1 2
Kesihatan Kanak-kanak

Cara Atasi Anak Sembelit Teruk Dengan Mudah dan Berkesan Tanpa Ubat

Anak saya sejak sebulan ini selalu sembelit teruk. Dia akan berak dalam 3 atau 4 hari sekali sahaja. Rasa kesian yang amat sangat melihat dia meneran. Sampai menangis sekuat-kuat hati, merah-merah muka.

Saya dah cuba 2 hingga 3 kali guna ubat masuk ikut punggung. Ada orang kata tak boleh dan tak elok kalau amalkan selalu. Ada kesan yang tidak baik katanya. Saya bagi pisang pun masih sama. Sayur-sayuran pun saya dah cuba. Tapi hasilnya tetap sama.

Saya dah bawa anak saya pergi ke klinik berjumpa Doktor, tapi doktor tak bagi ubat. Tolong lah sesiapa yang pernah mengalami masalah anak sembelit teruk kongsikan penyelesaiannya jikalau ada…

Saya pasti ramai ibu pernah mengalami masalah anak berak keras seperti di atas. Mesti naik risau kan. Tak senang duduk dibuatnya dan pening fikir macamana nak atasi masalah macam ni.

Saya juga tidak ketinggalan pernah mengalami masalah seperti pada anak kecil saya.

Alhamdulillah berdasarkan pengalaman dan perkongsian ibu-ibu lain yang pernah mengalaminya, saya jumpa jalan penyelesaiannya. Nak tahu!?

Sembelit di kalangan bayi yang masih kecil adalah sangat jarang berlaku terutama kepada mereka yang masih menyusu susu ibu. Bagi bayi yang menyusu susu formula, peluang untuk mereka terkena sembelit adalah lebih tinggi.

Namun begitu, ia bukanlah perkara yang tidak normal kecuali najisnya keras dan berketul-ketul. Bayi juga mungkin akan mengalami masalah sembelit ini apabila mereka sudak mula makan makanan pejal.

Tanda Anak Sembelit Teruk

Terdapat 2 kondisi pergerakan makanan di dalam perut sebelum menjadi hampah atau najis untuk disingkirkan keluar dari tubuh. Jika terlalu cepat makanan masuk ke usus besar, ia akan menyebabkan cirit birit atau diarrhea. Jika terlalu lambat, ia akan menyebabkan masalah sembelit.

Sembelit adalah perkara biasa yang berlaku dalam hidup kita. Cuma, kadang kala ia boleh memberi masalah besar jika tidak diatasi dengan segera. Lebih buruk lagi jika ia berlaku dalam kalangan anak-anak kita.

Tand-tanda anak mengalami sembelit boleh dikenalpasti dengan mudan melalui simptom-simptom berikut:

  • Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan – tanda susah hendak mengeluarkan najis
  • Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar
  • Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari
  • Meragam
  • Sakit pada abdomen
  • Gastrik
  • Abdomen yang keras
  • Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul

Baca Juga >> Vitamin Terbaik Yang Perlu Anak-anak Ambil

Punca Anak Sembelit Teruk

Ada beberapa sebab sebagai punca anak sembelit teruk. Antaranya adalah disebabkan oleh:

  1. Tidak mahu atau berlengah-lengah untuk pergi ke tandas buang air besar. Mungkin disebabkan pengalaman rasa sakit atau takut untuk ke tandas.
  2. Kurang minum air masak menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ia menyebabkan tubuh terpaksa menyerap semula air daripada hampas makanan di usus besar dan akan menjadikan najis yang keras.
  3. Sembelit jarang berlaku kepada bayi yang hanya menyusu badan. Ia biasa terjadi kepada bayi yang minum susu formula atau yang mula belajar makan makanan pejal.

Namun, jika bayi anda yang masih berumur 6 minggu ke bawah mengalami masalah sembelit, segera bawanya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Adakah Anak Sembelit Itu Normal?

Kondisi najis anak (keras atau lembut) bergantung kepada apa yang dimakannya atau apa yang kita beri dia makan.

Ia juga berubah mengikut masa apabila perlahan-lahan diet mereka mula berubah daripada hanya makan susu kepada makanan pejal.

Ia adalah normal apabila sistem penghadaman perut bayi juga mula masuk ke fasa matang seiring dengan perubahan diet pemakanan dan tumbesarannya.

  • Bayi yang diberi minum susu badan sahaja, lebih cenderung mempunyai struktur najis yang lembik dan cair. Najis mereka akan mula menjadi pejal dan akan kurang membuang air besar dari masa ke semasa. Bagi sesetengah bayi mungkin ia lebih dari sehari atau masalah sembelit ringan.
  • Bayi yang diberi minum susu formula cenderung mempunyai najis yang lebih kasar berbanding bayi yang menyusu badan. Ia disebabkan oleh pergerakan makanan di dalam usus yang lebih perlahan.
  • Apabila bayi mula diberi makanan pejal (selepas umur 6 bulan), najis yang dikeluarkan akan lebih kasar dan lebih mengeras.

Perubahan diet, perubahan struktur najis bayi seiring dengan tumbesarannya adalah perkara normal. Asalkan najis tersebut berada dalam julat jenis najis bayi yang sihat.

Tips Atasi Anak Sembelit Teruk

Untuk mengatasi masalah anak sembelit teruk ini, anda bolehlah mencuba tips di bawah :

  1. Beri minum air kosong sebanyak yang mungkin
  2. Tambah beberapa sudu prun yang dipurikan ke dalam makanannya
  3. Menambah sesudu teh bijian bran kedalam bijirin bayi untuk menambah serat
  4. Beri sayur dan buah untuk bekalan serat
  5. Cuba gerakkan kaki bayi ketika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya
  6. Kurangkan makanan penyebab sembelit sperti nasi, pisang atau bijirin
  7. Jika bayi minum susu formula, cuba bertukar kepada jenama lain

Walaupun sembelit pada bayi adalah perkara biasa, namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan serta khidmat nasihat.

Ini bertujuan untuk mendapatkan penelitian awal tahap sembelit anak dan kaitan terhadap penyakit tertentu. Seterusnya, jika sembelit adalah biasa atau normal bagi bayi atau kanak-kanak, barulah boleh mencuba kaedah perubatan atau kaedah alternatif.

Baca Juga >> Tips Atasi Anak Susah Makan dan Kerap Sakit di Taska 

Testimoni Cara Atasi Masalah Anak Sembelit Teruk

Testimoni-anak-sembelit-teruk

testimoni sembelit anak testimoni sembelit anak

Mengapa Perlu Pilih Mealshakes?

Jika anda dah mencuba pelbagai cara tapi tidak memberi sebarang kesan, cuba ambil mealshake shaklee untuk anak anda. Mealshake membantu melembutkan najis penyebab sembelit, melancarkan pembuangan dan meningkatkan sistem penghadaman anak anda.

Mealshakes Atasi Anak Sembelit Teruk

 

 

8 Manfaat Kebaikan Mealshakes

Baca Juga >> 8 Sebab Kenapa Perlu Percaya Shaklee Adalah Selamat

Adakah Mealshake Selamat Untuk Anak Anda

Persoalan yang sering berlegar-legar di fikiran semua ibu bapa, adakah suplemen yang saya mahu berikan kepada anak selamat? ini kerana terdapat lambakan produk di luar sana yang menawarkan pelbagai manfaat kepada anak kita. Walau ia dikatakan berkesan, namun, adakah ia benar-benar selamat?

Shaklee merupakan jenama terunggul di dunia, melebihi 100 tahun di pasaran. Produk yang tidak berkualiti tidak mampu untuk  bertahan selama itu. Jaminan Shaklee, Semua produk Shaklee “Safe, Proven, Effective”

Shaklee satu-satunya syarikat di dunia yang mempunyai Kajian Landmark Study (KLIK). Kajian ini dijalankan oleh pihak ketiga. Segala hasil kajian samada yang baik atau yan buruk akan dipaparkan kepada umum. Maka, tiada syarikat yang berani untuk membenarkan kajian ini dilakukan, selain dari Shaklee.

Beli Dari Yang Pakar Bukan Dari Sesiapa Sahaja

Pengambilan suplemen perlukan bimbingan. Harga yang anda bayar termasuk konsultasi berterusan. Pengalaman saya melebihi 5 tahun di dalam bidang nutrisi dan pemakanan tambahan ini, insya Allah mencukupi untuk saya berikan servis terbaik buat pelanggan saya.

Saya juga merupakan salah seorang Shaklee Certified Product Consultant. Niat saya di dalam Shaklee ini adalah untuk membantu anda dan keluarga anda mendapat kesihatan yang lebih baik dan membantu anda dan keluarga anda menyelesaikan masalah kesihatan anda.

Saya menyediakan konsultasi berterusan termasuk panduan pengambilan suplemen khas untuk pembeli yang membeli dengan saya sahaja. Selama lebih 5 tahun dengan Shaklee ini, saya sudah membantu beratus-ratus orang diluar sana berkaitan masalah anak sembelit teruk.

Alhamdulillah. Saya biasa menguruskan penghantaran melalui courier di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malahan saya juga biasa membuat penghantaran ke luar negara.

Jadilah pengguna yang bijak.

Mealshake Untuk Sembelit Anak

Harga pasaran mealshake adalah RM120 untuk satu tong atau satu kanister. Kandungannya adalah seberat 544g untuk kegunaan dalam tempoh 1 hingga ke 2 bulan.

Nota : Mealshake adalah untuk anak berusia melebihi 1 tahun ke atas

Hubungi Untuk Order

Hubungi saya segera untuk mendapatkan mealshake untuk anak anda. Inshaa Allah saya akan bantu anda sebaik mungkin.

Cash On Delivery untuk Kulim/Kulim Hi-Tech Park, Kedah. Kami juga membuat penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia dan ke Luar Negara.

– ORDER TERUS MELALUI E-SELL –

Order-Now

– ATAU HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Cara Atasi Anak Sembelit Teruk Dengan Mudah dan Berkesan Tanpa Ubat

View Comments

  • memang tak bet bila kena sembelit ni..rasa geram aje bila kena. haha..

    • Kita yang dewasa pun teruk saat sembelit. kanak-kanak lagi la kan..

  • ada satu kes anak akka masuk sepital gara2 tak buang air besar.. tapi sebelum tu ok takdeer masalah sembelit ker apa..

    • Emm tak pernah dengar lagi kes macam tu..Apa hasil penelitian doktor pada anak akak?

  • Sembelit ni kalau teruk sangat, pakai enema pun tak jadi.

    • Yupp betul. Kesian baby kecil nak kena sumbat ubat bontot. At least jadi pengalaman buat kita bila masalah sembelit terjadi lagi, dah tau option yang terbaik..

  • Bukankah pisang justru memudahkan buang ari besar?

    • Terima kasih Mas Wildan kerana bertanya. Pisang boleh memburukkan lagi masalah sembelit jika;
      1. Kekerapan memakan pisang tanpa meminum air yang mencukupi
      2. Mengambil jenis pisang yang tidak sesuai untuk dimakan secara terus
      3. Memakan pisang yang belum cukup masak ranum (masih kehijauan)

      In Shaa Allah akan diterangkan lebih jelas dalam artikel akan datang. Jika ada point boleh sertakan juga ya

    • Taklah. Sebaliknya, pisang adalah makanan yg diberi kepada baby/budak kecik yg cirit birit! Salah satu dari BRAT food. Cuba google. Betapa tersilap besarnya kita. Pisang adalah untuk mengentalkan najis, bukan melembikkan. Klu sembelit, lagi parah klu mkn pisang

  • Thanks very interesting blog!

    • Welcome & Thank You Sir

  • wah, bagus tips2 ni..terimakasih share yea..

    • Terima kasih singgah ke sini ya..

  • Assalammualaikum puan,

    Anak saya berumur 4 tahun. dari umur 2 tahun telah mengalami sembelit. Saya telah bertukar banyak jenama susu untuk memudahkan anak saya boleh membuang. Tapi sehingga sekarang, masalah saya masih belum selesai. Saya memohon jasa baik daripada pihak puan untuk membantu saya. Untuk makluman puan, setiap minggu anak saya akan diberikan ubat cucuk punggung untuk membolehkan dia membuang. Saya sudah buntu nak buat apa lagi... mohon bantulah saya.

    Terima kasih.

    • Waalaikumsalam Puan Maz,

      Inshaa Allah saya akan bantu puan sebaiknya. Kasihan anak yang dah lama alami sembelit.

      Sila hubungi saya segera di 019 477 1733.

      Saya akan berikan sesi konsultasi dan cadangan produk yang sesuai khusus untuk masalah anak puan. Kita cuba ikhtiarkan jalan penyelesaian sebaik mungkin.

  • assalam puan..ank sy umo setahun 5bln..mmg dri die baby da start sembelit..sy baru nk start bg mealshake ni...boleh puan advise sy cara pengambilan utk ank sy?

    • Salam Puan Kikin, untuk cadangan pengambilan bagi anak puan boleh hubungi saya di 019 477 1733. Terima Kasih

  • Anak saya dah 5 hari tidak buang air besar.bila cuba teran tak bole keluar.siap menangis lagi.saya dah cuba tukar susu tapi keadaannya sama.anak saya berusia 2 tahun.jumpa doctor pun sama.nasihat cuba bagi makan sayuran.tapi anak saya tak mahu makan.apa yang perlu saya buat lagi

    • Salam Tuan Zulkifli,

      5 hari tidak membuang air besar dikira sangat kritikal bagi kanak-kanak seawal usia 2 tahun. Dikhuatiri akan mengalami jangkitan dalam kolon dan mungkin tubuh dipenuhi toksin yang tidak terbuang secara harfiah.

      Bawa anak untuk pemeriksaan segera dan tindakan lanjut perubatan doktor amat penting dalam situasi sebegini.

      Suplemen hanya untuk membantu mengurangkan masalah mengikut fungsi dan manfaat nutrisinya sahaja. Jika tuan berminat, saya sarankan Mealshake untuk anak tuan. In shaa Allah anak tuan tiada masalah untuk menerimanya kerana sudah biasa dengan susu formula.

      Hubungi saya dengan kadar segera untuk konsultasi lanjut & pembelian. Saya Norhanita 019 477 1733.

      Terima kasih.

  • Assalam Puan. Anak saya berumur 1 tahun 9 bulan. Akhir2 ni dia mengalami sembelit. Minggu lepas Doktor bagi ubat masuk bontot. Anak saya terus berak tapi najisnya keras dan berdarah. Dan doktor suruh tukar susu yg dibeli di klinik dia. Susu Novalac IT. Esoknya ank saya berak cair. Selepas hari tu sampai sekarang anak saya tak berak. Saya risau. Saya dh pantau mknan dia. Pastikan dia mkn sayur dan buah. Minum air secukupnya seperti saranan doktor tempoh hari. Bagi mkn bubur ikan bilis dan sayur shj dgn harapan dia akan berak dan tak sembelit. Tapi keadaan masih sama. Huhu. Bantu saya puan. Terima kasih.

    • Waalaikumsalam Puan Alisha. Kesian baby, diharap puan tabah dan bersabar. Susu tu memang dah baik untuk sembelit bayi.

      Kanak-kanak atau bayi sepatutnya berak tidak kurang daripada 3 kali seminggu. Jika bayi tidak menunjukkan tanda-tanda kegelisahan, meragam, perut kembung, muntah, kerap menangis & sakit di bahagian abdomen; mungkin ia masalah yang tidak serius. Namun jika sebaliknya, dinasihatkan puan rujuk semula kepada doktor berkenaan untuk dapatkan pemeriksan dan pemantauan lanjut.

      Jika puan inginkan bantuan Mealshake untuk bekalan nutrisi lengkap pertumbuhan kanak-kanak, anak hilang selera makan serta mencegah sembelit boleh hubungi saya di 019 477 1733. Terima kasih.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago