Alkisahnya…

“Kipas siling pusing dah tak laju pasal banyak habuk melekat”

“Kipas siling pusing, tapi dah tak berapa nak sejuk”

“Ulat habuk berguguran macam “snow” bila kipas angin pusing laju”

“Kipas siling kotor, malas nak panjat cuci”

Haduu..aku takde masa nak cuci kipas-kipas siling tu. Dah la ada banyak. Ada cara paling senang tak”

“Abang…saya tau abang tak larat nak panjat tangga cuci kipas tu. Kita pasang aircond nak!? Saya dah tempah 3 bijik semalam …”

~ Masalah Popular Bila Nak Cuci Kipas Siling

Kali ini akak ingin berkongsi cara terbaik untuk cuci kipas siling dengan teknik yang lebih mudah dan berkesan.

Alatan yang diperlukan untuk cuci kipas siling

  1. Seluar (cotton) terpakai – disebut “gombal” selepas ini
  2. Tangga
  3. “Spray” cecair pencuci Basic H2 (dalam botol spray)

Cara cuci kipas siling

(1) Capai kedudukan kipas siling anda dengan menggunakan tangga.

(2) “Spray” permukaan kipas siling yang kotor pada dua bahagian atas dan bawah.

(3) Ikat kain gombal pada dua hujung. Pastikan ikat pada panjang sekira-kira sama panjang dengan bilah kipas atau lebih.

(4) Sarungkan bilah kipas dengan satu cabang kain gombal.

(5) Tekap kedua belah bilah kipas siling atas dan bawah, lurutkan kain gombal ke arah keluar bilah kipas. Lap lebihan kotoran pada bilah kipas jika perlu.
– Jika teknik betul, sekali lurut bilah kipas dah boleh bersih dan berkilat macam baru (saya syorkan gunalah All Purpose Cleaner – Basic H2)

(6) Ulangi langkah 2 ~ 5 untuk bilah kipas siling yang lain bergantung kepada jenis  “brand” kipas siling anda. Lagi sikit bilah, lagi cepat habis cuci.

(7) Ulangi langkah 1 ~ 6 untuk cuci kipas siling  di bilik-bilik lain.

Kelebihan Cara Cuci Kipas Siling Ini

  1. Memendekkan masa mencuci kipas siling hampir 50% berbanding kaedah konvensional lain.
  2. Tak perlu banyak alatan tambahan (spt. Surat khabar atau kain pelapik habuk atas lantai, baldi air, span basah, dan lain-lain)
  3. Jimat tenaga kerana hanya fokus untuk angkut dan panjat tangga serta tak perlu banyak menyapu/mengelap lantai selepas kerja mencuci kipas siling.
  4. Kotoran habuk yang terkumpul boleh dibuang sekaligus dengan “gombal” jika tidak mahu digunakan lagi.
  5. Banyak kerja lain boleh dibuat.
Baca Juga :  Sabun Cuci Baju Yang Bagus Mampu Menghalang Penghasilan Karat

Sekian. Selamat Mencuba.

Bahan Pencuci Terbaik

Berminat untuk mencuba All Purpose Cleaner – Basic H2?
Boleh hubungi akak untuk order.
Sebotol tahan lama tau.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Cara Cuci Kipas Siling Yang Mudah Dan Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.