1 2

Bayi Pramatang Ada 2 Umur ~ Amazing kan?

Apabila mempunyai bayi pramatang, seorang ibu mesti akan berasa lebih risau tentang perkembangan fizikal anaknya.

     Semasa saya membawa anak saya ke Pusat Kesihatan, seorang jururawat memberitahu perkembangan fizikal sangat lambat. Walaupun dia sudah berumur enam bulan, tetapi perkembangan fizikalnya dan berat badannya seolah-olah berumur 4 bulan”

Jika anda mengalami situasi yang sama, anda boleh bertenang. Ini kerana tiada apa yang perlu anda risaukan.

bayi-pramatang-ada-2-umur

Percayakah jika saya nyatakan bahawa bayi pramatang mempunyai 2 umur iaitu :

  • umur kronologi : umur yang dikira selepas dilahirkan
  • umur yang disesuaikan : umur bayi sebenar

 Oleh itu, jangan risau ya. Apa yang harus anda lakukan adalah dengan memaklumkan kepada doktor dan jururawat bahawa anak anda adalah bayi pramatang supaya mereka dapat mengira semula umur bayi anda menggunakan “umur yang disesuaikan” dan bukannya menggunakan “umur kronologi” dalam menilai perkembangan fizikal dan mental bayi.

Jadi, ibu-ibu comel sekalian, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Buangkan rasa bimbang di hati. Ia adalah perkara biasa apabila bayi anda seolah-olah “ketinggalan” dari segi berat badan dan juga perkembangan mental mereka jika dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan pada tarikh yang sama.

Anda akan dapat perhatikan bahawa mereka akan mula “menyaingi” rakan-rakan mereka apabila mereka mencapai usia 2-3 tahun. Pada ketika itu, ketahuilah bahawa perkembangan fizikal dan mental mereka bukan disebabkan oleh faktor kelahiran pramatang lagi  tetapi disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesihatan dan genetik.

Q : Bagaimana mengira ‘umur yang disesuaikan’ ini?

Saya ingin membawa anda untuk membuat kira-kira mudah.

Katakan umur kronologi sekarang ialah 26 minggu, dan bayi anda dilahirkan kurang 6 minggu dari tarikh sepatutnya. Tolakkan 26 minggu dengan 6 minggu bersamaan dengan 20 minggu. Jadi umur sebenar bayi anda ialah 20 minggu. Bahagikan umur ini dengan 4, untuk umur dikira dalam kiraan bulan. 20 dibahagikan 4 bersamaan 5 bulan.

Wallahu a’lam

Saya ada 1 video tentang beruntungnya bayi pra-matang ini, mendapat nutrisi yang mencukupi dari susu ibu.

Semoga membantu.

Salam Sayang

Norhanita

Facebook Comments:
Bayi Pramatang Ada 2 Umur ~ Amazing kan?

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago