Isi Kandungan
Gout adalah salah satu gejala masalah arthritis yang boleh dialami oleh semua orang.
Ia dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri serangan secara tiba-tiba dengan rasa sakit menyucuk-yucuk, keradangan dan bengkak pada sendi terutamanya pada ibu jari kaki.
Gout biasa menyerang pada waktu tengah malam. Jika tidur anda sering terganggu dan terasa sakit yang keterlaluan tanpa sebab pada ibu jari kaki, ia mungkin petanda gout.
Petanda serangan gout boleh dikenalpasti secara terperinci melalui tanda-tanda gout berikut:
#1 – Rasa sangat sakit pada sendi
#2 – Keradangan dan bengkak kemerahan pada sendi
#3 – Pergerakan sendi terhad
#4 – Ketidakselesaan sendi
Baca Juga >> Makanan Untuk Penderita Gout
Punca utama terjadinya masalah gout adalah disebabkan oleh kandungan asid urik.
Kebanyakan asid urik, lebih kurang 2/3 daripada kandungannya adalah dihasilkan oleh tubuh kita secara normal dan semulajadi. Selebihnya pula datang daripada sumber diet pemakanan kita sehari-hari, ia dalam bentuk purin (atau purine).
Purin adalah sebatian yang terdapat di dalam sumber haiwan dan tumbuhan yang kita makan dan kemudiannya dicerna dan ditukar kepada asid urik. Secara normalnya, asid urik akan disingkirkan melalui air kencing dan najis hasil perkumuhan dan fungsi buah pinggang.
Jika buah pinggang gagal menapis lebihan asid uruk ini, ia akan kembali masuk ke dalam aliran darah. Semakin banyak ia masuk ke dalam darah, semakin kuat ia membentuk kristal seperti jarum yang tajam. Kemudian ia akan mengumpul pada bahagian salur darah tertentu di seluruh tubuh terutamanya pada sendi.
Semakin banyak kristal ini terkumpul, ia akan mewujudkan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk atau keradangan pada sendi terutamanya pada ibu jari kaki. Ia juga turut dirasai pada sendi-sendi utama tubuh yang lain seperti lutut, pergelangan kaki, siku, ibu jari tangan dan sendi tangan.
Fenomena kesakitan pada sendi inilah yang disebut secara meluas dan popular sebagai GOUT.
Punca utama gout bukanlah secara mutlaknya disebabkan oleh diet pemakanan.
Ia adalah mitos bagi penyakit ini, dan menjadi antara sebab utama mengapa pesakit gout malu untuk merujuk dan berkongsi tentang masalah gout mereka.
GOUT adalah sejenis penyakit metabolik yang mana datangnya adalah dari penyebab genetik.
Dr. Edwards – www.arthritis.org
Terdapat banyak punca penyebab kepada masalah gout. Sesetengahnya boleh dikawal sementara yang lainnya tidak.
Antara faktor punca gout yang tidak boleh dikawal ialah:
Faktor Punca Gout yang boleh dikawal pula biasanya termasuk:
Baca Juga >> 5 Tips Makan Sedikit Tapi Cepat Kenyang
Secara prinsip asasnya, diet untuk gout adalah sama dengan diet-diet tertentu yang lebih menekankan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang seperti:
Berlebihan berat badan atau obesiti meningkatkan risiko membentuk masalah gout bagi individu. Ia boleh dikawal melalui program penurunan berat badan atau indeks jisim tubuh yang ideal (BMI).
Kajian mencadangkan, pengurangan pengambilan kalori harian boleh membantu proses penurunan berat badan dengan berkesan.
Secara tidak langsung ia juga melibatkan pengurangan pengambilan makanan tinggi purin – sumber makanan penyebab gout.
Menurunkan berat badan boleh menurunkan paras asid urik dan mengelakkan serangan gout. Ia juga boleh mengurangkan bebanan yang perlu ditampung pada sendi tubuh secara keseluruhannya.
Apabila kita berlebihan berat badan atau obes, tubuh akan menghasilkan lebih insulin:
Paras insulin yang tinggi dan beredar dalam sistem tubuh menghalang penyingkiran asid urik oleh buah pinggang melalui air kencing.
Asid urik berlebihan akan berkumpul dan boleh menyebabkan serangan gout.
Dr Choi – www.arthritis.org
Diet ini menekankan lebih pengambilan buah-buahan, sayuran dan bijirin yang membekalkan sumber karbohidrat kompleks serta lebih baik untuk kesihatan.
Elakkan makanan seperti roti putih, kek, gula-gula, minuman manis dan pemanis sirap tinggi fruktosa – HFCS (High Fructose Corn Syrup).
Jauhkan dari tabiat suka minum minuman berkarbonat dan minuman manis bergula dapat memperbaiki masalah gout.
Banyak kelebihan minum air kosong untuk mengelakkan masalah dehidrasi dalam tubuh dan sangat baik untuk membantu kecekapan fungsi tubuh.
Pengambilan air yang mencukupi (8 ~ 16 cawan sehari) boleh mengurangkan paras asid urik dan dikatakan berkadar langsung dengan penurunan serangan gout.
Baca Juga >> Bahaya Minuman Berkarbonat: Kenapa Perlu Hentikan Ketagihannya Sekarang!
Hadkan sumber lemak yang diambil dalam diet harian. Lemak tepu daripada sumber haiwan seperti daging merah, lemak ayam dan produk tenusu tinggi lemak perlu dikawal dan dikurangkan.
Kurangkan pengambilan sumber protein harian daripada daging tanpa lemak, ikan dan ayam memadai dengan kuantiti yang sederhana (4 ~ 6 auns atau 113 ~ 170 gram).
Sama juga halnya dengan pengambilan sumber makanan rendah lemak atau produk tenusu tanpa lemak seperti tofu, yogurt, susu skim, telur, mentega kacang dan sebagainya. Ia boleh diambil dalam kuantiti yang sederhana.
Pemakanan harian dikatakan sumber utama kepada masalah gout. Dan ia sering dikaitkan oleh kandungan purin dalam sumber makanan.
Oleh itu pemerhatian terhadap kandungan purin dalam diet harian anda boleh membantu mengurangkan masalah gout.
Panduan pengambilan purin (tidak boleh – sederhana – boleh) berikut boleh membantu:
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Klik Direct Link Whatsapp:
Shaklee ID
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More