1 2
Masalah Wanita

9 Cara Hilangkan Sakit Senggugut Dengan Berkesan Ketika Datang Bulan

Bagi kebanyakkan wanita, bermulanya kitaran haid bulanan memang cukup membuatkan kita berasa gelisah yang biasa.

Namun bagi sesetengah wanita yang lain pula, pusingan kitara haid ini memang sangat menyakitkan sehingga mengganggu aktiviti harian. Ia disebut sebagai masalah senggugut.

Senggugut ataupun disebut sebagai Dysmenorrhea adalah merujuk kepada masalah sakit yang terpaksa dihadapi wanita ketika datang bulan atau haid bagi wanita.

Jenis-jenis Senggugut Yang Dialami Wanita

Rasa sakit ketika haid boleh dirasai sama ada ringan ataupun kronik (teruk) . Bergantung kepada kondisi kesihatan individu, masalah senggugut boleh dikelaskan kepada dua kategori, iaitu:

#1 – Senggugut Primer (Primary Dysmenorrhea)

  • Sakit pada tahap biasa (normal) yang dialami oleh wanita yang sedang kedatangan haid.
  • Semasa menstruasi, otot rahim di bawah perut akan mengalami proses pengecutan atau kontraksi yang lebih kuat berbanding waktu normal.
  • Keadaan kontraksi ini boleh berlaku dan hilang dalam masa yang singkat atau mungkin boleh berlanjutan sehingga 3 hari selepas kitaran haid bermula.
  • Semakin meningkat usia seseorang wanita atau setelah melahirkan anak pertama, gejala sakit senggugut ini akan semakin berkurangan.
  • Tidak dikategorikan sebagai kronik dan tidak memerlukan rawatan khusus kerana ia membawa petanda biasa anda adalah seorang yang subur.

#2 – Senggugut Sekunder (Secondary Dysmenorrhea)

  • Ia dikategorikan sebagai senggugut sekunder kerana punca ia berlaku disebabkan oleh faktor lain seperti gangguan masalah dalaman organ reproduksi wanita itu sendiri.
  • Sakit akibat senggugut yang teruk berlaku lebih panjang berbanding senggugut biasa (senggugut primer).
  • Ia mungkin boleh berlaku beberapa hari awal sebelum kitaran haid bermula dan berlanjutan sehingga beberapa hari selepas waktu haid tamat.
  • Perlukan rawatan dan pemerhatian khusus untuk mengenalpasti dan mengawal gangguan masalah sistem reproduksi wanita yang sedang berlaku.

Punca Senggugut Ringan Berlaku

Primary Dysmenorrhea atau senggugut ringan ini berlaku apabila uterus mula bekerja keras menjelangnya kitaran haid bermula.

Dinding uters melakukan proses kontraksi (pengecutan dan pengenduran) untuk menyingkirkan darah haid bersama tisu dari lapisan dinding endometrium. Proses ini melibatkan komplikasi pengurangan aliran darah (ischaemia) yang menyebabkan rasa sakit.

Kontraksi dinding uterus ini berlaku disebabkan kehadiran hormon prostaglandin yang mengawalatur proses kitaran haid dalam tubuh wanita. Peningkatan hormon prostaglandin ini secara berlebihan antara penyebab utama yang mencetuskan rasa sakit ketika kedatangan haid.

Cara Hilangkan Sakit Senggugut

 

Cara Hilangkan Sakit Senggugut Ringan

Wanita yang mengalami sengggut ringan digalakkan supaya membuat pemeriksaan awal kesihatan.

Ia bertujuan untuk memastikan gejala senggugut primer ini tidak disebabkan oleh masalah sistem reproduksi wanita seperti ensometriosis atau fibroid.

Cara untuk merawat senggugut ini termasuk:

#1 – Banyakkan berehat pada hari kemuncak

Bed rest atau berbaring pada hari pertama haid berlaku dapat membantu mengurangkan kegelisahan dan memberi ruang kerehatan pada tubuh untuk menjalankan fungsinya secara semulajadi.

Jangan takut jika ia berlaku buat kali pertama, ia petanda kita seorang yang subur.

#2 – Terapi Haba

Gunakan pad pemanas atau botol berisi air suam yang dituam atau diletakkan pada kawasan bawah perut yang terjejas.

Ia dikenalpasti  dapat membantu kelegaan otot rahim, mengurangkan penyempitan salur darah dan memperbaiki aliran darah ke uterus.

#3 – Ambil ubat ikut preskripsi doktor

Pengambilan sebarang ubat penahan sakit atau painkiller perlukan rujukan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Ibuprofen atau aspirin boleh diambil untuk membantu mengurangkan sakit senggugut. Tetapi ibuprofen atau aspirin tidak boleh diambil jika kita ada komplikasi penyakit lain seperti masalah asma, sakit perut, sakit buah pinggang atau masalah hati.

Aspirin tidak digalakkan untuk diambil oleh individu di bawah umur 16 tahun. Boleh cuba ubat paracetamol, tetapi kajian menunjukkan ia tidak sebaik kesan ibuprofen dan aspirin untuk mengurangkan kesakitan.

#4 – Jangan abaikan sumber vitamin

Terdapat vitamin tertentu yang dikenalpasti dapat membantu mengatasi masalah senggugut. Antaranya ialah minyak ikan, kalsium & magnesium, vitamin B6, vitamin E dan Asid Gamma Linolenik (GLA).

Ambil vitamin-mineral ini sama ada dalam sumber diet harian atau lebih mudah lagi, dapatkan dalam bentuk set suplemen untuk senggugut.

#5 – Lakukan senaman

Senaman biasa atau ringan baik untuk mengurangkan fokus kita kepada kesakitan dan lebih penting untuk mengekalkan kecergasan fizikal.

Jangan risau, sakit ketika haid adalah hal biasa yang sepatutnya tidak menganggu tugasan harian. Cuma elakkan senaman atau kerja berat ketika waktu kemuncak buat sementara waktu sehingga sakit period hilang.

#6 – Rehatkan minda

Rasa sakit boleh mengganggu konsentrasi dan kadangkala membuat kita mudah rasa stress dan cepat marah.

Amalkan aktiviti yang boleh merehatkan minda dan mengurangkan ketegangan emosi dan mengawal mood seperti membaca, melihat pemandangan indah, berjalan dan sebagainya yang difikirkan sesuai.

#7 – Jaga Pemakanan

Elakkan makanan dan minuman yang boleh memburukkan lagi keadaan akibat kekejangan uterus ketika haid.

Terutamanya makanan tinggi lemak, bergaram, air minuman bergas, tinggi kafein dan alkohol. Banyakkan minum air kosong atau lebih baik lagi air suam, dapat membantu mengurangkan sakit senggugut.

#8 –  Terapi mandian

Mandi air suam lebih baik untuk mengurangkan sakit ketika haid. Ia membantu melegakan ketegangan otot, membantu rasa lebih rileks dan memperbaiki aliran darah ke bahagian pelvik atau bawah tubuh.

#9 – Teknik urutan

urutan ringan pada bahagian abdomen wanita boleh membantu melegakan saat-saat kesakitan akibat kontraksi otot sekitar uterus (rahim).

Kita orang Melayu suka menggunakan minyak panas berangin dengan teknik urutan lembut. Atau petua orang lama hanya guna minyak dengan campuran bawang merah yang telah ditumbuk, sangat mengujakan.

Kajian orang barat pula menyatakan bahawa penggunaan minyak essential mampu menurunkan tempoh kesakitan ketika period daripada 2.4 hari kepada 1.8 hari sahaja.

Mesti Baca! >> Hilangkan Senggugut Dengan Cepat Tanpa Painkiller

Tanda-tanda Senggugut Teruk

Oleh kerana proses kitaran haid berlaku sekali dalam setiap bulan, kesakitan akibat senggugut teruk tidak hadir secara mengejut pada kebiasaanya kecuali akibat kecederaan rahim atau ketumbuhan abnormal yang luarbiasa pantas berkembang di dalam rahim.

Secondary Dysmenorrhea ini biasanya datang secara perlahan dengan gejala awal atau simptom senggugut tertentu seperti:

  • Rasa sakit pada bahagian bawah abdomen (perut) dan merebak sakitnya hingga ke pelvis, bawah pinggang dan kaki.
  • Sakit yang dirasakan sangat kuat mencengkam berlaku pada satu-satu ketika, atau sakit yang berterusan atau kombinasi kedua-duanya pada bahagian sasaran.
  • Sakit yang teruk ini berlaku sebaik sahaja fasa haid bermula atau lebih awal lagi.
  • 24 jam yang pertama semasa haid berlaku adalah momen yang paling sakit senggugut berlaku
  • Keluar darah beku atau ketulan darah bersama darah haid.

Senggugut teruk juga biasanya berlaku dituruti bersama dengan beberapa gejala lain seperti mengalami:

  • Sakit kepala yang berdenyut-denyut
  • Rasa loya dan muntah-muntah
  • Masalah penghadaman seperti sembelit, cirit birit, pedih ulu hati atau senak perut.
  • Pitam atau pengsan
  • Kehadiran sindrom premenstruasi (PMS) seperti ketegangan payudara, bengkak abdomen dan gangguan emosi atau mudah rasa marah.
  • Sakit yang berterusan selepas 24 jam pertama haid dan surut selepas 2 atau 3 hari berikutnya.

Baca Juga >> Masalah Haid Tidak Teratur Buat Isteri Emo & Suami Bingung

Punca Senggugut Teruk Berlaku – Secondary Dysmenorrhea

Masalah sistem reproduksi wanita adalah punca utama berlakunya senggugut teruk. Masalah sistem reproduksi wanita ini pula berlaku boleh disebabkan oleh risiko:

+1 – Endometriosis

Sel endometrium wujud di luar kawasan uterus seperti pada ovari, tiub fallopio atau saluran pundi kencing.

Perubahan hormon ketika proses haid menyebabkan sel abnormal ini juga pecah dan berlaku pendarahan.

+2 – Adenomyosis

Sel endometrium yang sepatutnya wujud hanya pada lapisan dinding bahagian dalam rahim, tetapi juga wujud dan mengembang di dalam otot uterus.

Ia menjadi punca pendarahan berlebihan yang teruk berlaku ketika kitaran haid berlaku.

#3 – Fibroid

Ketumbuhan yang berlaku sama ada di dalam otot, bahagian luar dinding atau bahagian dalam dinding uterus.

Fibroid yang berkembang di bahagian dalam dinding uterus biasanya menjadi penyebab utama senggugut sekunder ini.

Jenis-jenis Fibroid

Baca Juga! >> Adakah Fibroid, Cyst & Polyps  Boleh Menyebabkan Kanser Servik Kepada Wanita?

Rawatan Untuk Senggugut Teruk

Tiada cara lain, wanita yang mengalami sunggugut teruk perlu segera berjumpa doktor bahagian ginekologi atau doktor pakar sakit puan sebelum terlambat.

Kaedah rawatan mungkin lebih tertumpu kepada punca senggugut sekunder ini berlaku seperti endometriosis, adenomyosis, fibroid, kecederaan rahim atau selainya.

Pemeriksaan khusus, rawatan lanjut dan pemantauan rapi kesihatan amat diperlukan bagi wanita yang mengalami masalah senggugut sekunder ini.

Perkembangan penyakit ketumbuhan dalam rahim ini mungkin boleh berlaku dengan sangat pantas tanpa disedari. Ramai juga mula sedar hanya apabila kondisinya semakin teruk sehingga menyebabkan gejala senggugut teruk mula timbul.

Segera ambil kesedaran dan buat pemeriksaan segera jika muncul simptom senggugut yang semakin teruk. Elak risiko lebih berbahaya di masa akan datang.

Rahim adalah aset wanita yang begitu berharga. Ia perlu dijaga rapi dan dipelihara kesihatannya.

Cadangan Vitamin Untuk Masalah Senggugut

Apa Kata Pengguna Shaklee

 

 

Ingin atasi masalah senggugut dan kesakitan akibat haid?

Dapatkan Set Senggugut Shaklee.

Hubungi kami segera.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
9 Cara Hilangkan Sakit Senggugut Dengan Berkesan Ketika Datang Bulan

View Comments

  • betul. Sepanjang bulan saya memang mengalami masalah senggugut yang agak teruk. sakit nya tuhan aje tahu. sejak saya amalkan bersenam dan amalakan supplement, sakit senggugut sudah agak berkurang

    • Alhamdulillah Puan Balkis dah jumpa jalan penyelesaian masalah senggugut. Bersenam & pemakanan sihat memang sangat penting untuk kembalikan kecergasan & kesihatan diri. Semoga perkongsian puan di sini memberi faedah dan semangat kepada yang lain. Terima Kasih.

    • suppliment apa yer cik balkis makan??

  • supplement apa yang sesuai utk kurangkan sengugut ye..
    kadang smpai xtahan la..

    • Salam Cik/Puan Nur. Suplemen Shaklee yang sesuai untuk membantu mengurangkan masalah senggugut ialah GLA Complex, Ostematrix dan D-Complex. Untuk dapatkan penerangan lanjut mengenainya dan order, puan boleh hubungi saya di Whatsapp Link berikut: http://yourfabulousmama.wasap.my/

      Terima kasih.

  • Sakitnya senggugut,kalau makan ubat yg warnanya hijau teqoise dari farmasi boleh ke ?tak bahaya ? Tak infek dkt buah pinggang ke nanti ?sbb everytime period memang wajib mkn ubat tu kalau tk mkn tak boleh buat kejela jwbnye:'(

    • SAlam Izzatiatiqah. Pengambilan ubat untuk atasi haid seperti yang dipreskripsikan & dicadangkan oleh doktor tidak membawa masalah kepada buah pinggang. Cuma elakkan daripada mengambil dos yang keterlaluan, melebihi daripada apa yang dicadangkan.

      Suplemen juga boleh membantu mengurangkan masalah senggugut. Antaranya:
      1 - GLA (Gamma Linolenik Acid): Membantu memperbaiki kitaran haid dan mengurangkan simptom senggugut.
      2 - Vitamin B: Membantu mengurangkan tekanan dan stress semasa melalui fasa haid
      3 - Kalsium: Paras kalsium yang hilang daripada tubuh akibat haid boleh ditingkatkan semula dengan pengambilan suplemen kalsium (punca masalah utama osteoporosis kepada wanita).

      Untuk maklumat lanjut dan dapatkan suplemen berkenaan, sila hubungi kami di whatsapp link berikut: http://yourfabulousmama.wasap.my/

      Ramai yang telah bertemu penyelesaian kepada masalah senggugut ini. Seperti juga anda, kami akan cuba bantu dan berikan konsultasi yang terbaik. Terima kasih.

  • Bab sengugut teruk nie sammpai jadi emosi memang betul pun.
    Kalau datang haid pun,hormon dan haywire.
    Inikan pula kalau sakit memulas tue.
    Emosi sesangat jadinya.

    • Salam Master Azeni. Senggugut adalah masalah yang biasa berlaku dalam kalangan wanita hari ni. Harap perkongsian ini dapat memberi info dan juga dapat membantu mereka menghadapinya.

  • Klu ambil ubat veron bahaya ke...

    • Salam Girline. Kami tidak pasti apa itu ubat veron dan untuk apa kegunaannya.

      Untuk mengatasi masalah sakit senggugut, cik/puan perlu mendapatkan nasihat dan cadangan ubat hanya dari doktor atau ahli farmasi bertauliah. Pengambilan suplemen juga dapt membantu mengatasi masalah senggugut atau PMS.

      Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di whatsapp link berikut; http://yourfabulousmama.wasap.my

      Terima kasih

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

1 month ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

1 month ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

2 months ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

2 months ago