jadi, sebaiknya elakkanlah makan mee segera. Bahkan makanan segera yang lain yang mempunyai karakter atau ciri-ciri yang sama dengan bahaya mee segera ini.

Bahan-bahan dalam mee segera boleh memberi kesan kepada pertumbuhan janin. Janin yang tidak sihat berkemungkinan besar akan menyebabkan tubuh kita “reject” janin tersebut.

Ini akan menyebabkan berlakunya proses keguguran janin. wallahualam…

kesan makan mee segera kepada wanita hamil

Buatlah Pilihan Bijak & Sihat

Jadi, kita sebagai ibu perlu sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita makan. Ia ingatan untuk saya juga dan untuk ingatan bersama semua ibu-ibu di luar sana.

Mee segera dikategorikan sebagai makanan ringan atau makanan segera. Ia boleh mengenyangkan tetapi khasiat nutrisinya kurang. Sebab itu ia boleh dimakan apabila perlu sahaja dan bukan sebagai makanan ruji harian.

Baca Juga :  Kaki Bengkak Semasa Mengandung : Biasa Atau Bahaya?

Mee segera mengandungi sumber tinggi karbohidrat dan lemak dan kurang kandungan vitamin, serat dan mineral. Lebih-lebih lagi ia mengandungi bahan penambah perisa atau MSG, bahan pengawet dan penstabil makanan.

Walaupun bahan-bahan dibenarkan, tetapi ia perlukan kawalan dalam pengambilan kerana banyak kita lihat penyakit hari ini yang sukar untuk diketahui punca asalnya.

Dan bila kita sakit, sikap orang sekeliling lebih mudah mengatakan “Itulah tak nak jaga makan, asal lapar main bedal je semuanya”.

Dari segi itu, adakah kita yang mengamalkan memakan mee segera ni yakin bahawa kita mendapat cukup nutrisi dari makanan seharian kita? Jika tidak, apakah yang perlu kita buat sebagai wanita hamil yang perlukan nutrisi yang lengkap?

Mesti Baca! >> Nutrisi Penting Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan

Saya doakan ibu-ibu dan bakal ibu diluar sana sentiasa dalam lindungan Allah. dan semoga proses kehamilan anda dan proses kelahiran bayi anda dipermudahkan.

Untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi eksklusif berkenaan masalah kesihatan anda, hubungi saya di:

Eksklusif hanya di Yourfabulousmama.Net

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

 

Facebook Comments:
Bahaya Makan Mee Segera Kepada Wanita Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.