1 2

Cara Bedung Bayi Yang Betul Untuk Keselamatan & Kesihatan Bayi

Orang-orang  tua selalu menyuruh kita supaya membedung bayi yang baru lahir.

Ujar meraka supaya nanti anak kita tak jadi pengkar atau berjalan kengkang apabila meningkat usia. Adakah ia benar atau ia sekadar petua orang lama?

Bedung bayi memang telah menjadi amalan sejak turun temurun. Tujuan sebenarnya lebih kepada untuk memberi keselesaan tidur dan menjaga kesihatan serta keselamatan bayi itu sendiri.

Tahukah anda teknik atau  cara bedung bayi yang betul? Jika anda tidak berpeluang belajar melalui orang lama, boleh ambil info di sini. Semoga bermanfaat.

cara-bedung-bayi-yang-betul

Mengapakah Kita Melakukan Bedung Kepada Bayi?

Semasa di dalam rahim ibu, bayi sentiasa berasa selesa dan selamat. Mereka sentiasa rasa seperti dipeluk. Apabila mereka lahir, berlaku perubahan suasana sekeliling.

Oleh itu, bedung bayi adalah bertujuan untuk :

  • Mengekalkan suhu badan bayi
  • Mengelakkan bayi berasa terkejut dengan bunyi sekeliling
  • Mengelakkan bayi daripada lemas akibat tertarik selimut ke muka. Ia adalah salah satu punca kematian bayi secara mengejut iaitu Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS)
  • Bayi dapat tidur dengan lena dan lebih lama
  • Ibu lebih mudah menyusu bayi kerana mereka berada dalam keadaan statik
  • Lebih mudah untuk menenangkan bayi jika menangis.

Baca Juga >> Awas! 7 Masalah Kulit Pada Bayi Yang Biasa Berlaku

Cara bedung bayi yang betul

Bedung bayi perlu dilakukan dengan cara yang betul. Jika bedungan terlalu rapat di bahagian pinggul dan peha, ia boleh mempengaruhi pembentukan pada pangkal peha.

cara bedung bayi yang betul

Untuk pemahaman lebih lanjut, anda juga boleh lihat video di bawah (sumber Pa & Ma) untuk cara bedung bayi yang betul.

Kebiasaannya, kita akan membedung bayi sehingga mereka berusia 3-4 bulan. Ketika berusia 4 bulan ke atas, bayi biasanya sudah mula mahu meneroka alam sekeliling mereka.

Bedungan yang terlalu lama boleh menyebabkan proses pembelajaran tersekat. Namun begitu, ada juga yang dibedung sehingga berusia 7-8 bulan terutamanya ketika mereka tidur.

Apa-apa pun, ia bergantung kepada keadaan bayi. Perkembangan setiap bayi tidak sama.

Baca Juga >> Kenapa Perlu Susukan Bayi Segera Selepas Lahir Dengan Tips Ini

Selamat membedung bayi anda.

Facebook Comments:
Cara Bedung Bayi Yang Betul Untuk Keselamatan & Kesihatan Bayi

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

3 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

3 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

3 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

6 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

6 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

6 months ago