1 2
Ibu Bersalin

Cara Hilangkan Stretch Mark @ Perut Berakar Selepas Bersalin Agar Kulit Licin Sekata

Soalan di bawah adalah pertanyaan daripada seorang ibu muda kepada saya. Ramai sebenarnya yang mengalami permasalahan yang serupa, termasuk juga saya suatu masa dahulu.

Ia tanda normal setiap ibu yang bersalin. Bukan setakat anak sulung, ada yang dah anak 8 dan lanjut usia pun masih ada kesan stretch mark lagi sampai sekarang.

Salam Kak, saya baru 5 bulan bersalinkan anak yang sulung. Semuanya ok cuma ada satu masalah. Ada tak option cara hilangkan stretch mark macam kat perut saya ni? Banyak betul la. Lambat sangat nak hilang. Boleh suggest apa-apa tak untuk saya?

– Ibu Muda Yang Runsing, 27 tahun

Sebenarnya tak perlu risau, stretch mark bukanlah sejenis penyakit. Cuma mungkin sebagai ibu muda yang ingin sentiasa cantik tanpa kesan cela yang terlindung, stretch mark mungkin sedikit menganggu penampilan kita di mata pasangan kita ataupun suami.

Justeru kita klasifikasikan ia sebagai permasalahan yang serius. Ok, sebelum kita kupas persoalan di atas, mari review sikit apa itu definisi ‘Stretch Mark atau Perut Berakar’.

Definisi ‘Stretch Mark’ atau ‘Perut Berakar’

Stretch mark atau perut berakar ni adalah garis-garis yang mempunyai warna merah yang wujud pada permukaan kulit kita terutamanya kawasan bawah perut.

Stretchmark terjadi apabila kulit menjadi kurang elastik terhadap regangan. Sewaktu mengandung selama lebih kurang 9 bulan 10 hari, perut kita akan meregang ke tahap maksimum akibat tumbesaran bayi di dalam kandungan secara perlahan-lahan.

Apabila bersalin atau sejurus bayi keluar, perut kita akan mula mengempis dan kulit perut mula mengecut untuk kembali ke bentuk asal seperti sebelum mengandung. Perubahan bentuk perut secara mendadak ini dan kekurangan daya elastisiti menyebabkan kulit perut akan meninggalkan kesan atau tanda pada permukaan perut.

Kesannya, kulit akan jadi pecah-pecah dan garis-garis yang kita panggil stretch mark akan mulai kelihatan.

Stretch mark ini biasa di alami oleh ibu yang mengandung. Paling banyak ditemui di kawasan perut apabila kandungan berusia 4-5 bulan ke atas dan selalunya kulit ibu akan berasa agak  gatal..

Yelah, dekat situ lah bayi membesar dan kulit perut meregang kan?

Walaupun tidak berbahaya, jika tidak di atasi, lama-kelamaan akan berubah warna menjadi garis-garis berwarna putih dan kulit kelihatan hodoh. Kalau kulit ibu elastik, stretch mark ini tidak akan berlaku.

Cuba cek, perut anda ada tak? Sebab kebanyakan ibu-ibu yang sudah bersalin akan mengalaminya.

5 Tips Cara Hilangkan Stretch Mark Selepas Bersalin

Antara beberapa kaedah semulajadi atau petua sebagai cara untuk hilangkan Stretch Mark adalah seperti berikut:

#1 – Lemon – lemon – lemon

Kaya dengan kandungan semulajadi yang bermanfaat untuk mengatasi stretch mark. Buah lemon juga bermanfaat untuk membantu mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit baru dan membuang sel-sel kulit lama yang telah mati.

Potong lemon kepada beberapa kepingan sederhana tipis, dan gosokan secara perlahan pada sekitar kawasan stretchmark. Biarkan seketika dan basuh dengan air suam setelah kering.

#2 – Pastikan kulit kekal lembab

Gunakan lotion pelembab kulit. Lebih baik lagi jika guna krim khas yang sedia ada di pasaran untuk merawat stretch mark. Awas! pastikan tiada kandungan kimia berbahaya.

Kulit lembab juga boleh dibantu dengan banyak meminum air kosong. Sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari agar kulit kekal lembab

#3 – Jaga keanjalan kulit

Makan makanan yang kaya khasiat vitamin dan mineral seperti yang terkandung dalam pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ambil makanan tinggi protein. Protein membantu tubuh menghasilakn sel-sel baru yang lebih sihat. Rahsia kulit anjal adalah sel yang sihat.

Ambil makanan yang tinggi vitamin C yang berfungsi membantu struktur pembinaan sel-sel baru.

#4 – Lakukan perawatan khusus setelah bersalin

Rawat kulit dengan minyak semulajadi seperti minyak zaitun dan minyak cendana. Selain untuk mengekalkan kelembapan kulit, kedua-duanya membantu kelancaran aliran darah bawah kulit.

Sapukan pada bahagian yang terjejas selama beberaa minit.

#5 – Cocoa butter, lidah buaya dan minyak almond

Ketiga-tiga bahan ini memang terbukti mampu mengatasi masalah stretch mark.

Rajin-rajinlah sapu di tempat yang mengalami masalah stretch mark ini sehingga parut pudar dan hilang.

Cara Hilangkan Stretch Mark Paling Berkesan

Antara kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah Stretch Mark pemuliharaan melalui dalaman. Ya, melalui pemakanan yang sihat dengan nutrisi vitamin yang penting.

Suplemen kesihatan banyak membantu dalam kaedah ini kerana sumber nutrisi yang mencukupi dalam satu dos pengambilan yang kecil.

Selain memberi sumber semulajadi, ia juga selamat dan berkesan. Suplemen yang menjadi pilihan saya dan juga disyorkan untuk anda di sini ialah:

+1 – Vitamin C

  • Vitamin C adalah kunci kepada pembentukan KOLAGEN, sejenis protein yang membantu perkembangan sel dan salur darah serta melembutkan dan menguatkan kulit.
  • Vitamin C juga membantu membina sel dan menghilangkan parut.
  • Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan badan.

+2 – Vitaamin E

  • Vitamin E merupakan bahan semulajadi terbaik untuk membantu menghilangkan parut dan stretch mark. Ia merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan keanjalan tekstur kulit.
  • Ada rahsianya tau bagaimana nak gunakan vitamin E untuk membantu menghilangkan parut dengan lebih cepat dari biasa.

+3 – Kolagen

  • Kolagen adalah sejenis PROTEIN, iaitu kumpulan utama kulit yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi.
  • Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal dan secara tak langsung membantu mengurangkan perut berakar atau stretch mark.
  • kolagen menjadikan kulit elastik dan sihat. Ia membantu menghilangkan kesan parut dan stretch mark dengan cepat jika diambil dengan konsisten.

+4 – Protein Soya

  • ESP merupakan sumber protein yang baik.
  • Protein ni amat penting dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit kita serta membentuk ‘elastic fiber’ untuk penegangan kulit.
  • Ia juga membantu untuk memudarkan parut akibat stretch mark.

Atasi Stretchmark Di Perut Anda Sekarang!

So, macam mana tak nak bagi ada stretch mark?

Stretch mark berlaku disebabkan kulit mengalami peregangan tetapi keanjalan kulit tidak mampu menangani peregangan yang terjadi, kita perlu pastikan keanjalan kulit kita di tahap optimum.

Jika dah ada parut tu, kita kena kasi hilang lah dari permukaan kulit. Itulah pentingnya Vitamin C , vitamin E, Kolagen & Protein untuk mengatasi masalah stretch mark ni.

Jom dapatkannya sekarang!

Untuk keterangan lanjut dan konsultasi produk secara eksklusif, hubungi segera:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Cara Hilangkan Stretch Mark @ Perut Berakar Selepas Bersalin Agar Kulit Licin Sekata

View Comments

  • Bagaimana cara penggunaan cocoa butter.lidah buaya.minyak almond ? Adakah disapukan serentak ketiga-tiganya atau selang?

    • Opps...maaf ya Puan Marliah. Mungkin agak keliru pernyataan artikel itu. Ia merujuk kepada salah satu. Bukan digunakan ketiga-tiganya serentak. Kebetulan fungsi & cara aplikasinya yang sama, jadi dinyatakan sekali dalam tips itu.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

3 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

3 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

3 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

5 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

5 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

6 months ago