Orang-orang tua selalu menyuruh kita supaya membedung bayi yang baru lahir.
Ujar meraka supaya nanti anak kita tak jadi pengkar atau berjalan kengkang apabila meningkat usia. Adakah ia benar atau ia sekadar petua orang lama?
Bedung bayi memang telah menjadi amalan sejak turun temurun. Tujuan sebenarnya lebih kepada untuk memberi keselesaan tidur dan menjaga kesihatan serta keselamatan bayi itu sendiri.
Tahukah anda teknik atau cara bedung bayi yang betul? Jika anda tidak berpeluang belajar melalui orang lama, boleh ambil info di sini. Semoga bermanfaat.
Mengapakah Kita Melakukan Bedung Kepada Bayi?
Semasa di dalam rahim ibu, bayi sentiasa berasa selesa dan selamat. Mereka sentiasa rasa seperti dipeluk. Apabila mereka lahir, berlaku perubahan suasana sekeliling.
Oleh itu, bedung bayi adalah bertujuan untuk :
- Mengekalkan suhu badan bayi
- Mengelakkan bayi berasa terkejut dengan bunyi sekeliling
- Mengelakkan bayi daripada lemas akibat tertarik selimut ke muka. Ia adalah salah satu punca kematian bayi secara mengejut iaitu Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS)
- Bayi dapat tidur dengan lena dan lebih lama
- Ibu lebih mudah menyusu bayi kerana mereka berada dalam keadaan statik
- Lebih mudah untuk menenangkan bayi jika menangis.
Baca Juga >> Awas! 7 Masalah Kulit Pada Bayi Yang Biasa Berlaku
Cara bedung bayi yang betul
Bedung bayi perlu dilakukan dengan cara yang betul. Jika bedungan terlalu rapat di bahagian pinggul dan peha, ia boleh mempengaruhi pembentukan pada pangkal peha.
Untuk pemahaman lebih lanjut, anda juga boleh lihat video di bawah (sumber Pa & Ma) untuk cara bedung bayi yang betul.
Kebiasaannya, kita akan membedung bayi sehingga mereka berusia 3-4 bulan. Ketika berusia 4 bulan ke atas, bayi biasanya sudah mula mahu meneroka alam sekeliling mereka.
Bedungan yang terlalu lama boleh menyebabkan proses pembelajaran tersekat. Namun begitu, ada juga yang dibedung sehingga berusia 7-8 bulan terutamanya ketika mereka tidur.
Apa-apa pun, ia bergantung kepada keadaan bayi. Perkembangan setiap bayi tidak sama.
Baca Juga >> Kenapa Perlu Susukan Bayi Segera Selepas Lahir Dengan Tips Ini
Selamat membedung bayi anda.