1 2
Bisnes Shaklee

Bisnes Kalis Gawat Terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda nak cari bisnes kalis gawat? Jom baca coretan saya.

Hai. Saya Norhanita. Seorang surirumah sepenuh masa. Seorang isteri. Seorang ibu kepada 4 orang cahayamata yang comel. Bekas penyelidik kepada Sirim Berhad. Bekerja part time dari rumah secara online sejak 2011. Full time bisnes online sejak 2013.

Kenapa saya pilih bisnes sekarang?

Pada saya, selain produk yang bagus, reputasi syarikat dan pelan pemasaran juga kena bagus. Saya mahu bisnes yang bukan sahaja boleh beri pulangan yang bagus tapi juga boleh bertahan lama. Shaklee adalah bisnes kalis gawat.

Saya juga mahu bisnes yang bukan hanya boleh beri manfaat kepada diri saya. Tapi juga boleh beri manfaat pada keluarga dan orang sekeliling saya.

Antara sebab kenapa saya pilih bisnes sekarang sebagai kerjaya saya adalah sebab :

 

#1 : Ia mampu tunaikan impian yang saya tak mampu capai dengan kerja makan gaji

Semua yang di atas adalah impian kami sekeluarga. Saya rasa anda juga ada impian yang sama.

Saya akui dulu kami memang tak punya banyak masa bersama anak-anak. Masa antara satu sama lain juga terhad. Melancong? dekat-dekat boleh lah. Itu pun dengan bajet yang sangat terhad. Hutang memang keliling pinggang. Hutang rumah, kereta, personal loan, kad kredit. You name it. Apa je hutang yang kami takde. Hutang ahlong je yang belum pernah buat. hehe. Dulu hidup hanya fikir diri sendiri. Tak banyak fikir pasal orang lain. My life, my world.

Tapi sejak 2013 sehingga kini, kami mampu dapat kesemua yang di atas. saya huraikan nanti dekat bawah. Jemput baca sampai habis ya. TQ.

 

#2 : Network marketing banyak kelebihan yang ramai orang tak tahu. Antaranya Bisnes Kalis Gawat

bisnes kalis gawat

Network marketing adalah bisnes yang mempunyai potensi tanpa had. Bila berbisnes, kita mempunyai kawalan penuh ke atas masa kita, pendapatan kita. Bisnes yang saya jalankan sekarang ni pendapatan adalah tanpa had setiap bulan. Jika kita komited dalam membina bisnes yang ada, pendapatan kita akan bertambah setiap bulan. Tak mustahil sehingga 6 angka sebulan.

 

#3 : Reputasi Syarikat Yang Cemerlang

bisnes kalis gawat

Shaklee Corporation ditubuhkan pada 1956. Antara syarikat yang tersenarai dalam Tokya Stock Market, bukan calang-calang syarikat yang boleh masuk ke sana. Shaklee murupakan syarikat Network Marketing terawal di dunia. Reputasi Shaklee adalah sangat baik. Atlet-atlet bertaraf dunia, angkasawan NASA, Pengembara-pengembara terkenal dunia, ramai yang memilih Shaklee untuk bantu mereka lebih sihat dan lebih cergas.

Sejak dulu, Shaklee terus bertahan dan bukan sekadar bertahan tetapi semakin berkembang walaupun dalam fasa-fasa yang getir akibat perang mahupun kegawatan ekomoni. Insya Allah. Ia pilihan terbaik jika anda mahukan bisnes kalis gawat yang bertahan lama.

 

#4 : Bisnes dengan risiko sangat rendah

bisnes kalis gawat

Tiada istilah bisnes tanpa modal sebenarnya. Bisnes apa yang tak perlu keluarkan modal. Setuju? Nak berniaga nasi lemak pun perlukan modal.

The best part dengan bisnes Shaklee adalah anda tidak perlu ada modal yang besar untuk bermula. Cuma, jika anda ada modal saya galakkan untuk anda beli produk untuk stok sendiri. Ia memudahkan urusan bisnes anda bilamana anda ada ready stock untuk pelanggan yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

 

#5 : Produk yang dijamin selamat

Masa mula-mula saya kenal shaklee, saya tak sangka rupanya Shaklee ni dah lama berada di pasaran. Tahukah anda bahawa Vitalea Shaklee (gambar kiri sekali) merupakan multivitamin semulajadi tertua di dunia. Dah lebih 100 tahun usianya. Kita belum lahir lagi ia dah wujud.

Baca juga : Adakah Produk Shaklee Selamat?

 

#6 : Pelan Pemasaran Terbaik

bisnes kalis gawat

Saya tidak jumpa lagi setakat ini pelan ganjaran seperti di Shaklee. Shaklee menawarkan pendapatan tanpa had. Ia telah dipatentkan oleh Shaklee jadi bermaksud hanya Shaklee satu-satunya yang boleh menawarkan pendapatan ke tahap infiniti. Ramai di Shaklee menikmati pendapatan sehingga 5 dan 6 angka bersih sebulan.

 

#7 : Pendapatan Sebulan Bersih

bisnes kalis gawat

Jika anda hanya seorang pengguna Shaklee, bonus yang ada perolehi setiap bulan tidaklah banyak. sekitar RM25 sehingga RM 500 sebulan. Namun, jika anda komited membina bisnes Shaklee ini, gambar di atas merupakan peluang pendapatan yang ada bakal perolahi. Pendapatan ini adalah purata minima. Ia boleh menjadi lebih jika anda usaha lebih. Sebagai contoh. Ada dikalangan Leader Shaklee yang hanya berada di tahap Coordinator tetapi pendapatan yang mereka perolehi sehingga RM30,000 sebulan.

bisnes kalis gawat

Baca juga : Pelan Pemasaran Shaklee. Jana Pendapatan Tanpa Had

 

#8 : Bonus Kereta

Shaklee tawarkan Bonus Kereta bagi Leader yang layak. Alangkah bagusnya kan kalau kereta kita setiap bulan di bayar oleh Shaklee. Kelebihan Car Bonus Shaklee ni, Shaklee akan bayar kita dalam bentuk Cash.

Walaupun atas nama Car Bonus, Shaklee tidak meletakkan sebarang syarat untuk kita wajib membeli apa-apa kereta bagi melayakkan kita menerima car bonus ini. Kita boleh gunakan duit tersebut untuk apa sahaja keperluan seperti menyimpan di bank, beli emas, bercuti bersama keluarga dan lain-lain. Shaklee tidak akan bertanya bagaimana kita menggunakan duit tersebut.

Tapi, jika kita ingin menggunakan slip bonus pendapatan Shaklee ini untuk beli kereta, slip bonus Shaklee laku tau di bank. Kami sendiri membuat belian kereta 100% dengan menggunakan slip gaji shaklee ni.

 

#9 : Melancong Taraf 5 Bintang

Selama ini, saya memang pasang impian nak melancong ke luar negara. Tapi biasalah makan gaji, gaji tak besar. Hanya cukup-cukup untuk keperluan bulanan. Setakat bercuti di dalam Malaysia boleh lah. Lama-lama saya kuburkan impian nak bercuti ke luar negara.

Tapi dengan Shaklee, saya berani berimpian semula. Dan Shaklee tunaikan impian kami. Apa yang buat saya gembira, saya dapat hantar ibu saya yang tersayang melancong juga dengan Shaklee. Sebab Shaklee ni, kita bukan setakat boleh pergi dengan suami/isteri. Tapi juga boleh bawa anak-anak, ibu bapa juga jika layak. Saya sendiri pernah bawa anak saya sekali semasa trip Shaklee ke USA dan Sabah. Saya hantar ibu dan adik ke Bangkok. Alhamdulillah.

Memang kita boleh pergi sendiri. Tapi kalau kita pergi sendiri, kita akan kira bajet yang paling minima kan? Dengan Shaklee, segalanya mewah. Anggaran kos trip international Shaklee dalam RM20,000 untuk seorang. Segalanya Shaklee sediakan termasuk tiket kapal terbang, pengangkutan, makan, hotel, duit poket dan pemandu pelancong. Saya ingat lagi ketika melancong ke USA, kami mendapat duit poket cash USD1350. Duit itu lah kami gunakan untuk shopping di sana. haha. memang kami ke sana tak keluarkan duit sendiri.

Baca juga : Shaklee Incentive Trip 2014 – Part 2 -Global Conference, Los Angeles Day 1

 

#10 : Bisnes Yang Boleh Diwarisi

bisnes kalis gawat

 

Kita membina bisnes adalah untuk anak cucu kita. Di Shaklee, apa yang kita bina, kita boleh wariskan kepada anak-anak. Andai kita telah tiada, mereka boleh mengambil alih bisnes Shaklee kita.

 

#11 : Bisnes Yang Fleksibel

Di Shaklee, kita tentukan sendiri berapa pendapatan sebulan yang kita mahu, bila kita mahu bekerja, dimana kita mahu bekerja. Balik kampung mahupun sedang berjalan-jalan bersama keluarga, bisnes tetap boleh berjalan seperti biasa.. Be your own boss. Ia adalah 100% milik sendiri.

Bezanya, kita tidak perlu keluarkan modal yang sangat besar, tidak perlu pening memikirkan bagaimana mahu menghasilkan produk yang berkualiti, tidak perlu pening memikirkan karenah birokrasi kerajaan dan tidak perlu pening memikirkan masalah pekerja. Hanya perlu fokus untuk membuat marketing dan membina bisnes sahaja.

 

#12 : Sokongan dan Latihan

Kami tawarkan sokongan dan latihan bagi anda yang mahu membina bisnes Shaklee bersama-sama kami. Namun perlu diingatkan, anda adalah boss kepada bisnes sendiri. Boss perlulah proaktif dan boleh bergerak tanpa perlu di arah. itu adalah kunci kepada kejayaan di dalam apa jua bidang. Shaklee adalah bisnes kalis gawat tau!

 

 

bisnes kalis gawat

Secara umumnya, ini adalah apa yang kami tawarkan kepada anda. Jika anda ingin menikmati semua perkara yang saya sebutkan di atas, di bawah merupakan tindakan seterusnya yang perlu anda ambil.

bisnes kalis gawat

Hubungi saya untuk saya daftarkan anda. Boleh klik gambar di bawah

daftar keahlian shaklee

 

Mulakan gaya hidup sihat dengan mengambil produk-produk Shaklee. Kita adalah duta Shaklee. Untuk mengenali Shaklee, kita perlu rasa dulu kelebihan produk-produk Shaklee.

Anda boleh lihat, para leader Shaklee bukan sahaja berasa lebih sihat tetapi mereka juga mempunyai kulit yang lebih cantik, emosi yang lebih stabil, bertenaga sepanjang hari.

 

Nak join kami membina bisnes kalis gawat?

Hubungi saya untuk saya daftarkan anda.

Boleh klik gambar di bawah

daftar keahlian shaklee

 

 

Facebook Comments:
Bisnes Kalis Gawat Terbaik

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

2 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

2 months ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

3 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

3 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

3 months ago