Sebagai ibu yang menyusu bayi, agak-agak berapa kerap kita perlu mengosongkan payudara?

Sebenarnya, perkara paling asas yang kita kena tahu adalah konsep DEMAND vs SUPPLY. Semakin kita kerap mengosongkan payudara, semakin cepat dan banyak susu akan dihasilkan.

Sebab apa? Bila semakin kerap kita mengosongkan payudara, nanti otak kita akan hantar signal bahawa susu kita tak cukup. Kena hasilkan lebih dan lebih banyak.

Ketahuilah, sepatutnya, kita mesti menyusui bayi kita setiap 2-3 jam sekali. 

 

Jika bayi anda tidur lebih dari 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Anda juga boleh memerah susu ketika bayi sedang tidur untuk dijadikan EBM (expressed breast milk).

Jika bayi tiba-tiba mahu menyusu ketika anda sedang memerah, berhenti dahulu dan susui bayi anda. Setelah itu, sambung semula sesi memerah susu ibu. Percayalah pada konsep DEMAND vs SUPPLY yang saya nyatakan diatas. Tiada istilah susu tiada setelah bayi menyusu. Kerana susu ibu akan terus menerus dihasilkan dari semasa ke semasa.

Selain itu, jom amalkan Doa dan Zikir Untuk Menambah Susu Badan.

Jika anda bekerja, perah susu anda untuk dijadikan EBM (expressed breast milk) semasa di tempat kerja. Carilah masa yang bersesuaian untuk anda mengepam. Tiada cara lain untuk anda mengekalkan penghasilan susu ibu selain terus mengepam dan pengepam semasa di tempat kerja. Pastikan jarak 1 sesi pengepaman tidak melebihi 3 jam antara setiap sesi.

Ramai yang tidak tahu bahawa, susu anda semakin kurang dan kurang kerana anda tidak lakukan rutin mengepam semasa di tempat kerja. Berbanggalah kerana kita tahu bahawa anak kita mendapat faedah dari penyusuan susu ibu. Selain itu, ibu juga mendapat manfaat yang banyak asbab menyusukan bayi.

Tahukah anda?
Antara pukul 12 tengah malam sehingga pukul 6 pagi, hormon prolaktin adalah sangat banyak dihasilkan ketika ini. Hormon prolaktin ini yang membantu tubuh menghasilkan susu ibu. Jadi, kerapkan memerah susu ibu pada ketika ini. Tahu konsep power pumping? power pumping memang sangat sesuai untuk diamalkan pada waktu ini. Juga terbaik jika anda dapat merasai kelebihan akibat mengamalkan vitamin semulajadi.

Jadi, sematkan dalam jiwa, “Aku kena rajin mengepam/ menyusu secara terus demi anak aku. aku kena buang rasa malas yang ada dalam diri. Kalau aku kurang mengepam/kurang menyusu bayi, nanti susu aku akan semakin lama semakin drop”

Baca Juga :  Doa Dan Zikir Tambah Susu Badan

Tidak kira bayi anda lelaki atau perempuan. Tidak kira bayi anda kuat menyusu atau tidak, konsep demand vs supply ini mesti dipenuhi. Jangan tunggu sehingga payudara “bengkak susu” kerana ia petanda yang tidak bagus sebenarnya. Jika anda tunggu “bengkak susu” baru nak perah, lama kelamaan, penghasilan susu akan meruntum. percayalah.

Jadi, lepas ni takde lagi lah persoalan yang bermain diminda anda, ibu-ibu hebat tentang berapa kerap kita perlu pam susu setiap hari. kalau menyusu bayi secara terus tu memanglah bergantung pada permintaan si bayi lah kan. cuma, kalau bayi tak nak menyusu tu atau dia menyusu sikit aje@sebelah aje, pam lah. jangan culas tauu.

Baca juga : Tips Menjaga Anak Kembar

Facebook Comments:
Berapa kerap perlu pam susu ibu @ menyusu bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.