Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih dan lancar. Tetapi jika berlaku batuk yang keterlaluan, ia mungkin menunjukkan anda sedang mengalami masalah penyakit atau gangguan kesihatan lain – Penn Medicine
Batuk adalah suatu refleksi spontan tubuh. Apabila bendasing seperti mukus (lendir), kuman atau habuk mengganggu kerongkong dan saluran pernafasan, tubuh akan secara automatik cuba untuk mengeluarkannya melalui mekanisme batuk. Seperti juga refleksi tubuh yang lain seperti bersin atau mengerdipkan mata, batuk juga berfungsi untuk melindungi tubuh – Lung.org
Batuk terjadi kerana pengeluaran udara secara tiba-tiba daripada paru-paru melalui epiglotis pada kelajuan tinggi yang luar biasa pantas – dianggarkan kira-kira 100 batu sejam.
Dengan kekuatan udara dan tenaga yang begitu tinggi, batuk sebenarnya menjalankan mekanisma tubuh untuk membersihkan saluran pernafasan daripada sebarang gangguan yang merengsakan yang tidak diingini seperti asap, mukus, habuk dan alergen.
Terdapat banyak lagi punca-punca batuk yang turut boleh diklasifikasikan mengikut jenis-jenis batuk tertentu.
Batuk dapat dkategorikan kepada 4 jenis mengikut simptom-simptomnya yang tertentu:
Bunyi Pernafasan pesakit dengan masalah stridor
Baca Juga >> 8 Jenis Penyakit Respirasi Manusia
Kaedah rawatan untuk batuk bergantung kepada punca-punca tertentu bagaimana batuk boleh terjadi.
Bagi batuk biasa, petua hilangkan batuk menggunakan bahan-bahan semulajadi boleh dilakukan sendiri di rumah.
Jika remedi tradisional ini tidak membantu, terdapat kaedah pengubatan tertentu untuk menghilangkan batuk yang boleh dirujuk kepada pakar kesihatan.
Antara remedi tradisional homemade yang anda boleh gunakan sebagai alternatif awal untuk hilangkan batuk adalah seperti:
Salah satu khasiat madu ialah fungsinya sebagat anti-mikrob yang boleh membantu membunuh mikroorganisma seperti bakteria, fungus dan sesetengah virus.
Berdasarkan kajian, madu daripada lebah mampu digunakan untuk melegakan batuk.
Terdapat satu review kajian pada tahun 2021 tentang keberkesanan madu untuk melegakan komplikasi akibat jangkitan dalam saluran pernafasan seperti batuk.
Kajian tersebut mendapati madu berupaya melegakan batuk dengan berkesan dan mengurangkan kebergantungan kepada antibiotik bagi kes-kes yang tidak terlalu serius.
Untuk kelegaan batuk, kita boleh mengambil satu sudu madu untuk diminum terus atau mencampurkannnya dengan air suam sebagai teh herba.
Halia adalah sejenis tumbuhan berumbi yang mudah didapati dan biasa dijadikan ramuan utama dalam masakan.
Selain itu, halia juga mempunyai keunikannya tersendiri untuk digunakan dalam perubatan tradisional atau klasik.
Kandungan enzim dalam halia seperti gingerol dan shaogol mempunyai ciri-ciri anti-radang, analgesik & anti-bakteria yang boleh digunakan untuk meredakan batuk biasa, batuk akibat tekak kering atau batuk akibat asma.
Selain itu juga halia biasa digunakan untuk melegakan mabuk, pening kepala, muntah-muntah dan juga sakit akibat ketidakselesaan perut.
Hanya orang hebat sahaja yang boleh makan halia begitu sahaja kerana rasanya yang pedas dan pijar.
Kebiasannya hirisan halia atau ditumbuk terlebih dahulu akan direbus kemudian di tapis untuk dijadikan minuman homemade untuk melegakan batuk.
Ia juga boleh dijadikan sebgai teh halia yang diminum begitu sahaja atau dicampurkan bersama lemon atau madu untuk menambah keberkesanannya.
Baca Juga >> Resipi Cara Buat Teh Halia O
Minuman panas biasa digunakan sebagai remedi pantas
Satu kajian pada tahun 2008 telah dibuat terhadap 30 orang subjek yang mengalami masalah demam selesema. mereka diberikan minuman berasaskan buah-buahan yang disediakan panas dan sejuk(suhu bilik).
Kajian mendapati bahawa minuman buah-buahan panas tiada objektif jelas dapat menghilangkan demam dan selesema tetapi dapat membantu mengurangkan simptom-simptomnya seperti batuk, selesema, bersin, sakit tekak, sejuk badan dan keletihan.
Sementara minuman sejuk juga dapat melegakan simptom-simptom hidung berair, batuk dan bersin.
Antara jenis-jenis minuman pansa yang dapat membantu melegakan batuk adalah seperti:
Baca Juga >> 11 Jenis Makanan Untuk Bersihkan Paru-paru
Salah satu cara terbaik untuk menghilangkan batuk berkahak atau batuk basah yang biasanya disertai dengan lendir tekak dan rasa sesak dada adalah dengan penggunaan wap atau stim.
Gunakan shower panas ketika mandi (atau jika tiada boleh sediakan air panas dalam baldi) dengan suhu bersesuaian dapat menghasilkan wap air di dalam ruangan bilik mandi.
Mandian wap air panas ini dapat membantu melancarkan aliran darah, melegakan hidung tersumbat dan melancarkan pengeluaran lendir hidung atau mukus.
Atau anda boleh cuba cara ini:
1. Sediakan bekas air atau besen yang diisikan dengan air panas
2. Tambahkan herba atau minyak essential seperti eucalyptus atau rosemary
3. Dekatkan muka dengan permukaan bekas air dan letakkan tuala pada kepala untuk menutupi keduanya
4. Bernafas dengan tenang supaya wap stim dapat masuk ke dalam dada untuk sela masa lebih kurang 10 – 15 minit
5. Lakukan 1 atau 2 kali sehari.
Teknik ini dapat membantu mencairkan kahak atau lendir hidung (mukus) dan mengurangkan kesesakan dada (congestion).
Baca Juga >> 6 Makanan Sihat Untuk Bersihkan Paru-paru Perokok
Air garam merupakan antara petua lama yang dianggap baik dan mujarab untuk cara melegakan batuk dan sakit tekak.
Larutan garam mengandungi klorida yang dapat membantu sel tubuh menghasilkan asid hypoclorus (HOCI) yang juga dikenali sebagai peluntur untuk menbunuh bakteria dan sesetengah virus biasa di dalam mulut penyebab batuk dan gatal tekak.
Satu kajian oleh ELVIS (The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study) telah dilakukan terhadap 30 dari 54 orang yang ada masalah demam & batuk menggunakan 3 gram garam laut Cornish yang dicampurkan dengan 100 mililiter air panas.
Setelah sejuk, larutan air garam tersebut disedut masuk melalui salah satu lubang hidung yang tersumbat, dan kemudian dikeluarkan melalui sebelah hidung lagi. Lebihan air garam itu pula dikumur di dalam mulut. Kedua-dua cara ini diulangi sebanyak 3 kali dalam satu sesi.
Hasil kajian mendapati, mereka yang mengambil larutan garam mendapat kelegaan demam, batuk, hidung tersumbat dan bersin lebih cepat berbanding mere yang tidak mengambilnya.
Ia merupakan cara yang paling murah, selamat dan tidak bertoksik, tetapi amat berkesan untuk meredakan batuk.
Cara buat air kumur garam:
Baca Juga >> 11 Punca Kerap Sakit Kepala
Bromelain adalah enzim yang terdapat di dalam buah nanas. Ia mempunyai ciri-ciri istimewa anti-radang dan mukolitik.
Mukolitik adalah ubat-ubatan yang diambil secara oral untuk mencairkan kahak atau lendir mukus supaya tubuh lebih mudah untuk menyingkirkannya
Jus nanas lebih mudah diminum begitu sahaja atau ditambahkan dengan madu untuk meningkatkan ciri-cirinya bagi melegakan batuk dan gatal tekak. Ia perlu diminum setiap hari hingga batuk reda.
Selain itu, suplemen bromelain juga boleh digunakan untuk mendapatkan kuantiti bromelain yang mencukupi untuk menghilangkan batuk dengan lebih berkesan. Namun, penggunaan suplemen bromelain perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Probiotik adalah mikroorganisma yang mempunyai banyak manfat dan kebaikan terhadap kesihatan, terutamanya sistem penghadaman.
Walaupun pengambilan probiotik tidak dapat menghilangkan batuk secara terus, ia dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh dengan menyeimbangkan komposisi bakteria di dalam perut.
Mengekalkan kesihatan sistem imun adalah cara terbaik untuk mencegah sebarang jangkitan virus yang menyebabkan kehadiran masalah batuk.
Bakteria Lactobacillus adalah salah satu jenis probiotik yang dikenalpasti dapat membantu mencegah demam biasa berdasarkan satu kajian pada tahun 2013.
Satu kajian lagi pada tahun 2016 mendapati pengambilan probiotik dapat membantu mengurangkan jumlah kekerapan kanak-kanak dijangkiti masalah jangkitan saluran pernafasan (Respiratory Tract Infection – RTI), yang mana secara tidak langsung juga turut boleh mengurangkan batuk.
Baca Juga >> Cara Meningkatkan Sistem Imun Secara Semulajadi
Selain minuman berkultur, probiotik terdapat di dalam makanan semulajadi seperti:
Q1: Apakah langkah-langkah hygiene yang perlu saya ambil ketika mengalami batuk?
A1: Ketika mengalami batuk atau bersin akibat demam dan selesema, anda perlu sentiasa mengekalkan kebersihan diri untuk proses penyembuhan yang lebih cepat dan melindungi orang sekeliling daripada jangkitan secara terus. Antara amalan atau etika batuk yang betul ialah:
Q2: Apakah makanan yang patut diambil ketika mengalami masalah batuk?
A2: Makanan yang sihat dan baik dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan batuk. Ia boleh membantu meningkatkan sistem imun untuk menentang bakteria atau virus penyebab batuk.
Makanan yang patut diambil ketika batuk adalah seperti:
Baca Juga >> 11 Makanan Untuk Jantung Sihat
Q3: Apakah makanan yang perlu dihindari ketika batuk?
A3: Apabila anda batuk, anda mungkin sensitif terhadap makanan tertentu. Berikut adalah jenis-jenis makanan yang patut dijauhi ketika batuk dan sakit tekak:
Baca Juga >> Makanan Sihat Sesuai Untuk Penderita Gout
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More