Jika anda seorang ibu hamil yang sering mengalami sakit kepala, ketahui cara hilangkan sakit kepala ketika mengandung agar tidak melarat dan menjadi semakin teruk.
Sakit kepala ketika hamil adalah antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang sedang mengandung. Kebanyakan ibu hamil mengalami sakit kepala disebabkan oleh tekanan emosi.
Mereka berasa seperti kepala “diperah” atau rasa bengal di kedua-dua belah kepala atau belakang tengkuk.
Sepanjang tempoh mengandung atau kehamilan, ibu mengalami pelbagai perubahan dalaman tubuh mahupun luaran. Ini termasuk beberapa tabiat tertentu yang hadir seperti ibu hamil mudah cepat lapar, mengidam makanan tertentu, alahan semasa mengandung dan sebagainya. Perkara-perkara sebegini kadangkalan boleh menyebabkan sakit atau pening kepala.
Di antara faktor terjadinya sakit kepala ketika hamil ialah disebabkan oleh:
Tekanan emosi atau stress
Ketagihan kafein
Kurang tidur
Terlalu penat
Masalah sinus & alahan
Rasa lapar & kekurangan gula dalam badan
Dehidrasi – Kurang minum air
Masalah mata
Sembelit
Kebiasaannya, di awal-awal kehamilan iaitu pada usia kandungan bawah 13 minggu, sakit kepala yang menyerang adalah tidak berbahaya. Selalunya, apabila memasuki trimester ke-2, sakit kepala akan beransur-ansur hilang seiring dengan hormon yang semakin stabil dan seimbang dengan syarat, sakit kepala tersebut tidak ada kaitan dengan tekanan darah tinggi.
Jika anda seorang ibu hamil, menghidapi tekanan darah tinggi dan sering diserang sakit kepala, ketahuilah bahawa ia bukanlah sakit kepala yang biasa. Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan yang teliti dan rawatan daripada doktor dengan segera kerana penyakit itu boleh meragut nyawa anda dan bayi anda.
Kenalpasti punca anda mengalami sakit kepala. Apabila punca telah dikenalpasti, elakkan punca yang menyebabkan sakit kepala tersebut
Gunakan air panas suam untuk menuam pada sekitar tengkuk atau bahagian kepala yang sakit
Mandi menggunakan air suam mampu meredakan sakit kepala buat seketika
Elakkan berlapar. Tahap gula di dalam darah yang rendah boleh menyebabkan sakit kepala. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
Banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi. Minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan kerap bagi mengelakkan muntah
Dapatkan rehat yang secukupnya. Berhenti bekerja apabila terasa penat
Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Tidur sebenar pada waktu tengahari mampu mengurangkan sakit kepala.
Jika anda sedang mengalami sakit kepala, cuba untuk tidur di dalam bilik yang sunyi dan gelap.
Kadang kala, pergerakan fizikal seperti berjalan di taman mampu mengurangkan sakit kepala. Namun, jika aktiviti riadah tersebut menyebabkan sakit kepala semakin berat, lebih elok jika anda dapatkan rehat yang banyak
Berurut. Minta suami untuk mengurut anda secara perlahan-lahan di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Elakkan untuk menyentuh dan mengurut di bahagian abdomen.
Amalkan doa mohon disembuhkan dari kesakitan, zikir dan banyakkan membaca al quran terutama ayat-ayat ruqyah.
Bagi ibu hamil yang sering mengalami sakit kepala, anda boleh mendapatkan ketiga-tiga suplemen tambahan di bawah. Ia selamat di ambil oleh ibu hamil. Malah ia juga terkandung di dalam Set Kehamilan Shaklee.
Anda boleh dapatkan Set Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil dengan menghubungi (whatsapp) saya melalui link dibawah. Mohon nyatakan anda sedang hamil agar saya dapat bantu anda dengan memberikan cadangan produk yang betul.
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Klik Direct Link Whatsapp:
Shaklee ID
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Haa kopi? Mungkin sebagian besar dari kita akan merasa aneh apabila harus menghilangkan sakit kepala dengan konsumsi kopi. Akantetapi percaya tidak percaya, inilah cara mengobati sakit kepala yang cukup efektif.
Kopi memiliki aroma yang dapat menimbulkan ketenangan dan meredakan stress. Boleh juga untuk bantu hilangkan sakit kepala ringan kepada sesetengah orang. Lapar, kurang minum air dan kurang rehat juga boleh menyebabkan kepala pusing.