Saya pernah diajukan beberapa persoalan berkenaan kanser oleh pelanggan Shaklee saya. Soalan berikut adalah salah satu daripadanya yang berkaitan dengan pengambilan soya, dan saya rasa ramai SID yang turut menerima persoalan sebegini:
“Salam puan. Tanya sikit, benarkah soya penyebab kanser payudara (breast cancer) untuk wanita? terutamanya yang nak cantik macam saya ni.”
“Waalaikumsalam cik adik, terima kasih kerana bertanya. YA, soya memang boleh menyebabkan kanser kepada wanita. Tetapi juga, soya BUKAN penyebab kanser payudara kepada wanita cantik macam cik.”
“Ohh ye ke..macamana tu, saya confuse nak beli suplemen soya ni, takut pulak karang terkena kanser..boleh explain detail sikit kepada saya tak?”
“Ok tiada masalah. Macam ni alkisahnya…”
Pstt!!..Haa macamana nak jawab? Bagi anda yang turut “confuse” mengenai persoalan ini, sila baca penerangan di bawah.
In Shaa Allah segala persoalan anda bakal terungkai tanpa sebarang keraguan.
Memang terdapat banyak kekeliruan terhadap kacang soya. Terdapat banyak mitos tentang kacang soya masa kini di laman internet. Berbagai pendapat atau fakta yang dikeluarkan. Tetapi, sebagai pembaca, kita haruslah turut menjadi pembeli dan pengguna yang bijak memilih.
Tahu tak? Sebenarnya kacang soya adalah berasal dari Asia Timur iaitu China dan Jepun. Di US, perusahaan soya telah dijalankan secara besar-besaran untuk menampung permintaan produk berasaskan soya yang begitu tinggi. Apabila terdapat persaingan, maka wujudlah kacang soya yang beridentiti GMO dan non-GMO.
Namun, ramai yang tidak tahu atau mungkin tidak ambil tahu bahawa 90% daripada tanaman soya yang ada di sana hari ini adalah dari jenis GMO – yang melibatkan penggunaan aplikasi pertanian berteknologi tinggi yang turut menggunakan pestisid, herbisid dan baja kimia – bioengineering.
Tambahan lagi 80% produk berasaskan soya dari US hari ini adalah dari soya GMO merangkumi produk popular termasuk susu soya, minyak soya, protein soya, aiskrim, daging burger dan produk tenusu (daripada haiwan yang diberi makan sumber soya).
Genetically Modified Organism – GMO bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah dimanipulasi kandungan genetiknya melalui teknologi kejuruteraan genetik di dalam makmal.
Salah satu cabang bidang sains yang mencipta kombinasi tidak stabil tumbuhan, haiwan, bakteria dan gen viral yang tidak berlaku di dalam kondisi biologi semulajadi atau kaedah pembiakan normal.
Tahukah anda – hampir kebanyakkan produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
Sebab kita perlukan makanan lebih banyak; disamping populasi penduduk dunia yang kian bertambah dan kadar permintaan produk makanan yang tinggi berbanding sumber yang pasaran sedia ada mampu bekalkan.
Jadi, pakar-pakar industri pengeluar makanan terpaksa berusaha mempertingkatkan sumber asas masing-masing supaya boleh memberi bekalan yang berskala besar, cepat, banyak dan berterusan.
Antara kaedah teknologi pertanian terkini adalah dengan mengubah genetik DNA tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat membesar dan matang, saiz buah yang lebih besar, rasa yang lebih manis, warna yang seragam dan menyerlah, kandungan minyak lebih tinggi, haiwan cepat matang berbanding usia atau susu yang lebih banyak dan pelbagai lagi.
Maka, soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya secara konsisten boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.
Maka semenjak itu, permintaan soya melonjak naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya.
Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri pemakanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO.
Pengambilan soya GMO meningkatkan risiko untuk mendapat reaksi alahan.
Di UK, alahan terhadap soya meningkat sebanyak 50% selepas soya GMO mula diperkenalkan di pasaran.
Soya GMO memperlahankan proses penghadaman protein di dalam soya tersebut kerana ia memberi kesan kepada penurunan paras enzim penghadaman.
Keadaan ini membawa gejala kepada alahan terhadap pelbagai jenis makanan lain. Selain itu soya GMO juga mengandungi toksin dan boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi hati manusia.
Soya GMO juga dikatakan boleh mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita. Di samping itu, soya GMO menganggu pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Oleh itu, ibu mengandung perlu berhati-hati dalam mengambil produk soya sepanjang tempoh kehamilan.
Ok.. itu point pertama saya. Soya dari sumber GMO tidak selamat untuk diambil bagi jangkamasa panjang.
Baca Juga >> Apa Itu Sumber Protein Terbaik
Kebanyakan produk kacang soya diproses untuk mendapatkan hasil minyak soya.
Kacang soya diekstrak menggunakan sejenis larutan kimia heksana iaitu bahan pelarut dari minyak petroleum yang banyak digunakan dalam industri pembuatan produk soya, temasuk penghasilan minyak sayuran dari sumber tumbuhan lain.
Penggunaan heksana bertujuan untuk mencuci (bleach) dan menyingkirkan minyak daripada protein soya. Apa yang dikenalpasti, heksana tergolong sebagai neurotoksin dan agen pencemar udara yang berbahaya.
Heksana digunakan dengan mudah kerana harganya yang murah dan boleh menjimatkan kos pemprosesan kacang soya.
Namun, pengeluar produk soya menyatakan heksana hanya digunakan hanya pada peringkat awal pemprosesan kacang soya sahaja, dan kemudian akan disingkirkan semasa penghasilan produk akhir berasaskan soya seperti roti burger dan pelbagai produk lain.
Jika penggunaan heksana tidak dikawal dan tiada pantauan secara baik semasa proses pembuatan ia boleh menyebabkan kesan jangka panjang soya terhadap kesihatan manusia.
Pengambilan kacang soya yang terbaik adalah dengan menggunakannya secara terus atau melalui teknik penapaian seperti tempe, tofu, tauhu, miso atau susu soya. Tetapi pastikan yang “100% organik”dan non-GMO.
Jadi, sekali lagi perlu berhati-hati dengan produk kacang soya kegemaran anda. Kita bebas memilih sama ada soya organik atau non-GMO mahu pun diproses secara langsung atau diproses kimia, pasti ada kelebihan masing-masing. Anda berhak memilih yang terbaik!
Baca Juga >> 6 Tips Memilih Minuman Protein Soya Yang Terbaik Di pasaran
Kajian menunjukkan kadar pengurangan nutrisi makanan yang ketara dan peningkatan unsur nitrat di dalam hasil tanaman yang melalui proses penanaman berbantu bahan kimia – pengunaan pestisid, herbisid dan fungisid; berbanding yang ditanam secara organik.
Pencernaan nitrat di dalam tubuh manusia dikenalpasti amat berbahaya dan berkait rapat dengan pembentukan sel kanser!
Maka pengunaan racun kimia perlu dielakkan semasa penanaman untuk mengelakkan kesan sampingan jangka panjang yang berbahaya kepada manusia.
Untuk penanaman berskala besar bagi tujuan mendapatkan sumber pukal yang cepat dan berterusan adalah perlu mengambilkira kesan kos.
Biji benih soya yang diubah secara genetik dapat mengatasi masalah ini bagi syarikat pengeluar sumber makanan kerana ianya murah dan langkah mudah untuk menjimatkan kos.
Justeru berhati-hati memilih produk soya kegemaran anda
Ciri yang amat bernilai di dalam soya adalah kandungan lengkap proteinnya yang terbaik dengan 9 asid amino perlu (Essential Amino Acid – EAA).
Tubuh memerlukan kesemua asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim secara harian.
Jika asid amino ini lenyap, maka kekuatan sistem imun boleh menurun sehingga 30% dan akan memberi kesan kepada beberapa fungsi sistem tubuh yang lambat atau terhenti.
Namun, tidak semua kacang soya diciptakan dengan ciri yang sama. Aspek kualiti dan kandungan asid amino mungkin berbeza bergantung kepada keadaan medium penanaman dan kondisi penuaian.
Alkohol (metanol, etanol atau isoprophyl alkohol) biasanya digunakan dalam pembuatan soy protein untuk menyingkirkan kandungan gula termasuk kandungan isoflavone sehingga 88%.
Kandungan isoflavone yang disingkirkan itulah sebenarnya yang amat bermanfaat untuk mengurangkan risiko kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser usus.
Selain itu isoflavone turut bermanfaat di dalam faktor keseimbangan hormon dan meningkatkan jisim tulang.
Pastikan kandungan protein soya anda kekal dengan kandungan isoflavone, jika tidak ia hanyalah umpama hampas kosong.
Sumber kacang soya mentah dikenalpasti mengandungi goitrogen iaitu bahan yang boleh melemahkan fungsi tiroid atau anti-tyrosine.
Penurunan fungsi tyrosine boleh menyebabkan kesan tekanan darah rendah, penurunan suhu optimum tubuh dan sindrom RLS (Restless Leg syndrome – inflamasi pada kaki).
Oleh itu, fungsi anti-tiroid pada kacang soya ini mestilah dinyahaktifkan terlebih dahulu sebelum selamat untuk digunakan. Cara mudahnya ialah dengan memasaknya secara perlahan mengunakan haba.
Asid amino sangat sensitif terhadap haba. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa memasak protein menunjukkan kesan pemusnahan 50% kandungan asid amino perlu.
Jika seseorang individu terus menerus mengambil diet protein secara jangka panjang yang lemah kandungan asid aminonya ia boleh menyebabkan kesan ketidakseimbangan perkembangan otak, penghasilan hormon serta pembentukan tisu badan.
Sesetengah laporan menyatakan isu negatif bahawa tepung soya adalah Sangat BERASID – dengan kandungan asid phytic; yang boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang akibat kehilangan zat kalsium.
Sebenarnya, sumber mentah kacang soya adalah bersifat NEUTRAL – tidak berasid ataupun beralkali.
Proses pembuatan menyebabkanya bertukar menjadi berasid kerana kandungan minyak telah disingkirkan daripadanya.
Bagi proses lanjutan yang baik, sepatutnya kalsium perlu ditambahkan bagi mengembalikan sifat neutral pada protein soya. Dan kebanyakan pengeluar protein soya tidak menambahnilai kalsium secara secukupnya kepada produk mereka.
Jika produk protein soya anda memenuhi kesemua kriteria di atas, In shaa Allah, ia TIDAK akan menyumbang kepada risiko kanser payudara.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More