Nak tahu satu aktiviti menarik dengan anak-anak tak? Kalau pernah jadi orang kampung, suatu masa dulu, masa takde bekalan elektrik mesti kita pernah main bayang-bayang kat dinding rumah kan? Guna lampu minyak tanah je. Nostalgia kan.

Tapi, benda-benda nostalgia ni banyak yang dah dilupakan. Sekarang dah agak moden sikit. Banyak idea baru dikongsikan untuk hiburan santai bersama anak-anak.

Ok, taktiknya hanya perlu guna telefon pintar (android atau sebagainya) dan sedikit kepingan plastik lutsinar. Haa…Nak tahu apa yang kita nak buat dengannya? Teruskan baca artikel ni.

cara buat hologram sendiri

Ok, sebenarnya saya nak kongsikan cara buat hologram 3D. Sangat menarik dan mesti bakal buat anak-anak kita ternganga bila tengok hasilnya yang amazing nanti. Motifnya ialah kita perlu tukarkan gambar atau video 2D menjadi 3D.

Caranya boleh rujuk video step-by-step di bawah. Kita tengok dulu macamana diorang (founder) buat, lepas tu saya share cara saya buat pulak.

Cara Buat Hologram 3D Cara Saya

#1 – Potong plastik bentuk trapezoid

Hmm..saya rasa susah sikit nak potong CD case tu. So, apa saya buat ialah tukarkan dengan alternatif kepingan plastik lutsinar yang agak keras. Lebih mudah nak gunting ikut bentuk trapezoid macam kat bawah ni. Gunting kepada empat keping saiz yang sama ya.

cara membuat hologram sendiri

 

#2 – Cantumkan kepingan plastik

Dah potong kepingan plastik, cantumkan dua sisinya antara satu sama lain. Boleh gunakan pita pelekat yang lutsinar juga. Maka, terhasilnya bentuk corong segi empat. Dah siap setakat ini, tinggal aplikasikanya pada telefon pintar.

 

cara membuat hologram sendiri 4

#3 – Aplikasi Hologram 3D

Sekarang, browse ke YouTube.com dan search video Hologram 4 Faces. Kemudian letakkan corong segiempat yang kita bina tadi pada tengah-tengah skrin video youtube. Set kepada full skrin, tekan play dan lihat hasilnya. Anak-anak mesti teruja. Ohh ya, untuk lebih jelas, tutupan lampu atau buat di kawasan lebih gelap supaya paparan hologram 3D lebih menonjol.

Opps..untuk saya, hasilnya lebih kurang macam kat bawah ni. Maaf ye hasilnya tak berapa cantik. Anda punya macam mana? Mesti lebih cantik kan.

Baca Juga :  Adakah Produk Shaklee Selamat?

Ok, selamat mencuba. Semoga bermanfaat untuk semua.

Facebook Comments:
Cara Buat Hologram 3D Guna Telefon Pintar Untuk Hiburan Anak-anak

2 thoughts on “Cara Buat Hologram 3D Guna Telefon Pintar Untuk Hiburan Anak-anak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.