1 2
Kesihatan

Cara Kurangkan Asid Urik Dalam Badan Untuk Menghilangkan Masalah Gout

Gout adalah salah satu gejala masalah arthritis yang boleh dialami oleh semua orang.

Ia dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri serangan secara tiba-tiba dengan rasa sakit menyucuk-yucuk, keradangan dan bengkak pada sendi terutamanya pada ibu jari kaki.

Gout biasa menyerang pada waktu tengah malam. Jika tidur anda sering terganggu dan terasa sakit yang keterlaluan tanpa sebab pada ibu jari kaki, ia mungkin petanda gout.

Cara Kurangkan Asid Urik Dalam Badan

Simptom Gout yang Kita Perlu Tahu

Petanda serangan gout boleh dikenalpasti secara terperinci melalui tanda-tanda gout berikut:

#1 – Rasa sangat sakit pada sendi

  • Serangan gout biasanya bermula pada ibu jari kaki dengan rasa menyucuk-yucuk yang sangat sakit.
  • Ia juga boleh menyerang sendi-sendi tubuh yang lain seperti buku lali, lutut, siku, pergelangan tangan dan sendi tangan.
  • Kesakitan ini mungkin berlarutan sehingga 4 atau 12 jam selepas serangan pertama bermula.

#2 – Keradangan dan bengkak kemerahan pada sendi

  • Sendi yang terjejas mengalami keradangan, bengkak atau muncul benjolan lembut dengan warna kemerahan.

#3 – Pergerakan sendi terhad

  • Serangan gout boleh menyebabkan pergerakan sendi sangat terganggu dan tidak normal.
  • Saat kemuncak gout, pergerakan sendi mungkin menjadi sangat terhad kerana keradangan dan rasa yang sangat sakit.

#4 – Ketidakselesaan sendi

  • Selepas serangan gout reda, ia mungkin tidak terhenti setakat itu sahaja.
  • Rasa tidak selesa pada sendi seperti kesukaran menggerakan sendi atau sendi agak kaku mungkin berlanjutan selama beberapa hari atau beberapa minggu.
  • Jika tidak ditangani dengan baik, ia mungkin berkekalan dan merebak menyerang sendi-sendi lain pada tubuh.

Baca Juga >> Makanan Untuk Penderita Gout

Kaitan Purin, Asid Urik dan Gout

Punca utama terjadinya masalah gout adalah disebabkan oleh kandungan asid urik.

Kebanyakan asid urik, lebih kurang 2/3 daripada kandungannya adalah dihasilkan oleh tubuh kita secara normal dan semulajadi. Selebihnya pula datang daripada sumber diet pemakanan kita sehari-hari, ia dalam bentuk purin (atau purine).

Purin adalah sebatian yang terdapat di dalam sumber haiwan dan tumbuhan yang kita makan dan kemudiannya dicerna dan ditukar kepada asid urik. Secara normalnya, asid urik akan disingkirkan melalui air kencing dan najis hasil perkumuhan dan fungsi buah pinggang.

Jika buah pinggang gagal menapis lebihan asid uruk ini, ia akan kembali masuk ke dalam aliran darah. Semakin banyak ia masuk ke dalam darah, semakin kuat ia membentuk kristal seperti jarum yang tajam. Kemudian ia akan mengumpul pada bahagian salur darah tertentu di seluruh tubuh terutamanya pada sendi.

Semakin banyak kristal ini terkumpul, ia akan mewujudkan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk atau keradangan pada sendi terutamanya pada ibu jari kaki. Ia juga turut dirasai pada sendi-sendi utama tubuh yang lain seperti lutut, pergelangan kaki, siku, ibu jari tangan dan sendi tangan.

Fenomena kesakitan pada sendi inilah yang disebut secara meluas dan popular sebagai GOUT.

Punca Gout Yang Perlu Kita tahu

Punca utama gout bukanlah secara mutlaknya disebabkan oleh diet pemakanan.

Ia adalah mitos bagi penyakit ini, dan menjadi antara sebab utama mengapa pesakit gout malu untuk merujuk dan berkongsi tentang masalah gout mereka.

GOUT adalah sejenis penyakit metabolik yang mana datangnya adalah dari penyebab genetik.

Dr. Edwards – www.arthritis.org

Terdapat banyak punca penyebab kepada masalah gout. Sesetengahnya boleh dikawal sementara yang lainnya tidak.

Antara faktor punca gout yang tidak boleh dikawal ialah:

  • Bangsa: Orang berkulit hitam atau gelap lebih mudah memiliki masalah gout berbanding orang berkulit putih (hasil kajian di Amerika).
  • Umur: Warga tua yang mengkau umur 40-an dan ke atas lebih mudah diserang gout.
  • Jantina: Lelaki lebih mudah diserang gout seawal umur 30-an, dan menjelang fasa menopouse bagi wanita. Pendek kata lelaki lebih 3 kali ganda lebih mudah diserang gout berbanding wanita.
  • Genetik: Sesetengah orang memang mudah menghasilkan asid urik dalam badan dan memiliki keupayaan yang rendah untuk menyingkirkannya.

Faktor Punca Gout yang boleh dikawal pula biasanya termasuk:

  • Diet: Mengamalkan diet banyak makan daging, makanan laut, minuman keras/beralkohol, minuman manis boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan dan membawa risiko tinggi mendapat masalah gout.
  • Obesiti: Kegemukan dikenalpasti turut mempengaruhi pengeluaran asid urik secara berlebihan dalam badan. Ia juga membawa risiko buah pinggang sukar untuk menyingkirkan asid urik.
  • Masalah Kesihatan: Sesetengah masalah penyakit turut boleh membawa risiko tinggi masalah gout. Ia termasuk masalah tekanan darah tinggi tidak terkawal, kencing manis, masalah metabolik, penyakit jantung dan masalah kegagalan buah pinggang.
  • Kondisi Perubatan: Penggunaan ubat tertentu seperti thiazide deuretik untuk merawat penyakit hypertension, dan juga aspirin boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan. Nasihat doktor dan mengikut preskripsi ubat yang diberi adalah sangat diperlukan dalam hal ini.
  • Kecederaan/Trauma: Pernah mengalami kemalangan dan melibatkan operasi pembedahan juga dikenalpasti boleh meningkatkan risiko serangan gout.

Baca Juga >> 5 Tips Makan Sedikit Tapi Cepat Kenyang 

Diet Untuk Mengelakkan Gout

Secara prinsip asasnya, diet untuk gout adalah sama dengan  diet-diet tertentu yang lebih menekankan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang seperti:

#1 – Penurunan Berat Badan

Berlebihan berat badan atau obesiti meningkatkan risiko membentuk masalah gout bagi individu. Ia boleh dikawal melalui program penurunan berat badan atau indeks jisim tubuh yang ideal (BMI).

Kajian mencadangkan, pengurangan pengambilan kalori harian boleh membantu proses penurunan berat badan dengan berkesan.

Secara tidak langsung ia juga melibatkan pengurangan pengambilan makanan tinggi purin – sumber makanan penyebab gout.

Menurunkan berat badan boleh menurunkan paras asid urik dan mengelakkan serangan gout. Ia juga boleh mengurangkan bebanan yang perlu ditampung pada sendi tubuh secara keseluruhannya.

Apabila kita berlebihan berat badan atau obes, tubuh akan menghasilkan lebih insulin:

Paras insulin yang tinggi dan beredar dalam sistem tubuh menghalang penyingkiran asid urik oleh buah pinggang melalui air kencing.

Asid urik berlebihan akan berkumpul dan boleh menyebabkan serangan gout.

Dr Choi – www.arthritis.org

#2 – Karbohidrat Kompleks

Diet ini menekankan lebih pengambilan buah-buahan, sayuran dan bijirin yang membekalkan sumber karbohidrat kompleks serta lebih baik untuk kesihatan.

Elakkan makanan seperti roti putih, kek, gula-gula, minuman manis dan pemanis sirap tinggi fruktosa – HFCS (High Fructose Corn Syrup).

Jauhkan dari tabiat suka minum minuman berkarbonat dan minuman manis bergula dapat memperbaiki masalah gout.

#3 – Air Kosong

Banyak kelebihan minum air kosong untuk mengelakkan masalah dehidrasi dalam tubuh dan sangat baik untuk membantu kecekapan fungsi tubuh.

Pengambilan air yang mencukupi  (8 ~ 16 cawan sehari) boleh mengurangkan paras asid urik dan dikatakan berkadar langsung dengan penurunan serangan gout.

Baca Juga >> Bahaya Minuman Berkarbonat: Kenapa Perlu Hentikan Ketagihannya Sekarang!

#4 – Lemak

Hadkan sumber lemak yang diambil dalam diet harian. Lemak tepu daripada sumber haiwan seperti daging merah, lemak ayam dan produk tenusu tinggi lemak perlu dikawal dan dikurangkan.

#5 – Protein

Kurangkan pengambilan sumber protein harian daripada daging tanpa lemak, ikan dan ayam memadai dengan kuantiti yang sederhana (4 ~ 6 auns atau 113 ~ 170 gram).

Sama juga halnya dengan pengambilan sumber makanan rendah lemak atau produk tenusu tanpa lemak seperti tofu, yogurt, susu skim, telur, mentega kacang dan sebagainya. Ia boleh diambil dalam kuantiti yang sederhana.

Cara Kurangkan Asid Urik Dalam Badan

Pemakanan harian dikatakan sumber utama kepada masalah gout. Dan ia sering dikaitkan oleh kandungan purin dalam sumber makanan.

Oleh itu pemerhatian terhadap kandungan purin dalam diet harian anda boleh membantu mengurangkan masalah gout.

Panduan pengambilan purin (tidak boleh – sederhana – boleh) berikut boleh membantu:

+1 – Makanan Tinggi Kandungan Purin Yang Perlu Dielakkan

  • Daging itik, daging lembu muda, daging rusa atau daging haiwan buruan liar
  • Ikan bilis, sardin, ikan hering, ikan tuna, ikan trout kupang dan kerang
  • Organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang
  • Makanan tinggi lemak seperti daging merah, lemak ayam, ayam turki dan produk tenusu
  • Semua jenis minuman beralkohol
  • Semua minuman manis bergula

+2 – Makanan Sederhana Kandungan Purin Yang Perlu Dihadkan

  • Daging merah (lembu) dan daging putih (ayam)
  • Ketam, udang kara (lobster), tiram dan udang
  • Telur ikan atau caviar
  • Daging proses (luncheon meat, daging kisar, sosej dang sebagainya)
  • Kacang pea, kacang merah, kacang putih dan kacang dhal (lentil)
  • Kuaci bunga matahari
  • Sayur bayam, kobis, asparagus dan cendawan
  • Oat dan oatmeal

+3 – Makanan Rendah Kandungan Purin Yang Perlu Diamalkan

  • Mentega kacang dan kacang buah seperti almond, walnut, kacang pistachio, kacang pecan, buah berangan dan sebagainya
  • Produk tenusu rendah-lemak atau tanpa-lemak seperti susu, keju dan yogurt
  • Telur (kadar sederhana)
  • Sayuran lain
  • Pasta, kentang, beras putih, beras perang dan roti gandum penuh
  • Buah-buahan dan minuman jus buah asli
  • Kopi atau teh tanpa gula (kadar sederhana)
  • Minyak ikan dan minyak zaitun

Cara Kurangkan Asid Urik Dengan Nutrisi Tambahan

Testimoni Pengguna Set Urik Asid

Testimoni di atas bukan rekaan. Ia memang pengalaman sebenar pengguna Shaklee.

Ramai yang sudah berjaya atasi masalah urik asid mereka. Anda bila lagi?

Dapatkan Set di atas dari kami segera. Usah siksa diri anda. Jangan biarkan melarat. Kos perubatan akan menjadi lebih mahal.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Cara Kurangkan Asid Urik Dalam Badan Untuk Menghilangkan Masalah Gout

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago