1 2
Ibu Mengandung

Cara Atasi Kejang Kaki Semasa Hamil

Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi Dr Wan Masliza Wan Daud, kejang kaki semasa hamil adalah masalah biasa ketika hamil. Terdapat beberapa punca yang telah dikenalpasti terjadinya kejang kaki ketika mengandung.

  1. Ia berlaku disebabkan oleh asid  yang terkumpul dalam serat otot. Biasanya kejang kaki berlaku di waktu malam terutama semasa sedang tidur dan cuaca sejuk. Namun ada juga ibu yang mengalaminya ketika sedang memandu kereta, memakai seluar, naik dan turun tangga dan ketika cuba menukar posisi tidur.
  2. Rahim yang semakin membesar akan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki. Ini menyebabkan kaki menjadi kejang.
  3. Kurang nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah. Semasa dalam kandungan, bayi akan mengambil apa yang ia perlu dari simpanan badan ibu terutama semasa trimester kedua dan ketiga.

Cara Atasi Kejang Kaki

  • Salah satu punca terjadinya krem kaki semasa hamil adalah kerana kurang nutrisi. Oleh itu ibu hamil digalakkan mengambil makanan tambahan secukupnya terutama magnesium dan kalsium. Selain itu, dapatkan zat besi, folik asid, vitamin B Complex dan vitamin C. Kesemua nutrisi ini penting untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian ibu. Patuhi jadual pengambilan suplemen ini setiap hari untuk memastikan bayi yang dikandung sihat.
  • Kerapkan berjalan secara perlahan bagi melancarkan aliran darah. Lakukan senaman regangan kaki dengan berdiri 1 meter dari dinding. Unjurkan kaki ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur. Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari adalah penting bagi memastikan aliran darah lancar. Kekurangan air akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat kejang kaki terutama bahagian betis.
  • Ketika tidur, tinggikan hujung kaki. Gunakan bantal yang diletakkan di bawah kaki. Ini juga menjadikan tubuh lebih selesa.

Bukan Kejang Biasa

Dr Wan Masliza berkata, walaupun kejang kaki dianggap normal namun ia mendatangkan bahaya sekiranya kesakitan dirasai berlarutan. Jika keadaan sakit berterusan dan terdapat bengkakan pada kaki, keadaan ini tidak dianggap sebagai kejang biasa sebaliknya boleh dikaitkan dengan trombosis vena dalam (DVT).

“DVT berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki. Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan rawatan awal sekiranya kekejangan atau sakit pada betis masih berterusan dan semakin teruk,” katanya.

Bagi ibu hamil darah mudah membeku oleh itu Dr Wan Masliza menasihatkan wanita supaya banyakkan bergerak sama ada ketika hamil atau selepas melahirkan anak (dalam pantang).

“Terutama bagi yang melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan mereka harus cuba berjalan sebaik tiub salur kencing ditanggalkan. Elakkan berbaring terlalu lama kerana ia akan menyebabkan DVT terjadi.

“Selain itu obesiti, tekanan darah tinggi dan diabetes turut menyumbang kepada masalah DVT. Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yang berterusan dan kerap berlaku, atau ditandai bengkak dan sakit, seeloknya dapatkan nasihat doktor.

“Ini kerana kemungkinan anda menghidapi DVT atau darah beku yang menghalang pengaliran darah. Rawatan segera dengan suntikan ubat cair darah mampu mengelak daripada menjadi lebih kronik,” katanya.

Kredit : Metro

Ostenutrix Bagus Untuk Kejang Kaki Semasa Hamil

1 biji Ostematrix mengandungi 250 mg Kalsium dan 100 mg Magnesium. Pengambilan 4 biji sehari dapat memenuhi keperluan nutrisi untuk ibu hamil. Kalsium dan magnesium memang terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kejang kaki ketika mengandung. Beribu ibu telah mengambilnya dan mereka telah mendapat kesan positif. Anda bila lagi?

 

 

Sumber : National Institute Of Health, Office of Dietary Supplements

Perbezaan ostematrix (sekarang dikenali sebagai Ostenutrix) Shaklee berbanding makanan tambahan kalsium lain

Ostematrix dirumus khas dengan matriks 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, tembaga, mangan dan boron untuk membantu membina kepadatan tulang. Setiap tabletnya bersaiz kecil, & mudah untuk ditelan.
Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix® menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, diukur dalam tempoh 12-jam. Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

2022 Shaklee tampilkan Ostenutrix bagi menggantikan Ostematrix!

 

Ia adalah suplemen yang sama dengan Ostematrix cuma ia lebih baik dengan formula yang dipertingkatkan. Kadar penyerapan juga lebih baik. Alhamdulillah. Syukur.

Testimoni

Order

Dapatkan Ostenutrix bagi membantu mengatasi masalah krem kaki anda.

Pastikan anda dapatkan Ostenutrix di atas daripada kami di yourfabulousmama.net. Pengalaman kami dengan shaklee sejak 2011 insya Allah menjadikan kami mempunyai pengalaman yang luas untuk membantu anda mendapatkan kesan yang optimum. Sayang duit kalau beli mahal-mahal tapi tak tahu cara pengambilan yang betul dan anda tidak mendapat kesan yang sepatutnya.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

daftar ahli shaklee

Facebook Comments:
Cara Atasi Kejang Kaki Semasa Hamil

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

5 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago