Mandikan kucing adalah langkah penting untuk memastikan kucing kita sentiasa bersih dan wangi.
Kucing secara semulajadi mempunyai kecenderungan untuk membersihkan dirinya sendiri – self grooming.
Jadi, tidak hairanlah jika kita lihat kucing kita asyik khusyuk menjilat bulu dan kakinya selalu, ia adalah proses asas pembersihan normal pada kucing.
Kucing tidak perlu mandi setiap hari seperti kita manusia. Memadai sebulan sekali atau dua kali mengikut jenis dan keperluan tertentu.
Walaupun kucing boleh membersihkan dirinya sendiri, kita juga boleh memandikan kucing untuk tujuan tertentu.
Antara tujuan kebiasaannya, kita mandikan kucing untuk membersihkannya dari sebarang kekotoran atau jika baunya yang dah busuk.
Memandikan kucing seperti ini boleh membantunya melakukan pembersihan dengan lebih menyeluruh kepada tubuhnya.
Tetapi hakikatnya, memandikan kucing tidaklah semudah yang disangka. Kucing memang tidak suka atau sangat alergi terhadap air.
Jika tiada asuhan sejak kucing masih kecil, memang agak sukar untuk memandikannya apabila ia telah meningkat dewasa.
Tahukah anda? Selain penggunaan ubat, kita boleh mengatasi masalah kutu pada kucing dengan cara memandikannya juga.
Memandikan kucing dengan sabun yang tertentu boleh membantu membunuh kutu kucing dengan cepat dan berkesan. Ia menjimatkan RM juga.
Ada banyak jenis sabun atau syampu yang boleh anda beli dari kedai menjual barang-barang keperluan haiwan peliharaan atau kedai kucing.
Ia boleh digunakan untuk memandikan dan merapikan bulu kucing supaya bersih dan wangi.
Tapi, saya lebih suka mandikan kucing saya dengan Shaklee Basic-H2. Ia terkenal sebagai bahan pencuci pembersih yang sangat selamat dan popular.
Apa yang lebih best, ia bukan sekadar bahan pencuci biasa, malah Basic-H juga boleh digunakan untuk memandikan kucing! Ia selamat, tidak bertoksik, tiada bahan kimia berbahaya dan berkesan.
Macamana caranya nak bunuh kutu kucing dengan Basic-H? Berikut adalah cara-caranya.
Kita boleh mandikan kucing dalam sinki dapur atau dalam bilik air yang boleh ditutup pintunya. Ia bergantung kepada respon kucing sama ada ia dah biasa dimandikan atau tidak.
Jika tidak biasa, mandikan dalam bilik air lebih memudahkan. Kita boleh tutup pintu jika kucing terperanjat kepada air dan mengelakkannya lari keluar serta membasahkan seluruh rumah.
Sebelum mandi, elok jika kita potong kuku kucing terlebih dahulu. Ia dapat mengelakkan kita daripada cedera teruk jika tercakar oleh kucing yang meronta-ronta tidak mahu dimandikan.
Air suam sangat sesuai sebagai air mandian kucing. Ia boleh memberi lebih ketenangan kepada kucing semasa mandi.
Ia langkah yang terbaik jika ia pertama kali anda memandikan kucing.
Kucing tidak sukakan air kerana ia sangat sejuk. Jadi, air suam mungkin boleh mengubah persepsi asal mereka.
Alah, kalau dah biasa mandi, air biasa dari paip air pun boleh sangat-sangat dah.
Baca Juga >> Cara Menghilangkan Kutu Pada Kucing
Setelah keadaan kucing kembali stabil & normal, seeloknya berikan reward kepada kucing anda seperti bagi makanan yang paling dia suka atau “spend” lebih masa bermain dengannya.
Sudah tentu dia seronok dan faham kenapa tuan dia bersusah payah nak mandikan dia. Hehe…
Saya memberi kepercayaan kepada Basic-H untuk digunakan sebagai bahan untuk mandikan kucing kerana ikoniknya ia selamat, tidak toksik, tiada bahan merbahaya dan serbaguna.
Kelebihannya kerana ia berkesan untuk membunuh kutu, hama dan parasit yang hinggap di luar tubuh kucing.
Juga, paling penting penting ia tidak merbahaya serta memberi kesan sampinagan kepada kulit tangan kita (terutama yang sensitif terhadap bahan pencuci) dan juga kulit serta bulu kucing.
Sekian.
Hah!? Kat mana nak cari Basic-H untuk buang kutu kucing? Hello je saya di 019 – 477 1733. Hari ni order, esuk lusa In Shaa Allah sampai ke rumah.
Kalau nak lagi cepat, bagi yang duduk area Kulim, Kedah tu, boleh terus C.O.D dengan kami. Boleh juga kalau nak beli sendiri di mana-mana Branch Shaklee berdekatan anda, hello kami dan kami akan guide caranya nanti.
Ok, selamat mencuba!.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More