Cara Kira BMI Online
Cara guna kalkulator BMI Online:
- Isikan maklumat BERAT badan anda dalam kilogram (kg)
- Isikan maklumat TINGGI anda dalam sentimeter (cm)
- Klik butang “KIRA BMI” dan dapatkan bacaan serta tahap BMI anda
Baca Juga >> Cara Kira Kalori Online
Apa Itu BMI – Indeks Jisim Tubuh?
Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan merupakan satu formula untuk mengira dan menilai berat badan kita yang berkadar dengan ketinggian.
Dengan kata lain, ia secara tidak langsung boleh juga digunakan untuk mengukur lemak badan individu.
Walaupun berat badan boleh diagak secara visual, namun apa yang penting kita perlu tahu berapakah perkadaran berat yang sesuai dengan saiz kita.
Baca Juga >> Senarai Kalori Makanan Popular Rakyat Malaysia
Sekurang-kurangnya boleh menjadi penanda ukur atau target untuk kita menurunkan atau menambahkan berat badan dengan sihat.
Adakah berat badan anda ideal? Kurang berat atau berlebihan berat badan? Cuba cara mudah kira BMI anda secara online di sini!
Kira Juga! >> Cara Mudah Kira Kalori Secara Online
Formula BMI adalah seperti di bawah :
Contoh Pengiraan:
- Berat Badan = 70kg
- Tinggi = 165cm = 1.65M
- Maka, BMI = 70kg / (1.65m x 1.65m) = 25.7 (lihat carta BMI di bawah untuk ketahui kategori berat badan ideal)
Hmm..malas pulak nak tekan kalkulator kan? Nak mudah, anda boleh membuat kira-kira secara online di bawah.
Perhatian :
- BMI sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita dewasa berumur 18 – 64 tahun
- BMI tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak, wanita hamil, orang yang sangat berotot (seperti atlet dan ahli bina badan) dan orang tua (yang kehilangan jisim otot)
Analisis BMI Anda
Bagaimana? Apakah kategori berat badan anda?
Kategori Berat | BMI |
---|---|
Kurang Berat (Mild/Severe Thinnes) | < 19 |
BMI Normal | 19 - 24.9 |
Lebih Berat (Pre-Obesiti) | 25 - 29.9 |
Obesiti Kelas I | 30 - 34.9 |
Obesiti Kelas II | 35 - 39.9 |
Obesiti Kelas III | > 40 |
Untuk anggaran berat yang mesti dicapai mengikut ketinggian, anda boleh rujuk jadual di bawah. Senang sikit nak target berapa berat yang kita perlu turunkan untuk berada di dalam kategori “sihat”.

Untuk mengatakan berat badan kita adalah ideal dengan mengira BMI semata-mata adalah agak keterlaluan. Terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi BMI kita. Antaranya
Bentuk badan : Berat dalam pengiraan BMI tidak dapat membezakan antara berat otot dan berat lemak. Sebagai contoh, Ahli bina badan akan mempunyai BMI yang tinggi walaupun mereka kelihatan fit dan sihat.
Struktur tulang : Ada orang yang mempunyai rangka yang besar dan padat. Maka, tentunya BMI mereka juga akan menjadi lebih tinggi
Menilai tahap fitness : BMI tidak dapat menilai tahap kecergasan kita. Apa guna BMI normal tetapi kita tidak “fit”. Jalan sedikit dah semput dan tercungap-cungap.
Baca Juga >> 5 Kesalahan Semasa Berdiet Yang Biasa Kita Buat
Risiko BMI Melebihi Had
Kebiasaannya, Semakin tinggi nilai BMI, semakin tinggi risiko anda untuk menghidap penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol, kanser dan strok.
Namun begitu, seperti yang saya nyatakan di awal artikel ini, selain daripada kategori kanak-kanak, wanita hamil, orang yang sangat berotot (seperti atlet dan ahli bina badan) dan orang tua (yang kehilangan jisim otot), kita tetap boleh gunakan ia sebagai rujukan untuk kita terus berusaha mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.
Apa yang penting, kita cuba untuk mencapai berat badan ideal dan dalam masa yang sama, tahap kecergasan kita berada di tahap yang memberangsangkan.
Apabila umur kita menjelang 20-an, kebiasaannya kadar pertumbuhan ketinggian adalah lebih perlahan dan mendatar. Ia lebih semulajadi dan tidak boleh diubah.
Tapi, bacaan berat badan pula kurang bergantung kepada had umur. Bila-bila masa kita boleh jatuh dalam kategori obese. Namun ia masih tetap boleh dikawal melalui pengurusan diet dan gaya hidup yang betul.
Ingin saya bantu untuk kawal masalah berat badan anda? Dapatkan tips dan konsultasi bagaimana nak potong benda-benda yang tak perlu dalam pemakanan kita masuk ke dalam badan kita.
Atau yang dah tersimpan lama dan kita manjakan selalu dalam badan; iaitu lemak dan kolesterol.
Jom hubungi saya;
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Commentluv
Lotsofluv
Tq atas info ini…. menarik
Terima Kasih Cik Balqisy sudi singgah ke sini. Secantik nama seindah rupa…
Nak tahu seimbang ke tak berat dgn tinggi
Salam Cik Puan Azura;
Boleh masukkan nilai berat dan tinggi puan dalam BMI Calculator di atas. Dapat bacaan, rujuk pada jadual julat bacaan BMI.
Terbaik antara bacaan 19 – 25. Jika antara 26 – 30 masih ok cuma kena mula berjaga-jaga kerana ia cenderung untuk jadi lebih gemuk/obese.
Bukan ke patutnye bmi dewasa fn kanak kanak berbeza dn bmi oerempuan dn wanita berbeza??
Salam Princess Amirah. Sungguh betul bagai dikata. Boleh rujuk pada nota “perhatian” yang disebutkan di dalam artikel. Ukuran bacaan BMI sesuai digunakan untuk mereka yang berumur 18 ~ 64 tahun. Tidak sesuai untuk kanak-kanak, wanita hamil, atlet, ahli bina badan dan warga emas.Terima kasih atas pemerhatian tuan puteri.
This is good
Thanks for visiting Ms. Nur.
saya rasa macam berminat nak check BMI ini…
Dengan segala hormatnya dipersilakan guna online kalkulator seperti yang disertakan Mr Hanafi. Tekan tekan siap je.
hahaha …betul2
Saya sungguh berminat dengan aplikasi ini. Semua ahli keluarga saya menyemak bmi mereka di aplikasi ini. Saya harap ramai lagi yang menyemak bmi mereka supaya kesihatan mereka terjamin
Terima kasih Tuan Faris kerana singgah ke sini untuk Check BMI. Semoga bermanfaat kepada tuan sekeluarga.
ngeri bila tengok BMI sendiri..huhuhu berusaha untuk turunkan berat badan
Ye ke. Takpe, naik boleh, turun mesti pun boleh. orang Shaklee kena buktikan ye. Hehe
Mcm mna nk tmbahkn berat badan..bleh tlong x..huhu
Boleh, tiada masalah. Berat badan boleh bertambah dengan cara yang betul dan sihat. Nak tahu caranya? Hubungi kami segera di link Whatsapp berikut: http://yourfabulousmama.wasap.my/
Anda akan diberikan info lanjut, panduan dan konsultasi bagi setiap pembelian. Terima kasih.
Tq for sharing
You’re welcome Ummi Intan
Trkejut tgok BMI lbh dari 35..blm pun msuk 30 tahun lagi..first time cek BMI..masa untuk berubah..Allahu, ptutla rasa sakit2 pinggang je..berat kat pinggul..severe obese da ni..takutnya..sbb tgok kat crmin mcm x brbah sangat..lpas ni kena skipping 1000 kali sehari la..mmm, trpksa control carbo intake
Alhamdulillah cik puan terjumpa artikel dalam blog ini. Boleh dapat tahu Indeks Jisim Tubuh (BMI) sendiri. Ia adalah standard antarabangsa bagi mengukur indeks jisim tubuh individu bagi mengenalpasti tahap/kategori BMI mereka.
Semoga cik puan berjaya mengawal berat badan dan kembali normal seperti dulu. Tak mengapa, jangan terlalu stress, hanya perlu mulakan program pengurusan berat badan dengan perlahan-lahan. Semoga berjaya!.
Siap ada kalkulator! Tq
Sama-sama. Kalkulator untuk memudah kira. Baik di kala ketidaksempatan & kemalasan kira manual.