Secara aturan semulajadinya, proses pengeluaran susu ibu akan bermula sebaik sahaja kehamilan masuk ke fasa pertengahan.
Susu pertama atau disebut juga sebagai kolostrum ini mula terhasil apabila usia kandungan masuk minggu ke 16 hingga 22 (trimester kedua).
Kolostrum dalam bentuk susu pekat berwarna kekuningan ini sangat kaya dengan nutrien dan antibodi untuk menyokong tumbesaran bayi dan melindunginya daripada serangan penyakit selepas proses kelahiran.
Selepas itu (hari ke-2 hingga ke-5), susu kolostrum kemudian akan bertukar menjadi susu matang yang lebih cair, mudah mengalir keluar dan kuantitinya akan bertambah semakin banyak.
Setiap ibu menyusu telah diprogramkan supaya dapat menghasilkan sendiri susu ibu selepas proses kelahiran bayi.
Dan setiap ibu menyusu juga mempunyai pengeluaran susu ibu yang mencukupi untuk keperluan bayi mereka.
Lalu apa masalahnya?
Ya, kebanyakan ibu menyusu mampu untuk menghasilkan susu ibu dan cukup untuk bayi mereka pada permulaannya.
Selepas daripada itu, kebanyakkan ibu menyusu terpaksa menghadapi masalah kekurangan susu badan seiring dengan perkembangan tumbesaran bayi yang sangat aktif dan keperluan susu mereka yang semakin kerap meningkat.
Ya, ibu menyusu dikira normal mengalami masalah susu badan kurang jika disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
Susu ibu mudah dan cepat dihadam oleh perut bayi (antara 1.5 hingga 2 jam). Jadi, bayi perlukan penyusuan yang lebih kerap walaupun dalam kuantiti yang sedikit pada permulaannya.
Tidak hairanlah jika bayi anda menangis setiap 2 jam sekali untuk meminta susu. Kekerapan menyusu ini mungkin akan menyebabkan ibu merasa susu badan semakin berkurangan.
Disamping itu, keperluan bayi menyusu dengan kerap juga adalah salah satu cara supaya bayi dapat rapat dalam pelukan ibunya. Manja bukan?
Keperluan susu bagi bayi yang sedikit pada awalnya akan semakin meningkat terutamanya apabila melalui fasa tumbesaran pantas (Growth Spurt).
Dalam tempoh ini, bayi perlukan susu ibu dengan lebih kerap atau masa penyusuan yang lebih panjang. Keinginan bayi untuk menyusu juga kelihatan agak mendesak dalam tempoh ini.
Dan kuantiti susu yang diperlukan juga akan mengingkat dari masa ke semasa. Jadi normal jika ibu rasa susu badan semakin berkurangan disebabkan oleh faktor ini.
Payudara menjalankan proses pengeluaran susu ibu bersesuaian dengan keperluan si bayi.
Situasi ini mungkin menyebabkan payudara mungkin terasa tidak berisi sepenuhnya (berlaku antara minggu ke-3 hingga ke-12 selepas kelahiran).
Faktor ini adalah normal selagi bayi terus menyusu dan jangan risau tentang kuantiti susu yang tidak cukup. Payudara akan mengeluarkannya selagi ada “Demand & Supply”.
Apa tanda bayi kita cukup menyusu? Sebulan selepas kelahiran, bayi sepatutnya dapat melihat perkembangan berikut:
Ada beberapa punca mengapa ibu menyusu mengalami masalah susu badan yang semakin berkurangan dan tidak dapat menampung keperluan penyusuan bayi mereka.
Antara punca-punca tersebut ialah:
Jika ibu menyusu mengalami punca masalah yang normal kurang susu badan atau faktor lain yang tertentu, ia masih boleh diatasi dengan mencuba tips cara banyakkan susu ibu berikut:
Selepas proses kelahiran selesai dengan sempurna, segera dapatkan bayi.
Pelukan dan sentuhan badan antara bayi dan ibu akan perlahan-lahan menimbulkan keinginan si bayi untuk menyusu secara semulajadi.
Jangan ambil masa yang lama untuk mulakan penyusuan bagi mengelakkan masalah kekurangan susu ibu.
Bagi minggu-minggu awal selepas kelahiran, susukan bayi 8 hingga 12 kali sehari selang 2 atau 3 jam sekali. Aktif menyusu dapat membantu kelancaran pengeluaran susu ibu dari masa ke semasa.
Sentiasa periksa cara pelekapan bayi dengan payudara ibu menyusu. Bantu bayi dan betulkan posisinya sebaik mungkin.
Ia penting untuk bayi mendapatkan penyusuan yang sempurna dan mengelakkannya mengalami masalah tersedak susu.
Jangan terlalu kerap menyusui bayi melalui sebelah payudara sahaja. Selang-seli beri bayi menyusu pada kedua-dua belah payu dara supaya boleh merangsang proses penghasilan susu secara optimum dan berterusan.
Penyusuan yang kurang atau tertumpu pada sebelah payudara sahaja akan menyebabkan pengeluaran susu menjadi tidak aktif dan produktivitinya akan menurun.
Alternatif penggunaan pam susu boleh membantu elakkan masalah ini. Lebih baik lagi, amalkan teknik power pumping bagi merangsang pengeluaran susu ibu dengan konsisten
Bagi ibu bekerja ia adalah masalah besar jika ingin menyusukan bayinya secara terus setiap masa. Atasinya dengan proses pengepaman sama ada secara automatik (pam elektrik) atau manual.
Jika tidak, sistem pengeluaran susu akan terganggu akibat signal penyusuan yang berkurangan.
Persediaan susu EBM amat membantu bagi ibu bekerjaya kerana dapat membantu perggantungan dengan susu formula dan pemberian nutrisi suus ibu yang lebih baik tanpa bandingan kepada si bayi.
Seboleh-bolehnya elakkan pengunaan atau pacifier atau lebih dikenali sebagai puting tiruan, puting kosong atau puting getah untuk bayi.
Atau jika tidak boleh dielakkan akibat faktor-faktor tertentu, jangan berinya terlalu awal. Pastikan bayi biasa belajar dan mesra dengan rutin awal penyusuan badan secara terus yang sangat penting.
Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan pengurangan pengeluaran susu ibu.
Ibu menyusu boleh dapatkan nasihat pakar perubatan bagi merujuk masalah ini sebelum pengambilan sebarang jenis preskripsi ubat.
Tiada sebab untuk ibu menyusu perlu merokok dan meminum alkohol. Kedua-dua tabiat buruk ini biasanya tidak diamalkan oleh wanita di Malaysia.
Jika ada, berhenti lebih baik kerana ia boleh mengganggu pengeluaran susu ibu dan memberi kesan buruk yang pelbagai.
Ada banyak tips dan petua banyakkan susu badan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu bagi ibu menyusu.
Lebih mudah lagi, boleh amalkan nutrisi suplemen untuk tambah susu ibu sebagai milkbooster.
Cuma pastikan ia benar-benar bagus, selamat dan berkesan tanpa sebarang kesan sampingan yang boleh memudaratkan si ibu dan bayi di masa akan datang.
Ingin cuba cara banyakkan susu badan dengan kaedah suplemen yang selamat, berkesan dan semulajadi? Jangan lupa hubungi kami untuk dapatkan info lanjut beserta konsultasi eksklusif dalam setiap pembelian.
Hubungi Segera:
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
Klik Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Susu ibu memang lebih baik berbanding dengan susu lain termasuk susu formula. Susu ibu yang kita perlu berikan kepada anak2 kita selalu. Adalah baik jika boleh terus bagi susu ibu kepada anak sampai mereka berumur 4 tahun.
Salam Puan Leena. Sungguh benar bagai dikata. Jika kebaikan di masa akan datang itu boleh dilihat terus di hadapan mata, nescaya ramai ibu yang bersungguh-sungguh ingin menyusu badan untuk bayi mereka.
Namun "cara mudah" (susu formula) lebih mudah & cepat datang kepada ibu menyusu terutamanya generasi baru hari ini yang tidak mengerti apa-apa. Justeru, kita kena bantu mereka untuk dapatkan kebaikan demi bayi mereka di masa akan datang. Sebarkan demi kebaikan.