Perjalanan penyusuan bayi dengan susu ibu tidak selalunya lancar. Kadang kala kita juga akan mengalami masalah susu merudum. Kita rasa dah berusaha pada tahap yang terbaik untuk mengekalkan produktiviti susu badan kita, tetapi tetap juga berlaku masalah kekurangan susu.

Untuk menjayakan penyusuan bayi dengan susu ibu sepenuhnya dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan pertama, sememangnya menuntut  kesabaran yang tinggi. Ibu perlukan motivasi, semangat, usaha dan doa yang tidak putus-putus dalam misi ini.

Kemudian dilanjutkan lagi untuk tempoh 2 tahun sebelum bercerai susu sebagai tempoh penyusuan terbaik si bayi. Sepanjang durasi ini, menghadapi  masalah susu ibu kurang adalah perkara biasa.

Apakah punca masalah susu ibu semakin kurang? Kita perlu mengenalpasti puncanya untuk mendapatkan penyelesaian. Kalau anda buntu untuk mengenalpasti apa puncanya, mari kita bantu dengan senarai cheklist ini mengapa susu ibu kurang ini.

Checklist Mengapa Susu Ibu Kurang

Cuba semak senarai item berikut. Mungkin salah satunya adalah punca mengapa susu ibu semakin mengurang:

#1 – Pam kurang berfungsi dengan baik

Pastikan pam dapat berfungsi dan berkeadaan baik. Terutamanya bagi bahagian injap dan motor kerana ia berfungsi memberi daya hisapan yang baik. Jika kelancaran daya hisapan ini terganggu, ia akan memberi kesan kepada produktiviti dan keselesaan sesi mengepam.

Selenggara pam mengikut cara yang diberikan di dalam manual dan simpan di tempat yang elok apabila tidak digunakan. Jika pam mengalami masalah, bawa ia kepada dealer anda untuk pembaikpulihan.

#2 – Rutin mengepam tidak konsisten

Penghasilan susu ibu berkadar terus dengan pengeluarannya. Objektifnya mudah: Lebih cepat payudara kosong, lebih mudah untuk merangsang produktiviti untuk penuh kembali. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil kembali. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung.

Dan sebaiknya pam sehingga payudara kosong. Ikut kembali jadual mengepam dan pastikan anda mengepam secara konsisten setiap 2-3 jam sekali.

#3 – Bayi kurang menyusu atau sudah mula makan makanan pejal

Jika ya, mungkin ia akan menyebabkan konsep supply & demand (pengeluaran & permintaan)  akan berkurangan. Mungkin ia ditandakan dengan kekerapan menyusu yang masih sama cuma kuantiti susu yang dihisap semakin kurang.

Baca Juga :  Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula Yang Ramai Ibu Terlepas Pandang

Fasa bayi semakin membesar dan explore benda yang baru adalah perkara biasa, cuma kita perlu bijak menghadapi situasi ini. Ingat kembali objektif penyusuan kita.

#4 – Anda sedang mengambil pil perancang

Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh menyebabkan pengurangan bekalan susu ibu. Dapatkan pandangan atau nasihat doktor anda berkenaan kaedah perancang keluarga lain yang tidak mengganggu penyusuan susu ibu.

#5 – Anda sedang didatangi period / haid

Perubahan hormon akan mempengaruhi produktiviti susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum sampai waktu period.

Pastikan anda mendapat sumber kalsium yang cukup kerana ia mampu membantu atasi  masalah susu merudum ketika datang haid . Jika hasilnya kurang memuaskan, boleh amalkan teknik power pumping.

#6 – Anda mengandung lagi!?

Tahniah! Jika anda hamil sekali lagi. Bermakna anda sangat produktif. Ya, mungkin perkara ini akan mempengaruhi bekalan susu ibu kerana hormon yang menyebabkan susu ibu berkurangan juga digunakan untuk menyokong perkembangan kehamilan baru.

Jangan risau, teruskan jaga pemakanan, banyak minum air dan ambil bantuan suplemen.

#7 – Anda sedang dalam mode on diet

Faktor pemakanan ibu meyusu sangat mempengaruhi susu ibu. Diet boleh diamalkan semasa menyusui bayi untuk mengembalikan keremajaan tubuh ibu. Cuma jangan keterlaluan dan perlu bijak dalam pemakanan untuk susu ibu juga.

Contohnya, jangan abaikan pengambilan protein kerana ia sangat membantu pengeluaran susu ibu. Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, tetap kena minum banyak air kosong.

#8 – Anda mengalami stress atau tidak mendapat rehat yang cukup

Stress boleh mempengaruhi “let down reflect” dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relaks dan tenang.

#9 – Anda sedang mengalami masalah kesihatan atau sakit

Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga berupaya memberi kesan kepada pengeluaran susu seperti  pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

Baca Juga :  Cara Menyimpan Susu Perahan Ibu Supaya Selamat Diminum Oleh Bayi

Beritahu keadaan anda yang sedang menyusui bayi dan dapatkan preskripsi terbaik dengan nasihat daripada doktor. Kesihatan diri anda lebih penting.

Cara Banyakkan Susu Ibu

Senarai di atas adalah antara punca-punca susu ibu kurang. Jadi, macam mana nak naikkan pengeluaran susu kembali? Cuba amalkan tips menambah susu badan berikut:

  • Pastikan pengambilan air kosong cukup 3 liter sehari
  • Menyusu secara direct dengan lebih kerap
  • Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
  • Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
  • Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
  • Buat urutan payudara dan breast compression.
  • Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya. Ambil suplemen jika perlu. Set Penyusuan Shaklee telah membantu puluhan ribu ibu di Malaysia.
  • Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik. Pastikan emosi terkawal dan elakkan stress. Stress dan badan yang letih akan menjejaskan penghasilan susu ibu.

Cuba amalkan tips-tips di atas tau. sesungguhnya..sangat besar pahala seorang ibu yang berkorban dan berusaha melengkapkan tempoh penyusuan anaknya secara eksklusif.

Sharing is caring 🙂

Norhanita
Rakan Nutrisi Penyusuan Susu Ibu

Facebook Comments:
Cara Banyakkan Susu Ibu: Checklist Ini Bantu Atasi Masalah Mengapa Susu Ibu Semakin Berkurang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.