Semua orang tahu, tabiat merokok membahayakan kesihatan. Baik kepada orang yang merokok itu sendiri mahupun orang yang berada disekitarnya ketika dia merokok.

Hari ini, dianggarkan lebih daripada 6 juta orang mati setiap tahun diseluruh dunia akibat kesan bahaya merokok. Trend ini dijangkakan meningkat kepada 8 juta orang mati setiap tahun menjelang tahun 2030.

 

Kadar kematian yang direkodkan sepanjang abad ke-21 akibat pengambilan tembakau sudah meningkat sehingga satu bilion

– Sumber WHO

Bagaimana pula nasib perokok di negara kita, Malaysia?

Kira-kira 20,000 orang rakyat negara ini dikesan mati setiap tahun akibat merokok dengan nisbah 1 daripada 2 perokok

– Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan (2015)

Kesan Bahaya Merokok

Bahan utama dalam rokok adalah tembakau yang kaya dengan kandungan nikotin. Nikotin ini mampu merangsang otak untuk menerima nikmat kesedapan merokok yang menjadi punca utama kepada ketagihan merokok.

Rokok juga mengandungi pelbagai bahan kima beracun, gas toksik dan partikel berbahaya yang boleh mendatangkan kesan jangkapanjang negatif kepada perokok.

Merokok bertanggungjawab kepada kewujudan pelbagai masalah penyakit biasa dan kronik dan mandatorinya adalah kehadiran kanser.

Terdapat 6 kesan bahaya merokok kepada kesihatan yang menyebabkan:

  1. Penyakit jantung
  2. Penyakit paru-paru
  3. Strok
  4. Masalah kesuburan
  5. Kanser paru-paru
  6. Kematian mengejut

penyakit akibat merokok

Tips Berhenti Merokok

Kesan bahaya merokok tidak akan hilang begitu sahaja selepas anda berhenti merokok.

Menurut kajian, perokok yang mula berhenti merokok memerlukan lebih 15 tahun untuk mengembalikan kondisi kesihatan seperti orang yang tidak pernah merokok.

Ia adalah suatu jangkamasa yang lama. Anda perlukan mental yang kuat, kesabaran dan keazaman penuh untuk misi kembali sihat. terutamanya kesihatan paru-paru.

Cara terbaik jika ingin paru-paru perokok cepat sihat ialah dengan mengamalkan 6 langkah berikut:

  1. Berhenti merokok
  2. Kerap bersenam dan melakukan aktiviti fizikal
  3. Amalkan diet sihat makanan untuk paru-paru
  4. Dapatkan kualiti udara yang terbaik
  5. Hindari asap rokok
  6. Latihan pernafasan yang baik

Langkah ini sangat penting untuk menurunkan kesan bahaya akibat merokok dan menurunkan risiko masalah kesihatan yang lebih berat seperti kanser paru-paru.

Makanan boleh menjadi penawar atu racun kepada kesihatan manusia.

Bergantung kepada label nutrisi dan jenis nutrien yang dibawa oleh jenis makanan tersebut, ia adalah tanda aras penentu kepada makanan yang membawa kebaikan atau keburukan.

Baca Juga :  Cara Berhenti Merokok Paling Berkesan Untuk Selama-lamanya

Namun bagi makan semulajadi, ia adalah istimewa. Selain baik untuk sumber diet sihat, ia juga membawa banyak manfaat kepada kesihatan manusia.

Makanan apa untuk paru-paru cepat bersih? Mari kita teliti beberapa jenis makanan semulajadi berikut yang baik untuk paru-paru sihat.

Makanan Sihat Untuk Bersihkan Paru-paru Perokok

+1 – Halia

Ginger(Zingiber Officinale) atau halia telah digunakan sejak lebih 2500 tahun yang terkenal sebagai akar penyembuh dalam bidang perubatan klasik.

Selain baik untuk masalah perut, pengambilan halia dalam makanan juga dapat memberi manfaat terhadap kesihatan paru-paru.

Kajian telah menunjukkan halia dapat membantu dari segi kesan perubatan dan mampu mengatasi lebih 100 jenis masalah kesihatan.

Kandungan enzim dalam halia boleh membantu mencairkan dan menyingkirkan mukus dari dalam paru-paru supaya dapat melancarkan pernafasan.

Halia mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi atau anti-radang yang dapat membantu penyingkiran toksin daripada saluran pernafasan. Ia juga mengandungi vitamin & mineral termasuk potasium, magnesium, zink dan beta-karotena.

Halia mengandungi sebatian 6-shogaol yang dikatakan boleh membantu menghalang pembentukan dan perebakan kanser paru-paru.

+2 – Bawang Putih

Bawang putih sangat mudah didapati dan ramuan yang wajib ada di dapur setiap rumah. Ia menjadi bahan asas utama dalam menyedapkan masakan.

Bukan itu sahaja, tahukan anda bahawa bawang putih mempunyai ciri-ciri tertentu yang sangat baik untuk kesihatan.

Bukan sekadar digunakan untuk mengurangkan selesema dan demam mahupun menghilangkan jerawat di muka. Kandungan unik dalam bawang putih mampu melindungi paru-paru daripada jangkitan mikrob – kuman, bakteria, fungus dan virus.

Bawang putih kaya dengan enzim allinase. Apabila ia diketuk atau dipecahkan, enzim allinase ini akan bertukar ke allicin.

Kajian menunjukan allicin mempunyai sifat antibakteria yang boleh menyebabkan masalah jangkitan dalam paru-paru.

Dalam habitat semulajadi, allicin sangat berkesan digunakan untuk menghalang serangan serangga & patogen terhadap tumbuhan dan habitat air.

Di dalam tubuh manusia, ia mampu menghalang bakteria Burkholderia Cepacia Complex (BCC) penyebab biasa masalah jangkitan dan lebih buruk lagi bagi mereka yang mempunyai Cystic Fibriosis dlam paru-paru.

Baca Juga :  Saya Sudah Berhenti Merokok Secara Mendadak, Tonik Ajaib Ini Buat Rokok Saya Rasa Hambar

Penyelidik juga percaya gabungan enzim bawang putih bersama antibiotik mampu membantu merawat masalah jangkitan paru-paru.

+3 – Sayuran Cruciferous

Diet kaya dengan fiber dan sayuran dikenalpasti dapat menurunkan kadar risiko kanser termasuk kanser paru-paru.

Sayuran crucifeorus adalah antara kumpulan sayuran yang popular dan biasa kita makan mahupun menjadi bahan utama dalam campuran masakan.

Kumpulan sayuran cruciferous adalah dari jenis brokoli dan kobis termasuk kobis bunga, kobis bulat, kobis panjang, kobis kerinting (kale), kobis collard hijau, kobis brussel, selada air (watercress) dan sebagainya.

Dalam satu kajian, pengambilan sayuran cruciferous didapati memiliki kaitan dengan penurunan risiko kanser paru-paru.

Tambahan dalam kajian itu lagi, kandungan fitokimia isothiocyanate dalam sayuran cruciferous dikatakan mempunyai sifat dan ciri-ciri yang boleh melawan kanser.

+4 – Buah Epal

Fungsi paru-paru manusia biasanya akan mula menurun menjelang umur 30 tahun – berkadar langsung dengan peningkatan umur.

Kecepatan penurunanya bergantung kepada kesihatan umum dan spesifik bagi setiap individu. Malah paru-paru akan lebih cepat rosak jika anda seorang perokok tegar.

Penyelidik dari John Hopkin University telah menemukan bahawa diet tomato dan epal telah dikenalpasti dapat melambatkan indeks penurunan fungsi paru-paru ini.

Bagi tujuan ujian, 650 orang responden telah menjalani pemeriksaan analisa fungsi paru-paru. Kemudian ujian tersebut diulang semula selepas 10 tahun seiring dengan peningkatan usia.

Menariknya, hasil data menemui mereka yang mengamalkan diet buah tomato 2 kali sehari berserta 3 kali hidangan buah-buahan segar terutamanya epal telah menunjukkan penurunan fungsi paru-paru yang lebih lambat.

+5 – Kunyit

Kunyit atau turmeric (Curcuma Longa) mempunyai kandungan bahan aktif curcumin, iaitu sejenis polifenol.

Curcumin adalah mempunyai ciri anti-radang atau anti-inflamasi semulajadi. Dalam sesetengah kajian mendapati, curcumin menunjukkan tindakbalas mengurangkan aktiviti toksin penyebab keradangan.

Curcumin juga merupakan sejenis antioksidan yang kuat. Oksidan adalah molekul yang menyebabkan sel tubuh mudah rosak, atau lebih dikenali sebagai radikal bebas.

Kunyit mampu membantu tubuh meneutralkan radikal bebas seperti superoksida, hidroxil dan hidrogen peroksida. Tindakbalas ini boleh membantu mengurangkan keradangan di dalam paru-paru.

Manfaat ketiga kunyit ialah ia oleh bertindak sebagai pengeluar kahak/gelema atau mukus. Pengeluaran mukus berlebihan di dalam paru-paru boleh menyebabkan saluran pernafasan terngagnu dna menyebabkan kesukaran bernafas.

Baca Juga :  11 Fasa Kesan Berhenti Merokok Yang Anda Perlu Tahu dan Patut Mulakan Sekarang!

Curcumin membantu memecahkan mukus dan menyingkirkan lendir kahak keluar dari paru-paru. Disamping itu ia boleh membantu melegakan batuk bagi memperbaiki pernafasan.

+6 – Teh Hijau

Mengikut kajian penelitian dari University of Maryland Medical Center (UMM), kadar risiko kanser adalah lebih rendah di negara yang rakyatnya banyak mengamalkan minuman teh hijau; seperti negara Jepun.

Satu kajian lain pula di Taiwan, tabiat merokok dan minum air teh hijau dalam kalangan lebih 500 orang responden mendapati mereka yang tidak minum teh hijau mempunyai 5 kali ganda lebih risiko untuk menghidap kanser. Bagi perokok, pula risikonya melebihi 12 kali ganda.

Teh hijau mengandungi antioksidan yang kuat yang boleh membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular, menghalang pembentukan pelbagai jenis kanser dan menyingkirkan cecair berlebihan daripada paru-paru.

Kandungan antioksidan ini juga mempunyai ciri-ciri yang membantu mengurangkan kesan keradangan atau anti-radang. Ia sangat baik untuk melindungi tisu organ paru-paru daripada kesan buruk menghisap rokok.

Mungkin bekas perokok boleh memanfaatkan kelebihan minuam air teh hijau dalam diet pemakanan harian ini untuk tujuan detoksifikasi paru-paru demi kesihatan.

Video 6 makanan semulajadi untuk bersihkan paru-paru perokok

Makanan Untuk Paru-paru Lebih Sihat

6 jenis makanan semulajadi untuk membersihkan paru-paru di atas adalah sebahagian daripada pelbagai sumber makanan yang boleh membantu proses detoksifikasi.

Apa yang lebih penting, tindakan berhenti merokok adalah langkat paling utama. Ia banyak menyumbang kepada keberkesanan langkah-langkah membaikpulih paru-paru dan sistem pernafasan.

Menyokong kepada tindakan ini, pemilihan makanan sihat dalam diet harian turut sama penting. Sumber diet pemakanan kita perlulah kaya dengan sumber vitamin, mineral dan antioksidan.

Ia dapat membantu menguatkan sistem imun tubuh melawan jangkitan penyakit paru-paru dan mengurangkan pelbagai kesan buruk akibat merokok yang lain kepada tubuh.

Oh ya! Jangan lupa, anda perlu minum banyak air kosong. Manfaat dan kelebihan minum banyak air kosong sangat membantu proses detoksifikasi bagi memudahkan penyingkiran toksin keluar daripada tubuh.

Facebook Comments:
6 Makanan Sihat Untuk Bersihkan Paru-paru Perokok

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.