Ketika berpuasa, kesegaran tubuh akan semakin berkurangan. Semakin menginjak ke tengahari dan menunggu waktu berbuka puasa, kita akan mulai berasa letih dan mengantuk.

Bibir akan mulai kering dan mengelupas. Kulit akan mulai kering dan bersisik. Rasa nak tidur dari pagi sampai tiba masa berbuka puasa.

Malasnya nak memasak. Beli sahaja lah di Pasar Ramadhan walau kadang kala rasanya tidak menepati citarasa.

Bulan puasa pasti menjelma saban tahun. Tidak lama lagi, ia bakal kembali semula. Pejam celik, pejam celik, umat islam di seluruh dunia akan kembali menunaikan rukun islam yang ke-3 ini.

Adakah anda juga berasakan perkara yang sama seperti di atas? Mengapakah perasaan ini terjadi. Perkara ini terjadi disebabkan dehidrasi dan kekurangan nutrien di dalam tubuh kita.

Adakah anda sudah bersedia dari segi fizikal dan mental? Saya sudah. Tak sabar rasanya menunggu kehadiran Ramadhan ni. Untuk membantu anda sedikit sebanyak menghadapi puasa di bulan Ramadhan nanti, saya ingin berkongsi dengan anda cara kekal bertenaga di bulan puasa. Teruskan membaca sampai habis.

kekal-bertenaga-di-bulan-puasa-cover

Mengapa Kita Mudah Mengantuk Ketika Berpuasa

Selain daripada faktor waktu tidur yang sudah berubah, punca lain yang menyebabkan kita berasa mengantuk dan sukar memberi tumpuan adalah kerana kekurangan paras glukosa dalam darah.

Adalah amat penting untuk kita memastikan tubuh kita berada dalam keadaan yang baik ketika bulan Ramadhan ini. Bulan yang datang hanya 1 kali adalah bulan yang penuh keberkatan. Tubuh yang sihat penting untuk memastikan kita dapat beribadah dengan sebaik mungkin. Jika kita tidak sihat, pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan amal ibadah kita.

Mengapa Kulit Menjadi Kering, Bibir Mengelupas

Kulit yang kering dan bersisik, bibir yang kering dan mengelupas menandakan terjadinya dehidrasi dan kekurangan nutrien di dalam tubuh kita. Akibat berpuasa, kita tidak dapat mengambil air seperti biasa.

Kita perlu tahu, kandungan cecair dalam tubuh kita adalah di antara 45-80% berat badan bergantung kepada umur. Cecair tubuh ini adalah sangat penting untuk memastikan setiap bahagian tubuh dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Baca Juga :  Bahaya Minuman Berkarbonat: Kenapa Perlu Hentikan Ketagihannya Sekarang!

Kajian menunjukkan kehilangan 2% cecair dalam badan boleh menyebabkan :-

– Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).

– Sukar membuat kiraan walaupun yang mudah.

– Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.

– tekanan darah menurun.

– Mudah rasa mengantuk kerana jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan.

– Rasa lesu di waktu siang.

– Sakit belakang.

– Dehidrasi.

– Sakit kepala.

– Memperlahankan kadar metabolisme badan.

– Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.

– Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.

– Menyukarkan peyingkiran bahan toksik.

– Meningkatkan keinginan untuk makan.

– Darah menjadi lebih pekat.

– Mudah keliru.

– Degupan jangtung semakin meningkat.

– Menjejaskan tindak balak kimia dalam badan.

– Mengganggu fungsi kognitif (kepandaian) otak.

– Mengganggu fungsi ginjal dan mencegah penyakit batu karang.

– Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar.

– Kulit menjadi kusam.

Cara Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa

Untuk kekal bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa, antara aspek penting yang harus diambil berat adalah pemakanan ketika kita bersahur dan juga ketika kita berbuka puasa.

Ketika Bersahur

  • Elakkan mengambil makanan yang manis terlalu banyak. Makanan manis selalunya tinggi glisemik indeks (GI). Makanan yang tinggi GI akan menyebabkan kita cepat lapar semula.
  • Selepas sahur, elakkan tidur semula kerana ia boleh membuatkan tubuh terasa lemah. Lakukan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca al-Quran, berzikir, senaman ringan atau melakukan kerja rumah.
  • Lebihkan makanan berserat tinggi kerana ia akan membuatkan kita berasa kenyang lebih lama.
  • Ambil makanan rendah GI kerana ia akan menyebabkan kita bertenaga lebih lama
  • Elakkan minum minuman berkafein kerana minuman berkafein akan menyebabkan kita berasa dahaga dengan lebih cepat

Ketika Berbuka

  • Mulakan dengan beberapa biji kurma dan air kosong untuk memberikan tenaga segera dan mengelakkan perut daripada terkejut setelah seharian berpuasa
  • Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Lebih baik jika kita makan sedikit-sedikit tetapi kerap di sepanjang malam hari
  • Elakkan mengambil minuman bergas. Minuman bergas akan membuatkan berut berasa tidak selesa dan boleh menyebabkan kembung perut
  • Lebihkan meminum air suam untuk mencukupkan bekalan air dalam badan agar dapat mengelakkan masalah dehidrasi
Baca Juga :  5 Kesalahan Semasa Berdiet Yang Kita Tak Tahu Tapi Biasa Kita Buat

Apa-apa pun, sentiasa cuba untuk amalkan pemakanan yang sihat ketika berpuasa dan minum air secukupnya. Tiada istilah sebenarnya minum air banyak akan menyebabkan badan gemuk air. Apa yang anda perlu tahu, kekurangan air dalam tubuh akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang lain

Cara Kami Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa

Cara kami sejak 5 tahun dahulu, untuk mengekalkan paras bendalir dalam tubuh, mengekalkan kesegaran tubuh dan kekal bertenaga cergas berpuasa sepanjang hari, kami akan memastikan diri kami untuk mengambil Set Mighty 3 Gems Shaklee.

Set Mighty 3 Gems ini terdiri daripada 3 sumber vitamin suplemen utama iaitu:

#1 – Energizing Soy Protein – ESP

Sumber tinggi protein dan rendah glisemik indeks yang akan membuatkan anda rasa bertenaga dan kenyang yang lebih tahan lama.

#2 – Meal Shakes 

Sumber multivitamin dan fiber yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi.

Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.

Dalam masa yang sama, kita dapat mengatasi masalah sembelit. Jangan tak tahu, masalah ramai orang ketika berpuasa adalah sembelit kerana kurang makan dan kurang minum air.

#3 – Performance Drink

Ia merupakan minuman elektrolit dengan teknologi Optilyte. Ia seperti minuman isotonik tetapi versi sihat dan tanpa gas.

Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar.

Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan dan dapat menunaikan ibadah dengan lebih bersemangat.

Kelebihan dan Keistimewaan Set Mighty 3 Gems 

  • Kekal bertenaga sepanjang hari
  • Membantu meningkatkan tahap kepekaan dan daya penumpuan
  • Menjaga paras bendalir dalam tubuh dan mengelakkan dehidrasi
  • Membantu mengurangkan masalah gastrik
  • membantu mengurangkan rasa lapar
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh
  • Untuk ibu menyusu, membantu mengatasi masalah susu merudum teruk
Baca Juga :  10 Tips Mengajar Anak Berpuasa

Siapa Yang Sesuai Mengambil Set Mighty 3 Gems Shaklee ini

Ketika bulan Ramadhan, Set Mighty 3 Gems ini sangat sesuai untuk :-

  • Ibu mengandung yang sering keletihan
  • Ibu yang sedang menyusukan bayi yang risau susu merudum dan badan keletihan
  • Orang yang bekerja berat iaitu mereka yang menggunakan tenaga fizikal
  • Warga Tua yang cepat penat dan susah atau tiada selera untuk makan
  • Kanak-kanak yang sedang belajar untuk berpuasa
  • Remaja dan pelajar yang perlu memberi tumpuan pada pelajaran
  • Mereka yang sering berada di luar bangunan dan terdedah kepada cuaca panas
  • Individu yang mahu bersahur dengan cara ringkas dan mudah tetapi kekal sihat

Ingin dapatkan Set Mighty 3 Gems untuk hari berpuasa anda? Dapatkan info lanjut dan hubungi kami segera hari ini.

 

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Cara Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa Untuk seisi Keluarga

4 thoughts on “Cara Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa Untuk seisi Keluarga

  • May 7, 2016 at 11:40 pm
    Permalink

    Hari pertama memang meletihkan sebab baru nak biasakan berpuasa. Kalau dapat kurma seperti yang disarankan oleh Sunnah dapat memberikan tenaga yang cepat.

    Reply
    • May 8, 2016 at 12:43 am
      Permalink

      Ya betul, kurma kebiasaanya menjadi keutamaan setiap keluarga ketika bulan puasa. Kandungan zat dan tinggi serat memberi banyak khasiat dan sangat mesra untuk perut.

      Reply
    • June 7, 2017 at 8:22 pm
      Permalink

      Terima kasih Puan Aini Genius. Sekadar perkongsian info. Moga kita sama-sama mendapat manfaat.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.