Bila kita mengalami simptom-simptom pelik pada tubuh dan didiagnos mempunyai masalah darah tinggi, kita rasa terkejut dan mula mengambil langkah drastik untuk menjaga pemakanan.
Kita mula sensitif dan mencari banyak maklumat tentang pantang dalam pemakanan bagi pesakit darah tinggi dan hanya mengambil makanan yang perlu sahaja.
Sedikit kesilapan kita akan rasa bahana akibatnya, tiba-tiba rasa pening dan boleh jadi pitam. Dan selepas daripada itu kita terpaksa bergantung dengan ubat.
Jika kita berjaya mengawal masalah darah tinggi dengan amalan gaya hidup yang sihat, kita mungkin boleh kurangkan kebergantungan kita kepada ubat.
Dan tidak mustahil, kita boleh kembali hidup secara normal semula.
32.7% atau 5.8 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap Penyakit Darah Tinggi atau Hipertensi, penyumbang utama kematian di negara ini.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
9 gaya hidup berikut boleh membantu kita untuk kawal masalah darah tinggi dengan berkesan. Jom check it out!
Tekanan darah sangat berkait dengan berat badan kita. Masalah tekanan darah tinggi semakin meningkat apabila berat badan kita bertambah.
Berlebihan berat badan atau obesiti boleh mengganggu kelancaran pernafasan dan menyebabkan masalah berdengkur (apnea) ketika tidur, dan selanjutnya meningkatkan masalah tekanan darah.
Penurunan berat badan adalah langkah terbaik untuk mengawal tekanan darah daripada terus meningkat.
Turun berat sebanyak 4.5 kg (10 lbs) dikira baik untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi ke tahap yang lebih baik. Turun lebih daripada itu suatu anugerah.
Penjagaan dan pemakanan yang sihat adalah gaya hidup yang sangat efektif untuk menurunkan berat badan.
Selain fokus kepada berat, ukuran pinggang juga sangat signifikan untuk mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.
Kapasiti berat badan lebih tertumpu pada perut, dan semakin besar ukuran pinggang kita bermakna semakin tinggi beban yang ditanggung pada pinggang kita.
Saiz pinggang ini mungkin berbeza mengikut bangsa atau etnik. Perbincangan dengan doktor atau pakar pemakanan lebih membantu untuk mendapatkan saiz pinggang yang sihat.
Amalkan senaman aktif secara fizikal sekurang-kurangnya 30 minit dalam satu sesi 3 kali seminggu.
Cara ini boleh menurunkan bacaan tekanan darah sebanyak 4 hingga 9 mmHg. Tetapi ia perlu dilakukan secara konsisten. Berhenti bersenam atau aktif aktiviti fizikal boleh menaikkan kembali tekanan darah anda.
Senaman sangat bagus bagi mereka yang memiliki masalah tekanan darah yang mula hendak meningkat tinggi (pre-hipertension).
Berjalan kaki atau slow jogging sudah memadai untuk menurunkan paras tekanan darah. Aktiviti aktif lain seperti berenang, berbasikal, menari termasuk bercucuk tanam juga boleh membantu perkara yang sama.
Mulakan dengan sedikit, kurangkan beban dan teruskan dengan konsisten.
Pilih makanan yang berkhasiat untuk jantung dan membersihkan dinding salur darah. Ia secara langsung berfungsi menurunkan masalah tekanan darah tinggi.
Makanan seperti bijirin gandum, buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak atau tanpa lemak serta elakkan makanan tinggi lemak dan kolesterol tinggi.
Ia disebut juga sebagai diet DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension). Amalan pemakanan ini dikatakan boleh membantu menurunkan tekanan darah sehingga 14 mmHg.
Mengubah diet pemakanan secara drastik mungkin agak sukar. Apa yang kita boleh buat ialah berubah secara perlahan-lahan dengan cara:
Potong kuantiti garam dalam makanan. Walaupun kadar pemotongan yang sedikit, ia boleh menurunkan bacaan tekanan darah anda sebanyak 2 hingga 8 mmHg.
Untuk tabiat mengurangkan garam dalam diet, anda boleh cuba tips ini:
Minuman beralkohol hanyalah sekadar momokan ia dapat memberi ketenangan dan cara untuk melepaskan tekanan.
Banyak perkara lain yang lebih baik dan terbukti dapat mengurangkan stress dengan sihat.
Hentikan tabiat minum alkohol untuk masalah tekanan darah dan kualiti hidup yang lebih baik.
Setiap batang rokok yang anda hisap meninggalkan kesan sampingan tekanan darah yang meningkat naik.
Ia kurang dirasai pada fasa awal profesion sebagai seorang perokok. Ia lebih dirasai selepas beberapa tahun atau bagi seorang perokok tegar yang telah lanjut usia.
Jarang dilihat orang yang sedang terlantar sakit akibat tekanan darah tinggi masih terus menghisap rokok. Tiada dalam rekod rasanya.
Berhenti merokok sangat membantu untuk menurunkan tekanan darah ke paras normal semula.
Walaupun kesan berhenti merokok ini mungkin mengambil masa sehingga 15 tahun untuk pulih sepenuhnya, tapi apa salahnya cuba berhenti merokok daripada sekarang.
Kaitan kafein dengan masalah darah tinggi masih menjadi perdebatan yang hangat sehingga ke hari ini.
Sebab ia halal sepenuhnya dan hampir semua orang suka minum kopi dan teh sehingga ada yang ketagihan.
Disamping itu kopi dan teh juga dikatakan membawa lebih kebaikan berbanding keburukan kepada kesihatan, kata mereka.
Dari segi kajian, kafein boleh meningkatkan tekanan darah sebanyak 10 mmHg bagi mereka yang jarang minum kopi dan teh. Bagi mereka yang tegar, kesannya hanya sedikit atau hampir tidak dirasai langsung.
Ia tidak dirasai kesannya selagi anda tidak didiagnos memiliki masalah tekanan darah tinggi yang kronik. Atau jika dikombinasikan dengan gula dan kopi kaww, mungkin kesannya lebih cepat terasa.
Sebaliknya, jika anda positif masalah tekanan darah tinggi, pemotongan kuantiti kafien adalah lebih baik.
Lebihkan minum air kosong untuk lebih manfaat kebaikan kesihatan.
Masalah stress yang kronik dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada masalah tekanan darah tinggi.
Ditambah lagi jika kita mengamalkan pemakanan tidak sihat, ada tabiat suka minuman beralkohol atau seorang perokok tegar. Ia membawa lebih kesan berbahaya kepada tekanan darah tinggi yang lebih kronik.
Bagi sesetengah orang, masalah genetik juga boleh membawa punca kepada kehadiran stress atau gangguan kebimbangan (anxiety disorder).
Beri kekuatan pada diri dan tangani stress sebaiknya. Jika anda sukar untuk menangani kesemua punca stress yang anda terpaksa hadapi, sekurang-kurangnya hadapinya secara sihat dengan beberapa cara berikut:
Resveratrol adalah sebatian semulajadi yang boleh dijumpai dalam tumbuhan seperti anggur, koko dan kacang badam.
Ia juga mempunyai ciri antioksidan yang sangat kuat dan telah dikaji bertahun-tahun untuk mengenalpasti kebaikannya kepada kesihatan.
Antaranya melindungi sel & DNA, mengawalselia gula dalam darah dengan sihat, melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar UV dan pelbagai lagi.
Dalam analisis kajian terbaru, resveratrol juga membantu memperbaiki tekanan darah sihat dengan mengawalselia tekanan darah sistolik.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
nak bersenam tu yang malas...hahaha
Salam Cik Titin. Malas senam tu yang jadi debab. Haha. At least jaga pemakanan, senaman boleh ganti dengan kerja harian yang aktif. Cabut rumput ke, sapu laman rumah ke, basuh kereta ke apa sahaja aktviti yang buat kita berpeluh. Ehh orang sekarang suka berzumba apa. Kira ok la tu, sama aktif dengan bersenam.
yela. nak bersenam tu la masalahnya..hehe
Biasala tu. Orang Malaysia kan sibuk semuanya. Hehe